BUFET MAKAN MALAM BERTEMAKAN 'THAI TEMPTATIONS' DI HOLIDAY INN JBCC | KALAU kata bufet bertemakan masakan Thai jerr, rata-rata memang akan sukakannya, termasuk Sis. Terus terbayang beberapa menu yang akan ada dan boleh di nikmati sepuas-puasnya time tu kan. Now bukan kata time ramadan aja ada bufet, tak ramadan pun still ada, cuma tidaklah semeriah time ramadan, tapi janji makan bufet.
Sebab apa orang suka makan bufet? Sebab boleh makan sepuasnya dan kita boleh nikmatinya dengan pelbagai jenis dan menu yang tersedia, nak dengan taknak je ko menelannya hehehehe.. time nak makan bufet tak payah;ah nak rasa berdosaaa sangat ekk.. dah depan mata tu, ko bedal jerr laa yaa..
Dan sepanjang bulan Julai ini, korang boleh datang walk-in atau buat tempahan untuk makan malam buffet di Holiday Inn JBCC bertemakan Thai Temptations. Boleh di katakan menu-menu yang di sediakan adalah dari masakan Thai dan semestinya pelbagai rasa dan citarasa.
Rasanya korang pun mesti juga ada menu-menu yang korang boleh teka dan ingin nikmatinya kan? Pertamanya mestilah Somtam, Miang Kham, juga Tom Yum kan? Yaa semua menu ada di hidangkan. Dari menu appetiser, main course hinggalah ke dessert, memang meriah.
Lebih dari 200 menu tersedia antaranya; Miang kham, Roasted Seabass with Thai Marination, Steamed River Prawns in Annatto Sauce, Rainbow Thai Salad, Thai Red Curry Duck, Mango Sticky Rice dan banyak lagi!! .. tak terpilih nak makan apa.
Tiga menu di atas adalah antara menu yang paling Sis suka makan time tu. Roasted Seabass with Thai Marination, Thai Red Curry Duck dan Steamed River Prawns in Annatto Sauce, memang sedap sungguh. Rasa setiap menu tu sangat amazing.. terutama udang galah tu haa.. rempah perapan dia tu membuatkan rasa udang tu terlalu lazat di nikmati.
Juga masakan itik tu, rasa rempah kari merah dia tidak terlalu pedas tapi juicy pada daging itik tu tetap terasa dan tidak hanyir, sungguh-sunggu betul Sos makan dan nikmatinya yaaa.. berkali-kali ceduk ke dalam pinggan..
Tapi jujurnya, ini kali pertama okay Sis makan Miang Kham yang bagi Sis rasanya sangat sedap, sampai 3 kali amik makan.Campuran bahan dan sos dia tu membuatkan bila kita gigit, terasa nikmat betul. Ada rasa pedas, masak, dan manis setiap kunyahan, yang penting memang sedap.. harap time korang makan pun sesedap macam Sis makan juga.
Cuma time Sis makan tu, mereka hidangkan Tom Yum hijau, tapi pun sedap juga. Pencuci mulut seperti Pulut Mangga, Onde-Onde, Air Kelapa, Jelly Buah dan tak lupa Ice Thai Tea mereka, pun kena cuba, semua memang Thai betul laa rasa dia. Lagi satu, ada juga Seafood On Ice. Apalagi, berpinggan laaa Sis makan Oyster hahahaha
Bersama admin Norfy dari Iskandarian (kiri) dan juga admin Lisa dari Visit Johor (kanan) |
So bagi korang yang nak mencubanya, silalah yaa, pasti puashati.
Lebih banyak gambar : facebook page akusislin
Thai Temptations Buffet Dinner
Holiday Inn JBCC
Bermula dari 9 June - 1 July 2023
Setiap Jumaat & Sabtu
Dari Jam 6.00pm - 10.00pm
Harga per-pax ;
RM108 nett Dewasa
RM88 nett - Warga Emas (60 tahun & ke-atas)
RM48 nett - Kanak-Kanak (6-12 tahun)
Tempahan meja ;
📞:+6011 3603 3163
P/S : Harga dia tu sangat berbaloi okayy sebab siap ada Seafood On Ice.. serius berbaloi...
nampak sedapnya semua makanan tu..terliur pula kita tau
ReplyDeleteKannn, tu baru tengok gambar, kalau tengok menu depan mata, mau semua nak di bedalnya hahaha
DeleteSuka jugak menu Thai, unik rasa dia.
ReplyDeleteKann Kak, kalau tema Thai memang ramai suka..
Delete