PUASHATI MAKAN SET HIDANGAN CRABLICIOUS DI WAN LI CHINESE RESTAURANT | PEMINAT masakan ketam sila hadirkan diri, scroll baca sampai habis ya, sebab Sis sendiri pun suka makan ketam dan Sis nak kongsikan dengan korang tempat makan mana best makan ketam selain kedai makan seafood di luar sana.
Yaa jika korang inginan kelainan dan makan dalam keadaan privacy atau nak makan makanan lain dari menu-menu masakan Melayu, so korang bolehlah ke Wan Li Chinese Restaurant di Renaissance Johor Bahru Hotel ni dan nikmati masakan ketam dalam set hidangan Crablicious mereka sepanjang bulan May hingga akhir June nanti.
Semestinya laa kan, sebelum Sis share kat korang, Sis kenalah mencubanya dulu dan bila dah mencubanya WOW memang Sis suka laaa.. nak makan kena laa ketamnya fresh dan juga kena cara masaknya, dan ternyata di sini masakannya menepati tekak Sis dan kawan-kawan Sis juga.
Sarawak White Pepper - Pilihan utama Sis.. |
Ginger Onion Sauce - Tidak rasa halia, sebab hanya guna sos aja. |
Dalam set hidangan Crablicious, mereka ada sediakan dua set masakan. Satu masakan Signature dan satu lagi masakan Traditional. Setiap satu masakan tu ada 5 jenis pilihan menu masakan yang korang boleh pilih. Masakan-masakan tu semua korang boleh juga rasa semua jika korang boli ketamnya lebih dari sekilo.
Harga untuk per-gram RM28.80gm, tapi korang kena beli dan makan minimum sekilo untuk satu hidangan untuk satu masakan. Tapi jika korang beli lebih dari sekilo, haa korang boleh mix & pilih masakan untuk sekilo ketam berbeza-beza. Faham ke tak tu hahahaha.. tak faham sila fahamkan.
Signature - Sarawak White Pepper |
Okay yang ini adalah Sarawak White Pepper masakan dari menu Signature. Masakan ni memang Chef sendiri rekemen, sebab rempah masakannya tu adalah buatan homemade dari dapur mereka. Chef kata bukan pakai serbuk atau jenis yang kisar, tapi mereka tumbuk sendiri biji lada putih Sarawak tu dan masak terus bersama bahan-bahan lain.
Memang sedap, pedas tapi Sis sangat sukakannya. Asyiklah makan menu lada hitam kan, kali ni bila makan menu lada putih, terus rasa lain betul kesedapan isi ketam bila lada putih tu meresap ke dalamnya. Banyak juga Sis makan.
Traditional - Ginger Onion Sauce |
Dan yang ini pula dari masakan menu Traditional, Ginger Onion Sauce. Mulanya agak tertanya juga, apa akan ada rasa halia dalam masakan ni, ye laa sebab nama pun ginger onion kannn.. takut pulak makan tergigit nanti hahahaha.. tapi bila mencubanya ooo tidak laa ada halia potong atau hiris, cuma mereka guna sosnya aja hahahaha.. suspennn..
Yang ini pun Chef rekemen gakk.. tapi kalau di beri pilihan antara dua tadi, Sis pilih Sarawak White Pepper, tapi tetap sedap juga menu Ginger Onion Sauce ni. Kalau makan panas-panas lagi sedap, kalau dah sejuk, kuahnya agak pekat dan lekit.. Yang penting ketamnya angat fresh yaaa..
Tu baru nak mula, bila tengok last pinggan, semua penuh tulang ahahahaha |
Antara pilihan masakan yang di sediakan |
Haa lihat tu menu-menu masakan yang di sediakan. Ikutlah pilihan korang sendiri. Cuma korang nak makan kenalah set hidangan tu minimum sekilo ketam, dan korang boleh pilih antara masakan dalam menu-menu masakan tu.
Untuk menu tambahan juga, korang bolehlah pilih dalam menu Elevated tu. Tapi yang ni haritu Sis tak makan, memang datang nak makan ketam aja.. Sis tanya Chef, pilihan Chef yang paling sedap Braised Tang Hoon tu.. Ianya adalah sejenis clear mee (macam suu'un) dan akan di goreng. Alaa macam bihun goreng laa macamtu, mesti sedap kann.. korang try laa nanti..
Kesegaran ketamnya pun korang jangan risau, sangat fresh dan lepas makan tidak membengkak! .. korang kena cuba sendiri!! .. Harga terhidang RM28.80/100gm, tapi minimum order korang kena order 1kg ookay.. lebih banyak kilo, lagi puas makan!.
𝗖𝗥𝗔𝗕𝗟𝗜𝗖𝗜𝗢𝗨𝗦 (Promosi May & June)
Lunch from 11:00am to 3:00pm
Dinner from 6:00pm to 10:00pm
P/S : Tiba rasa macam nak beli ketam laaa pulakkk..
Woww semua sedap ni. Drooling sungguh tengok. 👍👍
ردحذفKannn boleh makan sepuasnya hehehe
حذفIsi gemuk-gemuk ni sedapnya!
ردحذفYaa memang isi dalam ketam tu penuh..
حذف