6 JENIS MAKANAN YANG BAGUS UNTUK PESAKIT TIROID | KEBANYAKAN orang mungkin tidak tahu atau kurang peduli dengan tahap kesihatan kelenjar tiroid melainkan kalau ia sudah timbul masalah. Contoh seperti adik ipar Sis, dia pesakit tiroid tahap yang Sis rasa agak bahaya hinggakan Doktor dah sarankan dia kuarantin dan jalani rawatan minum 'bom nuklear' huhuhu ....
Sis nak huraikan pun tak berapa nak pandai, nantilah kalau rajin Sis interview adik ipar dan bertanya, kemudian Sis sharekan dengan korang okay. Jangan amik mudah dan remeh, jika di biarkan memang akan mudaratkan seluruh kesihatan badan. Jadi, bertindak awal dan mencegah, korang kena tahu contoh makanan untuk menyembuhkan tiroid lebih awal!.
Apa masalah yang berkaitan dengan kelenjar tiroid?
Tiroid merupakan sejenis kelenjar yang terletak di hadapan leher dan terlindung di dalam kerongkong. Ia mempunyai bentuk seperti rama-rama dengan badan kecil dan kepak yang meliputi sisi kiri dan kanan tekak.
Menurut National Institutes of Health (NIH), kelenjar ini berfungsi menghasilkan dan merembeskan hormon tiroid ke seluruh tubuh badan bagi membantu mengawal sistem metabolisme agar ia bertindak lebih baik.
Apabila kelenjar ini gagal untuk menghasilkan atau merembeskan hormon tiroid pada paras yang optimum, ia petanda penyakit tiroid. Selepas diabetes, ia adalah masalah endokrin kedua paling bahaya di negara kita.
Untuk pengetahuan korang semua, terdapat beberapa jenis masalah lazim yang berkaitan kelenjar tiroid termasuk:
- Tiroiditis – Terjadi apabila kelenjar ini mula meradang, membengkak dan memicu rasa sakit.
- Hipertiroidisme – Berlaku akibat hormon tiroid terlalu sedikit serta beberapa faktor risiko lain.
- Hipotiroidisme – Berlaku angkara hormon tiroid terlalu banyak dan beberapa faktor risiko lain.
- Kanser tiroid – Berlaku gara-gara pertumbuhan sel-sel abnormal di dalam kelenjar ini.
Makanan untuk menyembuhkan tiroid
Jika korang merupakan salah seorang pesakit kelenjar ini, oleh itu korang kena tahu makanan untuk menyembuhkan tiroid! Bayangkan jika korang ada masalah tiroiditis, sudah tentu korang akan mula amalkan petua kecutkan tiroid bukan? Ada beberapa jenis makanan yang mungkin boleh bantu kalian untuk menyelesaikan masalah itu.
Tidak perlu bimbang, berikut beberapa contoh jenis makanan untuk menyembuhkan tiroid yang kalian boleh cuba:
#1. Produk tenusu
Pertama dan paling penting, korang mungkin memerlukan lebih iodin untuk kelenjar ini berfungsi lebih baik. Salah satu kaedah untuk mendapatkan lebih banyak iodin adalah dengan cara pengambilan produk tenusu.
Produk tenusu hasil haiwan seperti susu, yogurt, keju dan lain-lain memang sarat dengan iodin dan dipercayai mampu memenuhi sekitar 50% daripada keperluan tubuh badan sekali gus bagus untuk kesihatan tiroid.
#2. Telur haiwan
Kedua, telur ayam mampu memenuhi kira-kira 16% keperluan iodin serta 20% keperluan selenium harian individu. Merupakan antara jenis superfood yang paling popular, kandungan iodin dan selenium tersebut lebih banyak terdapat dalam bahagian kuning telur. Jadi, anda sudah tentu perlu makan keseluruhan telur ayam.
#3. Daging haiwan
Selainn itu, daging putih seperti ikan kaya dengan iodin dan daging merah seperti kambing dan lembu sarat dengan zink. Selain iodin, zink juga adalah antara makanan untuk menyembuhkan tiroid kerana ia penting bagi proses penghasilan dan perembesan hormon ini. Namun, pengambilan yang agak berlebihan turut tidak bagus.
Petua kecutkan tiroid #4. Kekacang
Selenium juga merupakan salah satu daripada nutrisi yang penting untuk fungsi kelenjar ini. Menurut kajian terbitan Clinical Endocrinology pada tahun 2013, kacang Brazil adalah antara sumber selenium yang bagus.
Selain itu, ada beberapa lagi jenis kacang yang turut baik untuk tiroid termasuk kacang Hazel, kacang Macadamia dan lain-lain jenis kekacang. Cuma, pastikan korang tidak ambil selenium lebih daripada 400 mg sehari.
#5. Makanan laut
Ramai orang mungkin sangka makanan laut termasuk di dalam senarai pantang larang makanan untuk pesakit tiroid sedangkan ia mungkin tergolong di dalam jenis makanan untuk menyembuhkan tiroid. Selain tinggi iodin, makanan laut terutama jenis kerang-kerangan juga kaya dengan zink yang baik untuk tiroid!.
#6. Beberapa jenis buah & sayur
Walaupun ia memang mustahak bagi menyeimbangkan diet harian korang, akan tetapi korang yang mempunyai masalah tiroid mungkin akan lebih memerlukan buah dan sayur lebih-lebih lagi dari jenis berries serta cruciferous.
Alasannya, buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam keluarga di atas kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang mampu mencegah serta melawan masalah keradangan atau kebengkakan pada tiroid.
Mungkin ada beberapa lagi jenis makanan untuk menyembuhkan masalah tiroid sama ada tiroiditis, hipertiroidisme, hipotiroidisme, kanser dan lain-lain namun kemungkinan juga tidak semua makanan akan berkesan.
Kalau korang ada sebarang persoalan tentang permasalahan ini, dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar diet ya?
P/S : Mohon korang doakan juga proses penyembuhan adik ipar Sis nanti berjalan lancar dan bertambah sihat yaa.. inshaallah, aamiinn ..
Semoga adik ipar Sis Lin kembali sembuh seperti sediakala.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian bermanfaat ini.
Aaamiinn, inshaallah, makaseh Amie..
DeleteSemoga adik ipar Sislin cepat sembuh. Macamana dia boleh detect ada tiroid tu?
ReplyDeleteDia ada simptom dan kemudian gigil semua Karni, buat medical baru dapat tau..
Delete