FESTIVAL AKU.MUZIK&KAMU - KONSERT 8 JAM MENAMPILKAN 6 KUMPULAN MALAYSIA DAN 3 KUMPULAN INDONESIA | Festival Aku.Muzik&Kamu yang telah menjadi viral di platform media sosial telah menjual lebih 50% tiket dalam masa 24 jam selepas pembukaan jualan tiket.
Festival Aku.Muzik&Kamu adalah festival muzik terbesar dan pertama di Johor Bahru yang mengumpulkan band-band terkenal Malaysia dan Indonesia yang akan memeriahkan Stadium Educity di Iskandar Puteri pada 20 Mei 2023.
Festival yang julung kali diadakan di Iskandar Puteri bakal menampilan kumpulan-kumpulan hebat seperti Ungu, Hujan, Bunkface, D'Masiv, Spider, 6ixth Sense, Kerispatih, Akim & The Majistret dan Insomniacks.
Ketua Eksekutif Coaction Events Sdn Bhd (CESB), David Emir Bareng berkata sebanyak 15,000 tiket dibuka untuk jualan bermula 3 April 2023 dan sehingga 5 April 2023 (sold out), dengan kategori Galau sudah habis dijual sepenuhnya. Jualan tiket festival ini telah berjaya menarik minat pengikut genre rock indie yang telah lama menantikan konsert ini.
Penyanyi utama Hujan, Noh Salleh, menyuarakan kegembiraannya untuk tampil di Johor kerana kali terakhir kumpulan itu tampil di Selatan Semenanjung adalah sebelum pandemik Covid-19.
Walaupun pintu konsert dibuka pada jam 12 tengahari dan persembahan bermula pada jam 3 petang, stadium Educity dijangka meriah dengan aktiviti-aktiviti riadah dan pada masa yang sama turut berlangsung festival makanan “MaQan Space x Aku.Muzik&Kamu” yang mengumpulkan lebih 50 peniaga-peniaga yang menyajikan pelbagai jenis makanan dan snek tempatan.
Lihat link ni untuk info lebih lanjut : akumuzik&kamu
Acara ini juga disokong oleh Tourism Malaysia dan Tourism Johor. Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook, Instagram dan TikTok @coactionmagic.
P/S : Best ni sebab ada MaQan Space tu hahahahaa..
wah...byk kumpulan yg best2 tu...yg mana minat sure menanti kan ni
ردحذفKannn, tiket sold out dah..
حذف