BAWA CUCU 'BALIK KAMPUNG' KE LEGOLAND MALAYSIA RESORT

Sis Lin
10
BAWA CUCU 'BALIK KAMPUNG' KE LEGOLAND MALAYSIA RESORT | DIA punya tajuk balik kampung tu macam jauh sangat ekk, padahal ke LEGOLAND aja hahahaha.. ehhh tak apalah, janji ada gak tempat nak tuju selagi dalam mood raya ni. Lagipun inilah kali pertamanya Sis bawa Cucu Sis ke Legoland Malaysia Resort ni bersama Ibunya. 

Memang excited Sis nak bawa Cucu ke sini, salah satu tempat yang memang Sis nak bawa masuk adalah dalam Sealifenya. Bertemakan 'Balik Kampung', sepanjang Syawal ini bermula 21 April - 21 May, jika korang masuk ke dalam Legoland Malaysia Resort ini, korang akan dapat lihat suasana kemeriahan kampung zaman kanak-kanak dulu, sebab siap ada pangkin dan juga segala permainan tradisional yang di adakan di Beginning Stage depan pintu masuk taman tema tu. 

Bawa Cucu 'Balik Kampung' Ke Legoland Malaysia Resort

Tapi kalau umur macam Cucu Sis tu, memang tak panadai apa lagi laa kan, kalau kanak-kanak dah sekolah tadika, rendah dan menengah atau dewasa, haa mereka pasti teruja dan seronok dapat join sama bermain permainan tradisional ni di semua pangkin. Sis dukung Cucu, so mampu tengok je laa.. 

BUkan tu jerr, depan pintu masuk tu pun, korang boleh berOOTD di pintu gerbang dan ketupat besar deko raya mereka. Kalau ada kekanak, korang boleh bertukar pakaian tradisonal mereka untuk bergambar ala-ala beraya di kampung. Dapatlah juga Sis bergambar dengan Cucu depan ketupat tu haaa hehehehe.. 

Bawa Cucu 'Balik Kampung' Ke Legoland Malaysia Resort

Bawa Cucu 'Balik Kampung' Ke Legoland Malaysia Resort

Bawa Cucu 'Balik Kampung' Ke Legoland Malaysia Resort

Ada banyak pangkin-pangkin yang di sediakan beserta permainan tradisonal. Antaranya; Teng Teng, Chapteh, Congkak, Batu Seremban, Kompang dan banyak lagi. Kalau korang dah tak ingat semua permainan tersebut, jangan risau, ada crew mereka yang akan tunjuk ajar, janji korang nak mencubanya. Ye laa kalau tak tau main, akan hilanglah di telan zaman permainan tradisonal ni semua kan. 

Sempat juga SIs loncat-loncat atas Teng Teng dengan Cucu, tapi lupa nak suruh Ibu Khalish amikkan gambar hahahaha.. adoiii.. semput ko loncat sambil dukung Cucu.. hausssss... 

Bawa Cucu 'Balik Kampung' Ke Legoland Malaysia Resort

Bawa Cucu 'Balik Kampung' Ke Legoland Malaysia Resort

Masuk jap jalan ke Miniland dalam tu, waaa hampir siap sepenuhnya bumbung bertutup mereka, so takdelah rasa panas dek sinaran matahari kann. Cuma masa Sis masuk tu, kipas besar tu tak hidup pulak, so banyak jalan pusing situ, boleh tahan panas ketiakk gak oii, terus hausssss hahahahaha.. 

Time ni Cucu dah mula meragam gak kepanasan, so terpaksa lah keluar masuk Cafe sat minum air, fuhhhhh jenuh gak dia punta tired bawa Cucu jalan oii.. Nenek nak berOOTD pun payah gakk hahahaha tapi takpelah, Nenek enjoy dapat bawa Cucu masuk Legoland.. 

Bawa Cucu 'Balik Kampung' Ke Legoland Malaysia Resort

Nak sejukkan badan, masuklah dalam Cafe depan stage tu sekejap, sejukkan badan dan Khalish menyusu. walau dia meragam tapi takde laa sampai menangis atau melalak, cuma tak selesa jer sebab berpeluh agaknya, tak kita, budak lagi laa panas kan.. tambah risau dengan keadaan cuaca panas sangat time tu. 

Sebab kenyang makan KFC sebelum masuk Legoland, so Sis order jer donut dan kentang goreng makan kunyah-kunyah buang masa sementara nunggu nak masuk dalam Sealife. Kalau datang perut lapar, mau Sis order Nasi Biryani dia hahahaha.. tapi suka betul Donut dia, lembut dan sedap, kemain besarrrrr.. 

Bawa Cucu 'Balik Kampung' Ke Legoland Malaysia Resort

Bawa Cucu 'Balik Kampung' Ke Legoland Malaysia Resort

Lepas badan dah sejuk, dan Sis nampak cuaca langit pun dah redup, so apalagi cecepatlah bawa Cucu masuk Sealife sebelum hujan turun. Sebab dapat rasakan hujan akan turun. Masuk Sealife belum apa-apa lagi, Cucu dah mulut bising, ada jerr bebel keluar dari mukut dia, agaknya sebab lihat keadaan agak gelap dan nampak akuarium besar-besar. 

Lagi kalau dekatkan dia dengan ikan-ikan, dia nampak aja kemain teruja hahahaha.. Kejap Ibunya dukung, dah tak larat, Nenek pulak dukung, begitulah. Stroller bawa juga, tapi memang sajer nak dukung biar dia nampak ikan-ikan tu depan-depan dia. Nampak Jaws dan Obor-Obor lagi melopong mulutnya hahahaha.. seronok dia. 

Bawa Cucu 'Balik Kampung' Ke Legoland Malaysia Resort

Nantilah besar sikit lagi Nenek bawa lagi yaa Khalish. Buat masa ni, takat jalan-jalan nengok-nengok bolehlah, tunggu awak dah pandai jalan, mau berkejar Nenek cari awak hahahahaha.. Tempat macam ni bebudak memang seronoklah, lagi time raya gini, banyak aktiviti boleh buat. Dari duduk rumah tak pergi beraya, boleh bawa anak-anak ke sini. 

Cuma tu laa, harga tiket still mahal juga bagi Sis kalau nak beli day-pass, ada duit kumpul sikit, korang buat annual-pass, baru berbaloi, boleh main ke semua taman tema termasuk water themepark. Sis pun haritu tak berkesempatan nak pergi bawa Khalish mandi, lagipun nasib baik juga, sekejap tu, petang tu hujan selebat tidakkk turun, nasib Sis dah keluar dan dah naik kereta, kalau tak, tersidai gakk tunggu hujan stop hahahaha.. 

Cuti masih panjang lagi, jom balik ke Kampung LEGOLAND Malaysia Resort untuk beraya dan bermain bersama!. 

Event: https://www.legoland.com.my/.../shows.../aidifitri-legoland/ 
Tickets & Passes: https://www.legoland.com.my/tickets-passes/


P/S : Minggu ni banyak betul jemputan kawin, hilang mood raya sebab takde jemputan openhouse hahahaha.. 

إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. bila dah setahun, bawa masuk lagi cucu ke situ hehehe :)

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn tunggu dah pandai semua tengok, baru best bawak ke sana lagi kan...

      حذف
  2. Kalau dah pandai jalan, maunya macam budak2 ni. Boleh pulak dia pergi dulu tinggalkan ibu ayah dia mengayakan adik sorang ni. Nasib aje la tak hilang. 🤣🤣

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Aien, tak sabar tunggu Cucu besar dah pandai semua, kasi round satu Legoland hehehe

      حذف
  3. Sama ler..takda jemputan open house 😂 Ehhh..seronokkkk beraya kat Legoland! Enjoy bethollahhh! 😃

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Nonnn... banyak jemputan kawin aku bulan syawal ni hahahaha

      حذف
  4. Meriah raya Khalish kat Legoland. Selamat Hari Raya Sislin sekeluarga!

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah, dapat kongsi rezeki dengan Cucu Karni..
      Selamat hari raya juga..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!