KAU TAKKAN PERNAH RASA APA YANG AKU RASA | PERNAH tak rasa, bila sampai satu tahap, rasa susah sangat nak buat benda baik. Rasa banyak tak betul tentang diri. Rasa amalan macam tak berapa umphhh.
Tadi bukak paip dengan tangan penuh dengan sabun. Tak lepas la sebab paip ketat dan tangan licin. Usaha lelebih sikit baru boleh berjaya keluarkan air. Kaitannya. Kau takkan mampu nak ubah something bila asalnya kau tak bersedia dengan betul pun nak ubahnya.
Hati kau tak rasa nak solat, tapi sebab dah wajib, kau buat ler jugak. Hati kau taknak pun baca quran, taknak pun matsurat dan dhuha. Tapi bila fikir aku ni bukan malaikat, kena buat lelebih amalan, jadi kau tambah jugalah dengan separa tak perasan akan rasa hati tu.
Hati kau macam paip tu. Kau paksa juga buka dengan tangan licin kau tu dengan usaha yang lebih sikit, macam kau paksa juga hati dalam keadaan berlumur dosa tu terbuka untuk buat benda baik-baik.
Akhirnya, air keluar je. Boleh je kau berjaya baca quran dhuha dan sebagainya.
Tapi paip yang ada bekas sabun tadi, sampai bila kau nak biar situ. Mesti kau nak bersihkan kan kalau kau ni pembersih. Kalau kau buat something yang baik dalam keadaan hati kau kotor, yes boleh. Tetapi sampai bila kau nak biar hati kau dalam maksiat dalam masa yang sama kau nak kejar redha tuhan?
Salah teori daripada awal sebenarnya.
Kau sepatutnya buka paip tadi dengan tangan yang bersih. Jadi senang. Kau sabunkan tangan tu di bawah air bersih tadi. Tangan kau bersih, air pun keluar tanpa dipaksa-paksa.
Dulu aku selalu fikir cenggini
Takpa buat baik banyak-banyak dalam keadaan hati tak bersih sangat, inshaallah nanti boleh istiqamah . Boleh punya.
Hasilnya
Membazir waktu kau tahu? Rugi. Sebab bila hati ni rasa tak best buat amalan, kau buat ikut suka hati. Janji buat. Kau lega. Sebab tu solat kau tak dapat cegah kau dari buat benda munkar.
Kan sentap sikit kat situ ..
Step awal dia, kau perlu buang daki-daki hitam kat hati ni dulu. Bila kau rasa si futur tu macam jenguk-jenguk nak dekat, kau istighfarlah. 100 kali kalau saranan nabi. Tapi untuk training ni kau buatlah lebih.
Time kau rasa hati kau dibuai-buai rasa macam-macam tu, kau suruh dia senyap sekejap. Duduk. Kau istighfar. Bukan mulut kau je, tapi hati kau kena serentak ucap dengan mulut. Sambil kau bayangkan betapa selama ni kau kejarkan dunia, kau minta Allah ampunkan ketamakkan kau.
Sambil kau bayangkan betapa kau itu penuh dengan riyak dan ingin dilihat dan dipuji, kau mintalah Allah ampunkan hati kau supaya sifat-sifat mazmumah tu hilang sikit. Sambil kau bayangkan solat kau yang tak khusyuk, sambil kau bayangkan, berapa kali sehari kau benci ingatkan orang yang menyakiti hati kau, sambil kau bayangkan betapa lama kau dah tak tahajud, sambil kau bayangkan betapa banyak draft kau tak siapkan, sambil kau bayangkan muka mak ayah adik-beradik kengkawan kau yang pandang kau dengan pandangan baik-baik, sambil kau bayangkan betapa banyak masa kau dah rugikan, sambil kau bayangkan betapa kau mahu mendapat sanjungan dunia, sambil kau bayangkan sisi-sisi gelap kau yang dasyat, sambil kau bayangkan kau punya Tuhan yang layak mengambil apa sahaja pinjamannya pada kau sekarang, sambil kau bayangkan betapa dasyat hati kau rosak sekarang,
Saat itu, istighfarlah bersungguh sungguh supaya dia tahu, kau akui semua kesilapan kau. Kau akui kau benar-benar lemah. Kau akui tiada apa yang lebih besar bagi kau, melainkan pengampunan dia.
Bagitau Allah sampai Dia tahu, betapa kau sangat mahu dia sayang dan redha kepada kau.
Sebab ego kau tu kononnya hebat dan selalu disukai Allah tu, tu banyak menutup hati daripada melihat kesilapan yang sangat banyak tak terhitung sebenarnya. Allahuakbar ..
Istighfarlah ..
Supaya hati kau bersih. Dan kau sentiasa mahu dan mahu dekat dengan Tuhan. Sentiasa rasa kasih Dia yang selalu buat kau termenangis dalam diam dan luah.
Istighfarlah ..
Apa pun ujian kau hari ini, dengan memohon ampun itu boleh buat Tuhanmu rasa kasihan, rasa mahu menolongmu selalu..
Istighfarlah ..
Biar semua runsing kau pergi. Biar semua apa yang kau kejar di dunia ini boleh jadi sesuatu yang tidak berat. Kerana yang lebih berat daripada itu adalah mengejar redha Tuhan.
P/S : Aku rindu diri aku yang dahulu 😭
good sharing. peringatan bersama.. terima kasih....
ردحذفSama-sama Mummy.. jaga diri..
حذفSemoga hari ni lebih baik dari semalam. Berdoa semoga Allah tetapkan hati kita yang berbolak-balik supaya terus di jalan yang benar. Ameen YRA 🤲🏻
ردحذفAamiinn.. inshaallah Karni.. moga Allah tidak membolak balikkan hati kita ..
حذفsakit hati je kann., huhu
ردحذفSangat Wak... terus istiqomah dan kekal yakin dengan diri sendiri..
حذف