TAMAT SUDAH SYAWAL BAGI TAHUN 2023M/1444H

Sis Lin
2
TAMAT SUDAH SYAWAL BAGI TAHUN 2023M/1444H | ISTILAH tamat tu hanya dalam kalender jer, tapi kalau Sis tengok scroll timeline facebook dan juga instagram, waaa masih ada lagi open house dan juga makan-makan hari raya uii hehehehe.. so? maknanya, kita raya sambung menyambung laa ekkk hahahaha.. 

Macam harini, ikutkan Sis ada dapat jemputan majlis rumah terbuka di rumah kawan Sis, tapi tak dapat nak datang sebab ada urusan lain, lagipun jemputannya jauh di nunn Rengit sana. Entahlah kalau dulu-dulu pantang aja dapat jemputan, laju jerr nak pergi, sekarang sejak dah berusia ni, lebih selesa time cuti (tak jaga cucu) nak habiskan masa di rumah aja. Maaf kepada yang salah faham bila Sis tak dapat penuhi jemputannya. 

Badan dah mula minta rehat dan fokus pada diri sendiri aja. Kalau ada jemputan melibatkan event apa-apa pun, tengok juga pada masa dan keadaan kesihatan. jika diri ini boleh join, inshaallah Sis penuhi jemputannya. Lagi kalau jemputan review makan, rasa macam dah tak larat dah nak berkejar jejauh semata nak pergi event, kecuali yang dekat-dekat ni bolehlah juga pergi.. 

Tamat Sudah Syawal Bagi Tahun 2023M/1444H
Geng Marhaban Perjiranan hari kedua

Macam juga raya tahun ni, rasa macam tak berapa nak raya sangat dengan kengkawan, mana yang korang nampak tu, tu semua last minit plan je laa, tak macam dulu-dulu tahun sebelum ni, berpusing Sis raya dengan geng-geng setaman dan juga geng sekolah, tahun ni, memasing banyak tak sihat dan buat hal memasing jerr.. 

Sis pun sibuk dengan menjaga cucu, jiwa lebih tenang dan happy duduk rumah jaga cucu dan melayan cucu, bukan kata dah taknak campur orang dah tapi tengok pada keadaan. Kadang kesian juga pada anak Sis tu, kalau Sis keluar siang hari, Yana terpaksa laa bawa Khalish ke opis atau dia amik cuti.. so kalau tak keperluan, memang Sis takde laa nak keluar macam dulu. 

Tamat Sudah Syawal Bagi Tahun 2023M/1444H
Masa ni dah mula keletihan dan kepanasan hahaha 9 buah rumah satu malam.. 

Cuma satu je laa yang buat Sis seronok raya tahun ni, sebab perjiranan Sis tahun ni dah adakan kembali Marhaban Raya rumah ke rumah macam dua tahun lepas. Ye laa sejak PKP tu memang kami dah stop sekejap buat Marhaban, now dah ON balik dan sambutan amat mengalakkan.. seronokk sangat Sis dapat join. 

Marhaban di jalankan selama 4 hari, tapi Sis dapat join hanya dua hari pertama sahaja termasuklah rumah Sis sendiri. Hari ketiga dan keempat, Sis tak dapat nak join sebah staycation di Renaissance Johor Bahru Hotel untuk join event Global Day Of Discovery (GDOD) mereka yang berlangsung serentak satu dunia pada 18/5/2023 bau-baru ni, dan Sis stay di sana selama 3H 2M bersama sahabat Sis,Sunah Sakura. Seronok betul... masih tak boloeh nak move-on dengan event tu..

Tamat Sudah Syawal Bagi Tahun 2023M/1444H
Geng masuk air hahahaha .. 

Event yang berlangsung masih dalam mood Syawal, dan tak sangka kemain happening event GDOD ni.. sangat unexpected.. semua pun enjoy dan gembira dengan aktiviti yang di sediakan. Penat tu memang penat dengan cuaca panasnya, tapi sebab memasing geng masuk air, so penat tu jadi hilang dengan aksi memasing yang gila-gila hahahaha.. 

Media-media, influencer, KOL dan juga blogger yang turut serta semua jenis tak pemalu punya olang, walau ada laa soang dua yang memang agak buat hal sendiri, tapi tetap mesra kalau Sis tegur dan juga berborak sama.. ye laa kita kalau dah masuk dalam golongan media ni, kenalah mesra alam kann, baru laa konpiden nak lebarkan networking, kalau bercakap dengan diri sendiri jer, macam mana nak memgembang badan sayap.. hohohohoho..

Apa-apa pun tamat sudah Syawal bagi tahun 2023M/1444H, semoga kita akan berjumpa lagi di Syawal akan datang. Dan harini merupakan jadual pernerbangan pertama musim Haji bagi jemaah-jemah Haji semua. Moga dipermudahkan segala urusan semua jemaah Haji mengerjakan ibadan di musim panas ini.. aamiinnn ..


P/S : Bakal besan juga dah dapat jadual penerbangannya, tak dapat hadir di majlis perkahwinan anaknya dan anak Sis nanti.. tak apalah, dulukan yang wajib ye Kak 😓

إرسال تعليق

2تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Betul, skrg dah cepat penat klu ajak pegi open house rasa malas je unless mmg dah betul2 plan baru pegi. Tahun ni pun tak buat open house sbb kurang sihat.

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Karni, faktor usia barangkali, tapi rindu pulak zaman beraya dulu-dulu...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!