LEPAK-LEPAK DI RUMAH KOPI 38 MINUM LATTE SARAWAK | ORANG pergi terawih, engko lepak kedai kopi, begitulah kann, tapi itulah, ada ketikanya kena jugalah rehat-rehat sekejap amik angin luar setelah berhari-hari memikir masak untuk menu berbuka dan letih dengan urusan dan persiapan hari raya. Bab ibadah tu, kita simpan dalam kocek sendiri, hanya Dia yang maha mengetahui segala perbuatan kita.
Kisahnya sebelum lepak mengopi di Rumah Kopi 38 tu, Sis ada jemputan malam malam di HolidayInn JBCC bersama beberapa geng JDT Blogger Sis. Tapi bukanlah buffet ramadan, cuma majlis tertutup 'Chill & Mingle Client Appreciation Event' aja, kami santai-santai dan makan dinner pun simple tapi sangat sedap. Lagi-lagi ada hidangan Laksa Johor pada malam tu. Sampai dua mangkuk Sis makan oiii hahahahaha..
Makan malam tu sempena memperkenalkan kepada media GM baru HolidayInn JBCC iaitu Ms Emily from Philippines yang akan mengantikan GM lama iaitu Mr. Jonathan.
Nice to meet you Ms Emily .. |
Antara geng JDT Blogger yang dapat bergambar sama dengan GM baru. Sunah dan Ajan dah gerak dulu ke surau. Ini pun masa nak keluar tu laa baru dapat kami bergambar. Masa kat dalam, memasing sibuk buka puasa dan makan hahahahaha..
Walau GM baru tu dari Philippines, dan wajahnya pun macam Melayu, tapi bahasa English dia fasih betul, takde pun slang bahasa negara dia. Dan kami faham setiap sebutan yang di ucapkan. Cuma seram kot-kot dia nak bertanyakan soalan pada Sis kan, mau berterabur gigi i nak jawab soalannya kena speaking hahahaha..
Best kann camni.. kalau aku jiran sebelah, habislah hahahaha |
Lepas selesai majlis, Sis saja ajak-ajak kambing dengan geng (dalam gambar atas) untuk lepak minum kopi di Rumah Kopi 38 tu, sebab mereka-meraka tu semua duduk berhampiran so memang satu haluan balik semua. Dan tak sangka pulak mereka terima ajakan Sis, lagi-lagi Nona, rumah dia dekat dengan Rumah Kopi 38 tu, kalau dia kata tak boleh join, memang aku follow dia dari belakang sampai rumah dia, then minum je kopi di rumah Nona hahahaha..
Eda dan Suzie pun ON, walau ada anak memasing menunggu di rumah, tapi tetap lapangkan masa untuk diri sendiri lepak kejap minum kopi di Rumah Kopi 38 ni. Lagipun memasing semua baru pestime datang sini mencuba.
Hijau mata memandang ... |
Sis suka betullah vibes dia, walau kedai kopinya adalah sebuah rumah teres, tapi suasana dia betul-betul laa macam kedai kopi hipster masa kini. Sejuk mata memandang tatkala duduk lepak sotu sebab penuh dengan hijau-hijau tanaman tuan rumah. Meja pun ada laa di sediakan walau tak banyak. Siapa cepat dapatlah duduk, tapi Sis perhatikan ramai yang stop, order dan take away aja.
Kami jerr yang sajer nak lepak minum di situ. Seronok tau sesekali gini, banyak yang kami bualkan dan berkongsi idea dan cerita. Sesekali tu kami gelak dah macam tak ingat itu rumah orang ekkk hehehehe.. maaf tuan rumah..
Latte Sarawak yang padu yaa amatttt.. |
Haaa di sebabkan dia ni laa Sis berapa kali nak singgah rasa. Minuman terbaru Rumah Kopi 38, Latte Sarawak. Mula masa dengar betul-betul kopi Sarawak ke? atau sekadar nama, entah Sis pun tak tau, tanya SUnah masa tu, nampak sungguh blur dia hahahaha.. so takpe kita cuba.
Sis sebenarnya kalau kata Latte ni, ermm mesti tawar-tawar macam McCafe Latte McD tu, kena minta syrup baru laa okay rasanya, tapi takpelah sebab nak cuba gak kan Latte Sarawak ni, so kita cuba. BIla dah minum dan sedut... perghhhh gilerr sedap arrrr... aku jatuh cinta hahahahaha..
Sangat-sangat rasa kopi yang Sis inginkan. Cukup rasa kopi pekatnya, cukup manisnya tak payah tambah syrup/gula, dan perghhhh sedap arr.. susah nak cakap hahahaha.. Geng-geng lain pun minum yang sama kecuali Suzie.. entah apa nama air dia, lupa.. KOrang siinggahlah kalau ada di kawasan Bukit Dahlia Pasir Gudang ni. secawan tu RM11 ..
Rumah Kopi 38
38, Jalan Semerbak 12
Taman Bukit Dahlia
Pasir Gudang, 81700
Johor Bahru, Johor
Buka dari Jam 12 - 9pm (Ramadan buka sampai 11pm)
Setiap hari kecuali ISNIN TUTUP.
P/S : Gambar masa lepak lupa nak welfie hahahaha.. sakan duk borak dan minum kopi..
Hahahaa..mujur i join...Hahahaa...
ReplyDeleteSedap ui, org tu cakap sebab ada guna gula Apong... Kat Sarawak kan popular dengan gula Apong 😃
Hahahaha kalau tak join, memang kena kejar hahahaha
DeleteMesti rumah ni harum semerbak bau kopi!
ReplyDeleteYaa Uncle, bau kopi semerbak dari luar rumah ...
Deletenice design dia. tak sangka ada tempat mengopi ye
ReplyDeleteNanti boleh singgah Mar ..
Delete