DOA HARI ARAFAH | HARINI para jemaah akan berangkat ke Arafah. Umat Islam yang tidak menunaikan haji, mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan membaca ‘Doa Arafah’ di samping berpuasa sunat yang dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar.
“Berpuasa pada Hari Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu, dan menghapuskan dosa setahun yang akan datang.”
Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita nyatakan dan apa yang kita rahsiakan. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Meneliti segala hajat yang ada di hati kita, maka mohonlah agar disampaikan hajat itu.
Umat Islam disunnahkan membaca ‘Doa Hari Arafah’ walau di mana pun mereka berada. Satu-satunya doa dimakbulkan Allah SWT pada masa dan tempat tertentu adalah Padang Arafah iaitu hari kesemua Jemaah Haji berkumpul di Padang Arafah, simbolik dan lambang Padang Mahsyar.
Ketikanya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah. Berdoalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah SWT hak menunaikan adalah hak Allah Ta’ala.
Ketikanya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah. Berdoalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah SWT hak menunaikan adalah hak Allah Ta’ala.
Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.” (HR At Tirmidzi dishahihkan Al-Albani)
Doa Arafah bukan sahaja baik dibaca oleh Jemaah Haji pada hari Arafah, tetapi disunnahkan juga kepada seluruh Umat Muslim di seluruh dunia walaupun tidak berada di Padang Arafah.
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah, dan sebaik-baik doa yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah: ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.’” (Hadis Riwayat Tirmizi)
P/S : Rindu yang tak terucap. Rindu suasana kebaikan dan semangat melakukan ibadah. B'iah yang sangat membantu jadi muslim lebih baik. Ya Allah, tetapkanlah iman kami hingga akhir hayat kami Ya Allah.
Terima kasih kongsi, aminn ya rabbal alamin
ردحذفSama-sama, moga bermanfaat buat semua..
حذف