SEMALAM BERBUKA PUASA DI RUMAH ANAK

Sis Lin
16
SEMALAM BERBUKA PUASA DI RUMAH ANAK | BALIK dari bercuti di GEO Resort & Hotel Genting Permai tu, bertolak dari sana jam 10am macamtu, sampai Pasir Gudang dalam jam 1.30pm, so memang agak letih sebab cuaca panas gilerr, nasiblah sepanjang perjalanan tu mata memberi kerjasama, so santai-santai laa sayangku bawa kereta. Risau juga takut mengantuk ke kan, alhamdulilah, selamat semuanya. 

Plan asal nak singgah Ayer Itam pun terpaksa pusing balik bila tengok kemain panjang kereta masuk ke dalam. Kang ada lambat sampai rumah. Tapi nasib baik juga, semalamnya Yana dah bagitau dan mengajak berbuka puasa di rumahnya, so takde laa balik letih nak fikir nak memasak lagi semua. 

Semalam Berbuka Puasa Di Rumah Anak
Ikan Cencaru Sumbat

Yana memang anak yang suka dan rajin memasak, cakap jer laa nak makan apa dan minta di masakkan, memang dia akan cuba buat dan siapkan. So semalam punya menu berbuka puasa, semuanya di siapkan oleh Yana sendiri. Sis datang pun dah lambat dalam jam 5pm macamtu.

Yana kata tak payah tolong, just tolong jaga Khalish aja katanya. Sis okay jerr, lagi suka tang jaga Cucu tu, lagipun lamanya tak gomol Cucu Sis. Rindu betul dengannya sejak Yana MC sakit tu, dia tak hantar Khalish ke rumah Sis. 

Semalam Berbuka Puasa Di Rumah Anak
Ayam Masak Kicap

Antara menu-menunya yang di masak Yana adalah; Ikan Cencaru Sumbat, Ayam Goreng Kicap, Terung Petai Berlado dan juga Telur Dadar. Mesti ada yang kata ikan cencaru sumbat tu mesti resepi Khairul Aming kan? Tidakkk.. ni gaya dan cara memasak resepi arwah Emak Sis. Ada bezanya cara KA memasak dengan cara Emak Sis masak, tapi tetap sama sambal di sumbat dalam ikan. 


Dan ayam tu pulak Yana masak sebab Suami dia (menantu Sis) tak berapa gemar makan ikan, so memang menu rumah dia mesti ada ayam hahaha.. kalau dah ada ayam, so menantu tak makan ikan, so ikan tu Sis laa bedal licinn.. Anak bujang Sis dan Suami Sis pun makan ayam dan cuit-cuit jerr ikan tu, Sis yang tukang habiskan semua hehehehe, sedap.. 

Semalam Berbuka Puasa Di Rumah Anak
Terung Masak Petai Berlado

Tapi Ayahnya semalam kemain suka menu terung petai berlado Yana ni, sedap katanya. Alhamdulilah laa semalam Ayahnya sempat sampai sebelum berbuka puasa. Dapatlah berbuka puasa sama dengan anak dan menantu di rumahnya. Dapat main dengan cucunya. 

Lepas Isyak juga kami balik ke rumah. Suami ajak singgah ke UTC Pasir Gudang tengok-tengok baju raya ker, Sis malas, sebab semalam pakai sipor jepun aja hahahahaha.. Ye laa mana tau nak berjalan kann, so pakai laa jubah basahan rumah dan selipor jepun jerr.. Suami kata dia pun pakai baju kerja, arghh dia ye dia, Sis memamg tak laa.. you know me hahahahaha.. 

Balik, masak nasi untuk sahur, keluarkan ikan then tau-tau Sis dah terlelap dah. Kemain letih Suami kata tengok Sis.. kekekeke.. gitulah, jenis penat tak nampak, tapi dapat bantal, memang tak hingat dunia laaa.. alhamdulilah cukup tidur, kualiti life pun jadi baik.. 

So harini nak makan apa berbuka nanti ekkk.. tekak macam nak makan ramen arr.. 


P/S : Tahun ni macam malas nak fikir baju raya hahahaha entah kenapa entah.. ermmmm ..

إرسال تعليق

16تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Semuanya nampak cedap la sislin..

    ردحذف
  2. Kalau kita pun pilih ikan tu.. ganding plak ngan terung berlado tu, memang mantul la!

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Kak, siap ada sambal lebih, makan gaul nasi, perghh sedap betul...

      حذف
  3. alhamdulillah...like mother, like daughter la kan..semua nampak sedappp

    ردحذف
  4. Suka masak menurun kat Yana ye Sislin. Bagus la tak hilang resipi warisan dari nenek ke cucu hehe.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Karni, dia yang mengikut.. kenyang Suaminya hahahaha.

      حذف
  5. Semua menunya menarik sis. Selamat berpuasa sis. ;)

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah, rezeki ramadan.. selamat berpuasa Sal ..

      حذف
  6. Baguslah, ada anak suka memasak.. hehehe... Sis, fikir sis . baju raya sis.. jgn lengahhh.. Kerrr.. nak tunggu semua kedai offer lagi.. ujung ujung hari nak raya . huhuuu

    ردحذف
    الردود
    1. Alaa last minit pun okay je Non.. janji ada laa kan baju raya nanti..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!