ALHAMDULILAH, TERIMA KASIH ALLAH!

Sis Lin
14
ALHAMDULILAH, TERIMA KASIH ALLAH! | SYUKUR alhamdulilah, masih lagi di berikan peluang sihat untuk berhari raya dan memasak untuk family tersayang. Tak kisahlah walau tak lengkap semua family yang ada, janji masih ada lagi yang ‘sayang’ sama-sama meraikan. 

Untuk menu raya haji tahun ini, Sis tak masak ketupat macam tahun-tahun sudah, hanya masak ketupat adabi, ketupat palas, dan juga lemang sahaja. Kalau ada nampak ketupat tu pun, tu dari menu hari raya pemberian besan Sis semalam. 

Tadi pun dapat juga ketupat lagi, sepupu Sis datang hantar, jadilah dapat merasa makan ketupat daun. Sis pun ada masak nasi putih gak buat sesiapa yang nak makan lauk raya dengan nasi putih. 

Alhamdulilah, Terima Kasih Allah!
Geramm betul dia! Pantang nampak kamera hahahaha

Raya haji kali ni, adik-adik Sis macam biasa laa, mereka laa yang memeriahkan suasana hari raya Sis. Malam raya mereka dah sampai bermalam rumah Sis. Yana balik kampung mertua dia, anak sulung Sis pula ke Phuket honeymoon, yang ada anak bujang aja laa. 

Lepas Zuhur tadi barulah Yana sampai, terus rouh rumah bila Cucu dah sampai. Bila dah adik-adik ada berkumpul, jadi meriah laaa, tu yang seronok Sis nak masak. Adik-adik pun bantu gak kerja dapur, so masak sampai tengah malam pun ada teman berborak. 

Alhamdulilah, Terima Kasih Allah!
Alhamdulilah, menu hari raya haji kami .. 

Ini laa lauk pauk menu raya Sis macam biasa tiap tahun. Rendang Daging, Ayam Masak Merah, Sayur Lodeh, Sambal Kacang, Lemang, Ketupat Palas, Ketupat Adabi dan petang ya adik ipar sampai di bawanya Burasak. Makanlah sampai ke malam tadi ni. 

Puas kali ni makan sebab Suami beli 4 ekor ayam, 4kg Daging, Sis masak semuanya sekali! Tak berebut dan sukat-sukat nak makan, makanlah selagi boleh makan!. 

Alhamdulilah, Terima Kasih Allah!
Akhirnya LOVE Nona tercantum hahahahaa

Dan tadi dapat kunjungan dari Sunah & Nona berhari raya ke rumah Sis. Jarang-jarang raya haji orang datang beraya, tapi rumah Sis okkay jerr, siapa nak datang marilah datang hehehe.. ada rezeki dapatlah makan menu hari raya haji Sis. 

Sunah datang bawakan pokok-pokok dia, tu pun minta lagi dia pokok, kalau boleh nak ke rumahnya aja pilih, jomm laa Nona kita pergi, nak naik kete baru ko! Hahahaha … btw thanks Sun & Non, Sis suka tengok korang makan banyakkk!. Senang Sis nak kemas meja hehehee.. 

Buat Sunah, moga dipermudahkan segala urusanmu sebelum berangkat, aamiinnn .. 


P/S : Esok macam nak buat Laksa Johor laaa! Yumsss

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. alhamdulillah..meriah.. salam aidil adha sis!!!

    ReplyDelete
  2. ok, sila hantar laksa johor ke sini...🤣🤣🤣 pepagi ni aku siap semai pokok selasih hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru baca, kalau tak boleh singgah hantar sekali kutip pokok hahahaha

      Delete
  3. Kemahen bujang kecik tu gelak ya. Eh, Cik Sun nak berangkat ke mana tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh dia pantang nampak kamera Kak..
      CikSun nak terbang jauh Kak huhuhu ...

      Delete
  4. Selamat Hari Raya Sis.. lazatnya hidangan raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidiladha juga buat Sodep..
      Alhamdulilah menu hari raya haji tiap tahun gini laaa

      Delete
  5. Salam aidiladha nenek SL
    Meriah menu rayanya

    ReplyDelete
  6. baru baca kat blog sunah dia kata pergi beraya rumah akak.sini baru ada gambar dia dengan nona.hihi.kat blog dia ada gambar makanan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe iyaaa mereka datang beraya ke rumah hahahaha

      Delete
  7. Hahahaa..Kereta dah lama laaa..bila tuuu 😂 Thanks cik Sun kerana cantumkan love saya 😂

    Helo si comel! Geramm nengok haritu..first time bertentang mata..Kahkahhh!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!