LUANGKAN MASA DAN BERCINTA DENGAN DIRI SENDIRI

Sis Lin
11
LUANGKAN MASA DAN BERCINTA DENGAN DIRI SENDIRI | KENAPA kita perlukan masa untuk diri sendiri? Ahli psikologi membuat kajian bahawa masa untuk diri sendiri membantu otak untuk mereset kepada keadaan asal. Ia juga membantu kita meleraikan keserabutan didalam otak. Selain itu, masa untuk diri sendiri membantu kita meningkatkan daya fokus dan konsentrasi. 

Tambahan lagi, ia juga dapat menjadikan kita lebih produktif untuk menghadapi hari-hari yang mencabar. Ia juga dapat memberikan kita ruang untuk mencari identiti diri dan meneroka potensi diri. Semasa kita dalam masa untuk diri sendiri, kita juga berpeluang untuk berfikir dengan lebih dalam tentang sesuatu masalah atau isu. Ia juga membantu kita menyelesaikan masalah yang rumit. Yang paling penting adalah ia membantu untuk meningkatkan hubungan sesama isteri, suami, anak-anak dan keluarga.

Kajian oleh sebuah Universti diluar negara menunjukkan bahawa, kekurangan masa untuk diri sendiri adalah antara salah satu penyebab terbesar masalah rumah tangga. Kebiasaannya kaum Hawa mempunyai masa untuk diri sendiri kurang daripada lelaki. Berbanding lelaki, wanita menghabiskan masa lebih 10 jam seminggu untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti membasuh baju, sidai baju, lipat kain, masak, basuh pinggan, kemas dapur, sapu lantai, mop lantai, kemas tempat tidur, jaga anak, mandikan anak dan banyak lagi.

Luangkan Masa Dan Bercinta Dengan Diri Sendiri
Talk to yourself like someone you love.

Bagaimana nak dapatkan masa untuk diri sendiri ini? 

Selalunya kekangan masa lebih-lebih lagi bagi pasangan yang bekerjaya menyebabkan kita tidak punya masa untuk masa untuk diri sendiri. Satu kajian di negara British mendapati kualiti masa yang dihabiskan untuk diri sendiri adalah lebih penting daripada kuantiti masa. Bermaksud boleh sahaja, masa yang sedikit lebih berkualiti daripada masa yang banyak dihabiskan untuk masa untuk diri sendiri. 

Untuk mendapatkan masa untuk diri sendiri ini, korang boleh setkan jam bangun pagi 30 minit lebih awal dari ahli keluarga yang lain. Cuba untuk dapatkan masa untuk diri sendiri seawal pagi kerana pada masa tersebut anda mempunyai semangat dan tenaga yang masih fresh. Jauhkan diri daripada media sosial kerana kita akan membandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Jika di pejabat, cuba keluar untuk makan tengah hari di tempat-tempat yang tenang. Korang juga boleh menjadualkan hari-hari tertentu pada kalendar korang untuk masa untuk diri sendiri.

Masa untuk diri sendiri ini tidak tertakluk kepada bersendirian sahaja, membuat perkara yang korang minat juga adalah salah satu masa untuk diri sendiri seperti menonton Netflix, Youtube atau drama korea. Salah satu cara untuk diri sendiri juga adalah berjumpa kawan, berborak dengan jiran, bersosial dan berkomunikasi. Untuk lebih berkesan, kita boleh melakukan senaman yang mengeluarkan peluh dan yang melajukan degupan jantung. Ini kerana apabila kita bersenam dan mengeluarkan peluh, hormon yang bernama endorfin akan dikeluarkan. Lebih banyak hormon ini dikeluarkan, semakin kita berasa gembira dan stress pun hilang.

Luangkan Masa Dan Bercinta Dengan Diri Sendiri
The only person who can pull me down is myself, and I'm not going to let myself pull me down anymore

Kata-kata memainkan peranan dalam mendapatkan masa untuk diri sendiri ini. Jangan cakap dengan pasangan “Saya perlukan ruang”. Tetapi kongsi dengan pasangan korang apa yang korang lakukan seperti “Sayang, saya join kelab menjahit dan masak-masak bersama jiran tetangga”. Kata-kata seperti “Aku dapat meluangkan masa dengan anak-anak” adalah lebih bermakna daripada ” Aku kena luangkan masa untuk anak-anak ini”. Apabila minda menerima kata-kata yang positif, kita akan menjadi lebih bersyukur dan ikhlas dalam membuat sesuatu.

Kurang masa dan kekangan kewangan untuk travel? Tak apa, mengikut satu kajian jika kita membeli sesuatu barang yang memberikan kita pengalaman perasaannya adalah sama seperti kita melancong. Barang tersebut adalah seperti buku, alat muzik, peralatan sukan atau video game.

Akhir sekali, tidur yang cukup sangat penting untuk setiap orang. Kekurangan masa tidur akan menyebabkan perasaan negatif senang untuk datang. Beri ruang untuk pasangan mendapatkan tidur yang cukup.

Secara kesimpulannya, masa untuk diri sendiri ini sangat penting untuk kita berfungsi secara normal. Kalau mengikut kajian, wanita lebih memerlukan masa untuk diri sendiri berbanding lelaki. Beri ruang untuk pasangan korang masa untuk diri sendiri atau ciptakan masa untuk mereka. Salah satu punca postpartum (baby blues)  juga adalah kurang masa untuk diri sendiri. 

Ingat, kita hidup bukan untuk diri kita sendiri sahaja. Saling melengkapi termasuk juga memberi ruang kepada pasangan masing-masing.


P/S : Hujann di sini.. bertambah sejuklah time makan berbuka puasa kang.. errrrr ..

إرسال تعليق

11تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Me-time pegi spa pun best hehe

    ردحذف
  2. Alhamdulillah ber me time tu my favourite meskipun belum berkahwin 😂 Memang penting untuk Sy agar tetap dalam keadaan normal. Waktu solat pun me time tapi sekejap nau..so I need me time lebih gitu... Hihi

    Psst: Sis..siapa amekkan gmbo tuh... Memula nak seram sebab pakai telekung putih tapi sebab baca dah time sahur, tak rasa seram sangat lah 😆

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Non, dengan Allah memang lain dari me-time kita.. ruang untuk diri sendiri tu kena ada.. sebab ketenangan itu akan mempengaruhi sekitar kita.. so kenalah ada masa untuk diri sendiri dan menjauhkan diri dengan yang kita rasa membebankan kepala otak hahahaha

      حذف
    2. Eh lupa pulak nak jawab.. gambo tu self-timer yang amikkan hahahahaha

      حذف
  3. Betul. Walaupun belum kahwin tapi selalu juga fikir utk me time dari benda yang buat stress, terutamanya kerja.

    ردحذف
    الردود
    1. Belum berkahwin laa kena banyakkan ruang untuk diri sendiri Huda.. tak semua orang dapat, bila dapat peluang, terus rebut..

      حذف
  4. sesekali healing, jauh dari rumah ni sangat memberi ketenangan lagi-lagi golongan mak-mak macam kita. fikir diri sendiri je

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Juju.. bukan selalu, walau bawa family tapi tetap ada ruang untuk diri sendiri..

      حذف
  5. alhamdulilah salah satu ME TIME ko termakbul... pasni bole cari lagi ruang.. kalau i free bole folo hehehhe... btw ako slalu baca coretan kengkawan blog tp sbb ako slalu baca melalui hp , tapi lately ni bila guna hp x bole nak komen pape... sadis.. kena buka laptop baru dapat komen, which is ako malas betul buka laptop utk update or komen hahahha ... pape pun semoga awak sentiasa ceria ye!

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah Ret.. rehatkan sekejap minda yang serabut tu..
      Kalau kau ada bolehlah seisi luahan kannn..
      Sama aku, time pagi je free nak bukak laptop buat autopost, lepas tu off dah, baca posting kengkawan dari hp tapi malas nak sign-in nak komen..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!