LAKSA JOHOR DAN KUETIAW GORENG KERANG UNTUK TETAMU ISTIMEWA

Sis Lin
12
LAKSA JOHOR DAN KUETIAW GORENG KERANG UNTUK TETAMU ISTIMEWA | HAI korang, apa khabar? Rasa macam lama pulak tak menulis di sini, padahal baru senyap selang berapa hari jer kan, ye laa Syawal tahun ni rasa sibuk betul Sis dengan melayan tetamu dan menjaga cucu, jadi nak curi masa nak bebetul duduk ngadap laptop ni belum boleh nak adjust. Siangnya menjaga cucu dan prepare bahan masak dan memasak, malamnya melayan tetamu, settle semua tidur hahaha.. 

Kalau hanya menjaga cucu aja, still okay, tapi bila dah memasak dan melayan tetamu, memang rasa letih betullah. Tapi takpelah, tinggal beberapa hari jerr penghujung Syawal so kita meriahkan aja laa kan, setahun sekali kata orang. Cuma tidak semua laa yang nak Sis update di sini. Kalau update pun mana yang Sis rasa istimewa dan biasa Sis kongsikan ceritanya aja, yang lelain macam jiran ke, sedara ke, kawan Suami ke, tu Sis simpan dendiam jer lerr.. 

Laksa Johor Dan Kuetiaw Goreng Kerang Untuk Tetamu Istimewa
Kuetiaw Kerang tanpa taugeh, rasa macam tak cukup sifat pulak tengok hahaha

Dan baru ni, Sis dah start beraya dengan Geng Tempe Sis. Dari awal ramadan sampailah masuk Syawal, memang dalam group semua senyap, kalau ada pun hanya masuk chat-chat biasa jer, lepas tu senyap balik. Tapi bila dah sorang mula cucuk jarum ajak beraya, Sis apalagi... kebetulan masa beraya kerumah Nas tu, Sis memang free, jalan terus laa kitaorang. 

Di rumah Nas beraya, dia masak Nasi Tomato, paling best siap ada sambal kerisik, sedap gilerrr.. lepas tekak ngidam nak makan. Bila dah jumpa kitaorang berbincanglah nak raya rumah siapa pulak lepas tu.. so Sis offer diri, ajak mereka semua datang beraya rumah Sis pada Rabu lepas baru ni. Semua setuju, dan apalagi menu permintaan mereka, semestinya 'Laksa Johor'.. 

Laksa Johor Dan Kuetiaw Goreng Kerang Untuk Tetamu Istimewa
Rasa puas bila dapat masak sendiri untuk tetamu.. alhamdulilah

Walau nak buatnya agak leceh nak rebus ikan, kopek isi ikan dan blend bermacam rempah ratus, tapi sebab Sis sendiri pun suka makan Laksa Johornya, maka gigihkan jugalah tenaga untuk siapkan bahan semua. Sis prepare semua bahan kuah pada malam Selasa selepas cucu Sis balik, so senang esok tinggal blend rempah dan buat kuahnya. 

Bila dah biasa dan selelau buat, kita dah boleh agak berapa banyak nak sukat semua, tu pasal kalau ada yang minta details resepi, susah Sis nak kongsikan, sebab semua main agak-agak aja. Tambah itu, masuk ini, letak itu, semua main campak-campak jerrr hehehe.. Yang penting konpiden .. 

Laksa Johor Dan Kuetiaw Goreng Kerang Untuk Tetamu Istimewa
Kuih Raya pun dah habis, tinggal saki baki jerr.. 

Dalam pada memasak kuah Laksa Johor, kepala otak Sis fikir pulak, macam tak syok makan hanya Laksa aja, so terus laa bukak peti karun stok barang dapur dan Sis tengok ada kuetiaw dan juga isi kerang, makanya apalagi ada menu tambahan laa malam tu, rezeki merekalah kan. 

Walau tak cukup bahan, Sis siap kirim dengan Ina untuk belikan taugeh dan limau sambal bila datang ke rumah, tapi dia datang lambat laa, Sis dah siap masak semua hahaha.. tu yang Kuetiaw Goreng Kerang tu takde taugeh, bahan sampingan laksa pun kemudian Sis tambahkan taugeh dan juga limaunya, alhamdulilah semua makan bertambah-tambah, seronok tengokkk.. 

Laksa Johor Dan Kuetiaw Goreng Kerang Untuk Tetamu Istimewa
Sayang korang dunia akhirat ... 

Apa-apa pun, terima kasih untuk semua sahabat syurga Sis ini, Nas, Kak Mas, Kak Zizi dan juga Ina (yang kanan sekali tu anak Ina). Merekalah yang selalu ada dengan Sis suka dan duka. Walau ada yang lebih muda dan tua dari Sis tapi kami semua 'sekepala'.. dan tak ada simpan apa-apa perasaan atau kecik hati pun walau gurau kami kadang kasar.. tapi tetap berpada-pada dalam bergurau.. 

If you have good friends, no matter how much life is sucking , they can make you laugh - Geng T E M P E

 

Terima kasih untuk kasih sayang yang kita kongsikan .. 
Next rumah siapa? hehehehe.. 


P/S : Terima kasih untuk pageviews 30 JUTA ... love korang ❤

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. wah sedap2 nya menu rumah sis. kalau dekat leh gi beraya..
    congrats on 30 juta .. wow!!!

    ReplyDelete
  2. Laksa Johor, paksa penang, itu favorit saya. Tiap kali ke Malaysia, pasti saya cari itu 😄. Awal2 dulu tak terlalu suka, apalagi laksa Penang ikannya kuat sangat di aroma. Tapi ntah kenapa, lama2 berasa sedap 👍

    Teman2 baik macam nih, memang bersyukur punya, kalau bisa teman sampai akhir hayat ya kak ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaa kamu mesti cuba semua menu Laksa di Malaysia ni, ada juga Laksa Nyonya, juga sedap Fanny.. aamiinn atas doanya, makaseh..

      Delete
  3. bila dapat merasa laksa johor air tangan sislin ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, nanti tunggu aku dah selesai semua event hahaha

      Delete
  4. Puas hati bila tengok tetamu jemputan berselera makan air tangan kita kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Karni, walau kadang tu fikir malasnya nak masak, tapi bila dah settle semua, lega dan satu kepuasan..

      Delete
  5. Saya pun tengah nak belajar masak laksa. Rasa rugi pula kalau tak mahirkan diri masak laksa Johor hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa belajar pelan-pe;an, basic baan dia dulu, lelama pandai nanti Rin..

      Delete
  6. Wahhh, meriah ada geng tempe. Bertukar ganti beraya ni. Tahniah sislin atas 30juta pv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Geng Tempe ni memang meriah hahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!