SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1444H/2023 | DIAM tak diam, akhirnya dah sampai ke penghujung Ramadan. Kemungkinan esok (Jumaat) atau pun lusa (Sabtu) kita akan meraikan Syawal. Tahun ni semua stanby dan ready sesiap, persiapan semua siap sedia awal, sebab dah serik bila kena raya huru-hara tahun lepas tu. Kelam kabut sampai jam 4am pun masih mengacau rendang di dapur, ishhh gilerr.. hahahaha..
Walaupun keputusan raya hari apa pun masih samar, tapi kita jadikan tauladan kejadian tahun lepas, so semua barang dan bahan memasak kita sesiap awal. Benda boleh adjust kann.. Sis macam biasa laa, masak menu-menu raya yang biasa Sis masak. Antaranya; Rendang daging, Ayam masak merah, Sayur Lodeh, Sambal Kacang, Ayam Kampung maak semur, Serunding kelapa, dan juga Sambal Goreng Jawa. Lain-lain ketupat, lontong, palas dan juga lemang..
Syukur pada Tuhan, masih diberi peluang berhari raya bersama Suami, anak-anak, cucu dan menantu juga adik-adik semua. Yang telah tiada, tetap dalam ingatan , yang masih ada ni kita abadikan kenangan, kerana satu hari, mereka juga akan pergi meninggalkan kita..
Dengan kesempatan ini, Sis selaku admin blog www.sislin76.com, menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika selama Sis menulis ada tersalah ayat dan ada yang terasa, mohon maaf, tapi biasalah, siapa makan cili dia rasa pedas kan..opsss..! Hahahaha...
Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
Ucapan dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak lupa dihati.
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun di pinta di hari mulia.
Raya pertama cantik berseri,
Berbaju kurung bagai puteri,
Duit Raya jangan lupa diberi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Tangan dihulur maaf dipohon,
Tanda ikhlas mensucikan diri,
Salah dan silap harap diampun,
Semoga berbahagia di aidilfitri.
P/S : Ramadan kali ni penuh dengan kisah penyondol ...
selamat hari raya sis.. maaf zahir batin...
ردحذفSelamat Hari Raya Mummy ...
حذفSelamat memasak sis lin... selamat hari raya
ردحذفSelamat Hari Raya Ret.. dah balik ke belum tu uiii ..
حذفSelamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin
ردحذفSelamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin juga Rabia..
حذف