MENGINAP DAN BERBUKA PUASA DI GEO RESORT & HOTEL, GENTING HIGHLANDS | HUJUNG minggu awal bulan April lepas, alhamdulilah sekali lagi di beri peluang untuk menginap di Geo Resort & Hotel buat kali keduanya. Dan kali keduanya juga sekali lagi Sis menginap dan berbuka puasa di sini. Kemain kan, sampai ke Pahang berbuka puasa ya..
Ikutkan plan asal, Sis naik ke Genting Highlands tu bersama Suami berdua, tapi di sebabkan last minit Suami ada urgent kerja yang kena di siapkan, so dengan izin dari Suami, makanya Sis memandu seorang diri dari Johor ke Genting Highlands. Alhamdulilah Allah permudahkan perjalanan Sis pergi dan balik.
Bukannya taknak ajak sesiapa buat teman, tapi memang ini kali bila Suami tak dapat nak join sama, Sis kata dalam hati, Sis nak pergi sendirian luangkan masa dan bercinta dengan diri sendiri. Tapi sampai sana Sis ada bersama Juju dan juga Hernee. Tapi mereka datang bersama family.
Untuk penginapan kali ini pun sama juga seperti tahun lepas, Sis menginap selama 3 Hari 2 Malam di Superior Double Room yang mana ada di sediakan sebuah katil King dan juga balkoni. Memang Sis suka sangat uii ada balkoni tu, memalam time sejuk menikmati angin-angin sepoi tu, duduk di luar memang healing habis ar. Kebetulan time Sis datang tu, kejap hujan kejap panas, so cuaca memang ada masanya berkabus.
Percutian Sis kali ni santai habis, melayan diri sendiri dan banyak rehat dan bercakap dengan diri sendiri aja dalam bilik. Juju dan Hernee ajak naik Genting Highlands jalan-jalan cuci mata pun, Sis malas betul nak bersiap dan keluar. Memang baring, tengok tv dan menung.. Bayangkan nak amik gambar posing sana sini pun takde mood. Just rest and relax.. dah nama pun bercuti kan, so habiskan masa berehat ajerr laa dalam bilik.
Dah lerr puasa, so rehat, baring menunggu waktu berbuka aja laa baru turun.
Jika korang menginap di sini time ramadan, terpulanglah pada korang samaada nak amik pakej sekali berbuka buffet ramadan (harga lain) atau tidak, cuma sarapan pagi memang ada di sediakan. Untuk bulan puasa, sarapan di tukarkan kepada berSahur. Mana yang buka Muslim tu, mereka makan sarapan laa..
Kali ni Sis datang agak berbeza sikit suasana keliling hotel. Banyak kedai-kedai dah buka sepenuhnya, kalau tahun lepas masih dalam keadaan berjaga-jaga SOP, so tahun ni meriah sana sini, lagi-lagi time malam. Memang habis je makan berbuka, kitaorang keluar cari port lepak meyembang. Kebetulan ada starbucks area situ, apalagi.. lepak membawang tak ingat nak balik hahahahaha..
Membawang laa sangat ekkk.. padahal tak habis-habis cerita mengenai blog.. sampai ke Genting bukak kelas ekkk..
Untuk Buffet Ramadan di GEO Resort & Hotel ini, bertemakan Selera Kampung D-GEO, mereka menyajikan lebih dari 200 aneka menu yang di hidangkan. Dari masakan melayu, chinese, india dan juga western, semua ada tersedia. Memang banyak pilihan. Dua hari makan buffet di sini, tetap juga teruja tiap kali melihat semua hidangan.
Tapi memang ada certain menu yang menjadi pilihan Sis sejak pertama kali dulu datang makan di sini. Daging masak blackpepper tu (gambar atas), memang sedap gilerr, dan juga ada satu menu Ikan masak cream cheese butter, perghhh pun sedap (nama sebenar Sis tak tau, tapi rasa dia macamtu la). Memang layan habis makan menu tu.
Antara menu-menu lain yang di hidangkan antaranya; Ikan Patin Asam Tempoyak, Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, Steamboat Seafood Tomyam, Kambing Golek, Ikan Bakar, Satay. Penang Char Kuey Teow, LemangTokKi, Nangka Muda Masak Lemak Ikan Masin, aneka jenis kerabu, juga masakan Asam Pedas, Rendang Ayam/Kambing, Sotong Masak Sambal dan banyak lagi!! .. (menu rotate setiap hari).
Dan yang paling rare sekali, menu telur ikan goreng, memang memana buffet ramadan Sis pergi, di sinilah Sis jumpa menu ni. Ingat lagi masa tahun lepas makan berbuka dengan Kak Maria Tunku Sabri, Suaminya kemain suka menu telur ikan goreng ni, tu yang Sis mencubanya, ternyata memang sedap. Korang kena cuba kalau datang berbuka di sini.
Lagi satu yang menjadi tumpuan di sini adalah aksi Chef dan pembantunya membuat roti canai terbang. Yaaa roti terbang ko hehehe.. tapi murtabak dia sangatlah sedap, lembut dan isi padat gilerrr, kalah murtabak bazar ramadan weyyy.. paduuuu.
Memang di sini kan, rata-rata pengunjung yang datang makan, mereka dah tau dah menu apa yang memang menjadi tumpuan, sebab itu memasing memang Sis nampak, mereka tuju dulu tempat hidangan yang mereka suka.
Juga pelbagai jenis pilihan hidangan pencuci mulut dan kuih-muih terhidang. Banyaklah pilihan kuih-muih melayu kita. Tepung Pelita pun ada, sedap betul. Dan tak lupa juga minuman panas dan sejuk. Korang kena cuba Teh Tarik mereka, sedap betul!! Bubur Lambuk pun ada, dan tak lupa... Kambing Golek yaa, jangan ingat tak ada.
Dan lagi satu, jika korang taknak berasak kejap bangun kejap duduk, korang juga boleh memilih untuk makan duduk bersila gaya orang kampung di sini. Ada space yang mereka sediakan di sini. Tiap hujung minggu akan meriah di sini dengan Joget Lambak yaa.. happening laa makan sambil berhibur. Tapi ada juga live band yang menghiburkan korang.
So korang apalagi, masih sempat nak booking slot menginap dan berbuka di GEO Resort & Hotel ni yaa.. hujung-hujung ramadan ni biasanya korang memang dah lemau nak memasak kan hehehe..
Buffet ini berlangsung dari ; 23 Mac hingga 24 April 2023.
Bertempat di ; Cabana Restaurant
Bertempat di ; Cabana Restaurant
Harga ;
Dewasa : RM168 nett
Kanak2 : RM75 nett
Warga Emas : RM85 nett
Google Maps : https://maps.app.goo.gl/uAhhhdSVXD16NfZ29
Ruang solat di sediakan.
Parkir PERCUMA untuk pelawat dan pengunjung.
Untuk Tempahan & pertanyaan ;
www.wasap.my/60192367838/buffetramadhan atau Emel ke reservation@georesort.my
Lihat LEBIH BANYAK GAMBAR di : facebook pages akusislin
Video REEL : IG akusislin
P/S : NOW Demam, sakit badan, cirit birit & sakit kepala ... sakit itu penghapus dosa-dosa kecilku..
Bestnya sis sesekali dating dgn diri sendiri. ;)
ردحذفYaa ibo Sal, sesekali memang kena rest and relax gini..
حذفAlhamdulillah.
ردحذفDating sendiri, tapi tetap ada teman.
Alhamdulilah, Allah pelihara ...
حذف