GAMBAR RAYA #TEAMRAYAJOHOR SYAWAL 2023 | HARINI sebab Yana masih cuti, so Cucu pun takde datang, dapatlah bukak laptop dan siapkan draft job mana yang tertunggak. Ye laa meja 'opis' Sis dah close, so memang tak rajin nak keluarkan laptop dan turn ON hahahaha.. Nak taknak harini bukak juga opis sekejap dan update cerita raya Sis.
Sekejap dah Syawal 5 kan, diam-diam ehhh dah raya ke-5 kita. Dua hari sebelum raya, rumah Sis memang dah meriah laa, adik-adik semua datang berkumpul sini berbuka puasa dua hari sebelum Syawal tu, dapatlah kami gotong-royong memasak menu berbuka dan masak menu hari raya. Adik ipar paling semangat raya, cucikan lantai, kemas luar rumah dan paling best, 'bakar' duit membeli bunga api dan mercun untuk mengembirakan semua orang. Terima kasih adik ipar.
Big Family Sis ❤ |
Rasanya dah dua tahun kot Syawal, Sis takde pergi amik gambar studio bersama family. So tahun ni Sis dah sesiap booked dengan The Empire Studio untuk datang studio bergambar pada hari raya pertama bersama family Sis. Kali ni berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, sebab ada menantu dan cucu sama-sama dalam family potrait raya Sis selain adik-adik dan anak saudara.
17 orang semuanya, tu pun satu family yang takde, sebab adik Sis no3 tu balik Muar beraya di kampung Suaminya. Memang asal amik gambar studio jerr, dia takde hehehehe.. nasiblah khennnnn ..
Buat masa ni, inilah 'harta nyawa' dunia akhirat Sis. Inshaallah tahun depan beraya, tambah sorang lagi ahli keluarga (menantu) dalam keluarga Sis. Meriahlah suasana raya nanti. Walau keluarga Sis tidaklah besar mana, tapi kegembiraan bila berkumpul bersama tu, nikmat kesyukuran yang tak dapat di ucapkan dengan menulis di sini. Jangan kau rampas kebahagiaan kami Ya Allah ..
Kami ni memang senang berkumpul, tak raya pun memang sentiasa bersama berkumpul. Sebab adik-adik suka datang ke rumah lepak-lepak makan-makan. Cuma bila tiba raya ni, feel dia lain sangat. Ikutkan gambar di rumah sudah memadai, tapi Sis tetap nak abadikan kenangan raya dengan bergambar di studio.
Perempuan kalau posing, macam-macam gaya... |
Cantikkan studio 3D ni? Rasanya dah kali ke-3 Sis datang bergambar raya di studio The Empire Studio ni. Ssbelum ni studio dia kecil aja, now dah berpindah di tempat baru so lagi besar dan ada 4 studio dalam satu masa. Tapi Sis amik dua slot aja (setengah jam) dan Sis dapat bergambar untuk dua studio.
Memang Sis suka studio dua ni, satu namanya 'Balik Kampung Kita' dan satu lagi 'Baru Ada Gaya'.. dan memang Sis amik bergambar pada hari raya pertama sebab memasing pakai baju raya dan semangat feel raya tu masih ada hahahaha.. excited memasing kannn..
Lelaki kalau pose, macam sama jer gayanya hahahaha.. |
Pakej dia pun murah, gambar kualiti pun bagus dan bestnya staff yang amik gambar tu peramah dan suka buat lawak hahahaha.. sampai yang masam muka pun boleh tersenyum hehehehe.. kalau kena korang pandai gaya pose sendiri, lagi meletop gambar korang. Tapi kalau jenis 'tiang' tak reti pose, haaa nanti dia ajar lerr camne nak pose hehehe..
Kalau family Sis ni pantang nampak kamera, automatik senyum, cucu pun dah pandai hahahaha.. tu pun nasib baik juga cucu tak meragam. Ye laa studio bilik kan, keadaan tu agak sesak dan sedikit panas, kita dewasa ni boleh tahan, kalau bebudak dengan baju melayu sampin bagai, mau tak ngamuk oii..
So korang kalau tahun depan atau sepanjang Syawal ni nak cari studio bergambar, bolehlah ke The Empire Studio ni yaa.. siap ada peraduan Like-Share-Win lagi ni.. macam best jerrr.. nanti nak cuba nasib gak lerr.. kotlah menang, boleh dapat Canvas Frame tu wooo..
Korang macam mana? Meriah tak raya kali ni? ..
Jenuh wuii nak like dan wish ucapan dan gambar raya korang semua hahahaha.. sukaaaa.. tahun ni ramai pakai color hitam, Sis tahun lepas dan tahun sebelumnya dah hitam.. kali ni tema tahun ni Suami yang pilih, blue black..
The Empire Studio
No53-02, jalan aliff 4,
Damansara Aliff,, Johor Bahru, Malaysia
013-700 8889 atau wahtsapp #photoshootraya
Ni mood malas nak edit, sebab tu gambar agak 'pecah' sikit upload dalam ni hahahaha..
P/S : Kejap lagi nak pergi beraya kat Mall hahahaha.. (nak buat kuku) :p
Selamat hari raya Aidilfitri Sis maaf zahir dan batin
ردحذفSalam Lebaran juga buat MrsA ...
حذفcantiks.. MA this year kurang bergambar ramai2 with families..but..weekend ada gathering so maybe time tu la nak berposing sakan nya with families semua
ردحذفSalam Lebaran Mummy..
حذفTakpe, selagi raya kita raikan dan abadikan kenangan bersama Mummy ..
Memang canti gambar raya Empire Studio lagi2 kalau orang2 dalam gambar sporting dan bergaya semuanya macam keluarga Sis Lin.
ردحذفKann Kak.. derang ni semua pantang nampak kamera hahahaha.. Cucu pun sama naik hahahaha
حذفBaby, Sila pandang kamera lahhh! Ahahah..Selamat Hari Raya Aidilfitri sis Lin sekeluarga. Maaf Zahir Batin, Moga Allah limpahkan kebahagiaan, kesihatan Dan keselamatan buat kalian sekeluarga ❣️
ردحذفBtw, gambar cantikkk dengan background tuhhh semua! Saya pun nak try lah join contest nanti...hehehe
حذفAda mood Nonn, ada gambar kemain gelakkk dia, ada yang buat bodo hahahaha, janji Nenek maintain vouge hahahaha
حذفHaa yerr, masuklah, ko kan ada gambar ni.. cuba nasib hehehe
حذفSalam idilfitri
ردحذفCantik2 gambarnya
Salam Lebaran Wak...
حذفSelamat hari raya aidilfitri
ردحذفMaaf zahir dan batin
Salam Aidilfitri juga buat Syazni ..
حذف