BUTIK COACH AIRWAYS PERTAMA DI DUNIA DALAM PESAWAT BOEING 747 DI FREEPORT A’FAMOSA OUTLET, MELAKA | MASA perlancaran Butik Coach Airways ni, Sis dapat jemputan media ke sana, tapi di sebabkan date sama dengan jemputan anak saudara Suami di Kuala Lumpur, so tak dapatlah nak join. Tapi Sis tertarik pulak nak update dan berkongsi di blog Sis ni.
Salah satu sebabnya, Sis sendiri adalah pemakai jenama Coach ni. Tidaklah terlalu ikut up to date fesyen dan designnya, tapi boleh di katakan Sis ada 7 bag tangan koleksi jenama Coach yang Sis dah pakai. Lain-lain design dan harga. Semuanya Suami belikan dan hadiakan dan Sis beli hanya di Johor Premium Outets (JPO) aja. Tidak laa ke butik-butik besar, dapat pergi JPO tu pun dah kira untung dan bersyukur.
Dulu kalau sebut aja Coach ni memang kalau nak beli sendiri memang tak laa, korang sendiri pun tau harganya kan, lagi pulak Sis ni surirumah. Nak minta Suami belikan pun tak berani, sebab masa dulu kita tau kewangan dia macam mana, anak pun masih kecil dan bersekolah. Tapi sekarang alhamdulilah, bag tangan Coach pertama Sis beli hadiah ulang tahun perkahwinan Sis dulu Suami hadiahkan.
Masa ni paling banyak Suami beli, pakej belikan Sis, Suami punya, dan anak-anak. Tolak diskaun, hampir 50% juga harga yang kena bayar dari harga asal. Berbaloilah beli jika ada duit lebihnya.. |
Masa mula pertama kali Suami ajak masuk butik Coach tu, rasa macam tak percaya okay. Then Suami pula pilihkan dan Sis terus berkenan, kemudian bila nak bayar, harga yang asal bila di tolak diskaun jadi berbaloi dengan harga asalnya, tu yang Suami kata, 'Tak la mahal mana pun, brand aja dengar mahal' hahahahaha..
Lepas dari tu, tiap kali raya atau ada rezeki lebih, Suami akan belikan, terus jadi banyak koleksi Sis, alhamdulilah. Cuma tu laa kadang-kadang, banyak mana pun, bila dah selesa pakai yang satu tu, makanya yang lelain akan terletak diam jerr laa dalam lemari. Anak selalu marah, sampaikan anak pulak ngendeng bag Mak dia, mana bolehhhh hahahahahaha..
Bagi mereka yang selalu jumpa Sis pergi event tu, haa memang tau laa Sis selalu pakai bag Coach yang memang menjadi kesukaan Sis hehehehe ..
Dan sekarang ni terbaru dan terkini, Sis tertarik pulak dengan pembukaan butik Coach Airways yang pertama di dunia iaitu sebuah pesawat Boeing 747 yang telah diubah suai menjadi butik yang kini berada di Freeport A’Famosa Outlet. Tengok kengkawan upload ketika perasmiannya, bestnyaa laaa.. Dah ajak juga Suami ke sana, Suami kata tunggu Ogos nanti, masa kami semua pergi majlis bertandang anak Sis di Melaka nanti, yahuuuuuuu..
Projek Coach Airways ini telah bermula pada April 2021 dan akhirnya berjaya disiapkan sepenuhnya pada Mei 2023 selepas proses penilaian, perolehan, pemindahan, pemasangan dan ubah suai dilakukan pada pesawat Boeing 747. Dengan panjang badan pesawat 231 kaki 10 dan lebar rentang sayap sepanjang 195 kaki 8 inci, pesawat Boeing 747 ini pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pesawat awam terbesar pada tahun lewat 1960-an. Pada hari ini, pesawat kemegahan ini telah bertukar peranan menjadi Butik Coach yang pertama di dunia.
Para pengemar pesawat penerbangan dan membeli-belah boleh bersedua untuk merasai suatu pengalaman yang cukup memukau kerana Boeing 747 yang dahulu dikenali sebagai ‘Queen of The Skies’ kini dinobatkan sebagai ‘Queen of The Retail’. Reka bentuk pesawat yang luas secara tidak langsung memberikan persekitaran beli-belah yang selesa disamping dapat mengamit kenangan pada zaman kegemilangan perjalanan udara dahulu yang menitikberatkan nilai kemewahan dan keanggunan.
Pas masuk yang menyerupai tiket penerbangan akan diberikan kepada pelanggan sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke jambatan udara menuju ke badan pesawat bagi menciptakan pengalaman sebenar menaiki pesawat udara. Pelanggan juga berpeluang untuk meneroka bahagian dalam pesawat dan kabin runcit untuk melihat koleksi barangan Coach yang sedia dipakai untuk semua golongan yang terdiri daripada koleksi beg, kasut dan aksesori.
Jenama Coach juga ada mengeluarkan koleksi Coach eksklusif menampilkan pilihan baju, beg bagasi beroda, beg tangan dan aksesori perjalanan seperti tag bagasi dan dompet kecil yang dicetak dengan simbol edisi terhad pada koleksi tersebut.
Coach Airways juga telah menerima anugerah Pengalaman Peruncitan Yang Unik, ‘Unique Retail Experience’ 2023 daripada Persatuan Taman Tema & Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA) pada awal bulan ini. Coach Airways di Freeport A’Famosa Outlet kini bersedia untuk menawarkan pengalaman beli-belah yang unik dan bernilai tambah kepada pelanggan sambil dapat menarik asas pelanggan yang lebih luas dan seterusnya memacu jualan.
Kredit gambar air kopi dari CIk Lily Putih (Hantu Kopi) |
Selain ruang butik, pesawat ini juga dilengkapi dengan ruang tetamu, galeri yang menakjubkan dan kafe kotemporari bagi memberi peluang pelanggan ruang untuk berehat dan menikmati hidangan ringan sambil menghayati keseronokan suasana pesawat yang telah siap diubah suai selain mencipta keunikan tersendiri. Coach Airways kini bersedia untuk menjadi tarikan global.
Agak apa rasa kopi Coach ek hehehehe.. mesti rasa mahal kannn :p
Kredit gambar di atas : Pemburu Tiket
(tapi tak tau laa, gambar dia ke gambar orang lain, hahaha)
FAO Air Plane, Coach Airways
Freeport A'Famosa Outlet,
Jalan Kemus / Sempang Ampat
Alor Gajah, 78000 Melaka
Buka setiap hari
Dari jam 10am - 10pm
Phone: 012-900 2872
P/S : Kadang kan, dapat masuk tengok-tengok cuci mata, Od Od pun jadi laa, bukan nak beli sangat, yang ado pun tak pakai weyyy hahahaha..
Telan air liur baca komen Abang Sabar tu 🤣 Dari zaman bekerja sampai skrg pun masih lagi tak berani masuk butik Coach tu Sislin. Gerun tgk harga... Tapi butik dalam kapal terbang mmg cool la. Boleh la pegi melawat sambil cuci-cuci mata.
ردحذفTau takpe, Abang Sabar ingat macam harga ribu riban sangat tu Karni.. tapi bila dah beli tolak diskaun, katanya masih boleh beli laa bagi dia.. camtu laa.. bertahun-tahun kawin, baru ni laa merasanya , alhamdulilah ..
حذف