SERAMAI 37 USAHAWAN WANITA B40 DAN 12 RUMAH WARGA TUA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA HADA LABO 'WE CARE FOR SOCIETY' 2023

Sis Lin
4
SERAMAI 37 USAHAWAN WANITA B40 DAN 12 RUMAH WARGA TUA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA HADA LABO 'WE CARE FOR SOCIETY' 2023 | TAHUN ini, Hada Labo, jenama penjagaan kulit terkenal, sekali lagi mengambil langkah ke hadapan untuk meningkatkan kehidupan wanita B40 melalui kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunannya, “We Care for the Society” yang menyasarkan untuk mendidik dan melengkapkan golongan wanita ini dengan pengetahuan dan kemahiran yang berguna seterusnya membantu mereka mencapai bebas daripada masalah kewangan. 

Program mendekati golongan wanita berpendapatan rendah B40 telah dijalankan dengan kerjasama Women Of Will (WOW) dan Watsons. Melalui kempen ini, Hada Labo berjanji untuk menderma RM1 daripada setiap produk Hada Labo Premium Whitening yang dijual di cawangan Watsons di seluruh negara untuk kempen dana 'We Care for Society' sepanjang bulan Mac. Melalui perkongsian dengan Watsons, Hada Labo telah berjaya mengumpul RM50,000 untuk menyokong kempen ini.

Seramai 40 Usahawan B40 Dan 12 Rumah Warga Tua Mendapat Manfaat Daripada Hada Labo 'We Care For Society' 2023.
L-R: Lim Mei Yuen, General Manager of Rohto-Mentholatum Malaysia, Nurul Syaiedatul Aqmal, Community Development Officer of Women Of Will (WOW), Azatul Aswa, Admin & Program Officer of Women Of Will (WOW) and Watsons representative.

Seramai 40 Usahawan B40 Dan 12 Rumah Warga Tua Mendapat Manfaat Daripada Hada Labo 'We Care For Society' 2023.

Dana yang diperoleh melalui kempen ini digunakan untuk menyokong seramai 37 wanita B40 berpendapatan rendah seperti pembuat biskut dan tukang jahit wanita dalam menyediakan 22,000 biskut dan menjahit 500 uncang untuk 500 warga emas dari 12 rumah kebajikan warga emas yang berbeza di sekitar Lembah Klang sempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelang.

Antara rumah kebajikan yang dihadiri oleh Hada Labo untuk pengagihan biskut dan uncang, ialah Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, My Aged Care, Laman Khaira, Darul Insyirah, Zara Aisyah Care Centre, Pusat Jagaan Husna Arrashid, Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bonda dan Pertubuhan Cahaya Hati Selangor.

Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum Malaysia, telah menyatakan komitmen terhadap tujuan dan sokongan jenama kepada wanita berpendapatan rendah B40 sejak pandemik Covid-19. Beliau berkata, jenama ini akan terus membantu wanita yang kurang bernasib baik pada masa hadapan juga.

Seramai 40 Usahawan B40 Dan 12 Rumah Warga Tua Mendapat Manfaat Daripada Hada Labo 'We Care For Society' 2023.

Seramai 40 Usahawan B40 Dan 12 Rumah Warga Tua Mendapat Manfaat Daripada Hada Labo 'We Care For Society' 2023.

Kakitangan Hada Labo juga turut serta dalam lawatan ke rumah kebajikan warga tua untuk pengedaran biskut raya dan kerja komuniti di rumah kebajikan terpilih sebagai tanda kasih sayang dan keprihatinan mereka terhadap warga tua.

Ketua Pegawai Operasi WOW Lakshwin Muruga menambah, bahawa masyarakat berpendapatan rendah masih terkesan dari segi kewangan walaupun selepas wabak. Pendapatan yang diperolehi tidak cukup untuk menampung perbelanjaan mereka dan pemilik perniagaan kecil-kecilan mendapati sukar untuk membuat keuntungan dengan kadar inflasi yang tinggi.

Untuk maklumat lanjut atau menyokong kempen masa depan, layari www.hadalabo.com.my atau ikuti laman Facebook mereka: MyHadaLabo.


P/S : Alhamdulilah, dah masuk separuh ramadan dah.. syukur masih sihat dan belum 'cuti' puasa hehehe.. 

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Bagusnya syarikat2 yg buat CSR macam ni. Nampak la mereka ni syarikat yg menjaga kebajikan.

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, moga bermanfaat buat mereka yang memerlukan..

      حذف
  2. alhamdulillah...rezeki dikongsi bersama

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!