PERSADA JOHOR AGIH 300 KOTAK BUBUR LAMBUK | MASYARAKAT setempat di sekitar pusat bandar dijamu bubur lambuk ikhlas dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, sempena bulan Ramadan yang mulia. Penerima termasuk gelandangan di sekitar pusat bandar.
Kakitangan Persada Johor turut mengagihkan hidangan bubur tradisional yang biasa dihidangkan sepanjang Ramadan, kepada golongan kurang berkemampuan sebagai sebahagian daripada usaha membantu masyarakat kurang bernasib baik pada bulan puasa.
Persada Johor International Convention Centre Assistant Director of Operations Mohammad Abdul Rahim distributing bubur lambuk to the people around Johor Baru city centre. |
Penyediaan dan aktiviti memasak bermula pada awal pagi dan diteruskan sepanjang hari melalui usahasama semua kakitangan pusat konvensyen tersebut. Pengurus Besar Persada Johor David Emir Bareng berkata beliau gembira pengagihan itu, yang terletak di dua lokasi berasingan – Jalan Trus dan Jalan Abdullah Ibrahim – berjalan lancar seperti yang dirancang.
'Pasukan Persada mengagihkan 300 kotak bubur lambuk terharu melihat senyuman di wajah mereka terutama gelandangan di sekitar bandar ini. Kami ingin menunjukkan kepada mereka bahawa mereka tidak dilupakan dan sentiasa dalam fikiran kami, terutama pada bulan yang mulia ini', kata Bareng.
Beliau berkata pengedaran bubur lambuk sentiasa menjadi tradisi pusat konvensyen untuk mendekati masyarakat di sekitar bandar selain pelanggan-pelanggan yang biasa ke pusat konvensyen tersebut.
P/S : Terima kasih untuk Bubur Lambuknya :) ..
Alhamdulillah..rezeki dikongsu bersama
ReplyDeleteBetul.. buburnya pun sedap ...
Delete