GARA-GARA DRAMA PEREMPUAN ITU, RAMAI ISTERI MENCARI ALAT 'HUSBAND TRACKER!

Sis Lin
4
GARA-GARA DRAMA PEREMPUAN ITU, RAMAI ISTERI MENCARI ALAT 'HUSBAND TRACKER! | LEPAS satu, satu drama yang mengisahkan si penyondol Suami orang. Rasanya dari drama laa banyak memberi kesan emosi tahap melampau kepada isteri di luar sana termasuk Sis sendiri. Kadang tu bila tengok, ayat maki hamun terpacul dari mulut secara spontan, geram punya pasal kan. 

Ada orang tak suka layan emosi, tapi Sis suka, sedikit sebanyak kadang tu kan, ada gak ayat-ayat dia yang boleh kita guna pakai dan jadikan 'senjata' bila memerlukan (yang faham ye faham). Tapi tidaklah terbawa-bawa sampai Suami sendiri kita nak jadikan bahan overthinking kita. Insecure sikit tu bolehlah, lebih-lebih tu jangan, nanti yang sakit hatinya siapa, kita sendiri .. 

Gara-Gara Drama Perempuan Itu, Ramai Isteri Mencari Alat 'Husband Tracker'

But dalam drama Perempuan Itu ni terlalu melampau sangat tahap kesabaran seorang Isteri. Sampaikan boleh bersabar dan diam bila dapat tahu kecurangan dan maksiat Suaminya depan mata, dengar dari telinga dan membaca mesej-mesej Suaminya dengan si peyondol tu, dah ler tengah sarat mengandung, Allahuakbar.. tak tahan airmata Sis tiap kali lihat Khalish nangis huhuhu.. 

Kalau korang tengok drama ni, mesti bermacam emosi bermain dalam fikiran korang kan?. Sis sendiri pun kadang tak tau nak huraikan macam mana, Nak salahkan Khalish pun tak boleh, nak salahkan Emir pun tak tau macam mana, yang bersalah dalam hal ni, si penyondol tu.. dah tau Suami orang silalah jauhkan, kau sendiri nampak betapa dia sayangkan isterinya, sendiri boleh faham kan, lagipun kerjaya Doktor kot, ishhh cannot brain arr.. 

Hati seorang perempuan akan sakit jika kesetiaan dan kepercayaannya di curangi. Dan aku setuju dengan posting Dr Rusyainie Ramli ni di laman facebooknya.. korang bacalah .. sekadar perkongsian.. 

Gara-Gara Drama Perempuan Itu, Ramai Isteri Mencari Alat 'Husband Tracker'

Tak berapa lama dulu, suami saya ke luar negara hampir setiap minggu. Paling tidak 2 minggu sekali dia mesti terbang. Saya sudah lali. Saya hanya tahu negara mana dia pergi. Selain tu, saya sudah tidak ambil pusing. Nak turut jadual perjalanan dia tu, saya nanti pening kepala.

Sekarang, dia dah banyak bekerja di pejabat atau di rumah. Ke luar negara tu, sebulan sekali gitu. Tapi tetap juga lah pergi. Dah kerjanya macam tu.

Ramai orang bertanya pada saya, tak risau ke, tak runsing ke, kalau dia berpaling tadah. Maklumlah kerjanya ke merata negara sekitar Asia, menginap di hotel 5 bintang bla bla bla. Ada yang kata, suami saya itu rupanya lebih muda dari saya. Silap haribulan ada yang sengaja mencuba nasib.

Sebuah perkahwinan itu asasnya adalah percaya. Kalaulah saya tidak meletakkan kepercayaan pada dia, mana mungkin, tidur malam saya lena dan nyenyak. Serabut pemikiran saya jadinya kerana dihantui dengan segala hasutan iblis tentang segala kemungkinan yang boleh berlaku. Sudah diracuni nantinya akal saya ini.

Saya mesti percayakan dia. Saya sudah melakukan yang terbaik sebagai seorang isteri. Saya tidak sempurna. Tidak mungkin. Tetapi, saya sudah berusaha sedaya upaya. Kalaulah itu pun tidak memadai, saya tidak tahu apa lagi yang mampu saya buat. Rupa paras saya tidak secantik mana pun, pasti ramai sangat di luar sana boleh menandingi saya dengan sekali petik jari. Namun, untuk menjadi isteri bukan itu saja kriterianya bukan?

Saya hormati ruang peribadinya. Saya tidak menggodek telefon pintarnya. Saya tidak mahu merimaskan minda saya dengan segala kemungkinan yang boleh disalahtafsir. Biarlah dia.

Nak menjejak setiap satu langkah dia? Memang tak lah. Dah macam paranoia sangat dah ni.

Kalau dah jadi sehingga tahap ni, sampai kita dah jadi pengintip dan penjejak, maknanya perkahwinan tu dah tak benda yang paling asas, iaitu kepercayaan. Sebenarnya dah lama dah rumah tangga tu berderai pecahnya, tapi isteri masih tak boleh menerima hakikat. Perkahwinan tu sebenarnya tinggal bayangan dalam minda dia saja. Realiti, adalah sebaliknya.

Mesti suami jenis kaki skandal sana dan sini. Dah kantoi pun dengan isteri. Tapi isteri, katanya boleh memaafkan suami, memilih untuk bersamanya, kononnya demi anak-anak yang berderet tu, sebenarnya tak percayakan suami dah. Tu yang diikut rapat ke mana saja suami, sampaikan dibeli penjejak ni hah.

Bahagia ke kehidupan begitu? Kalau dah memilih untuk bersama suami yang pernah curang, maka kita mesti lah menerima hakikat yang dia ni ada bala besar yang dipikulnya sampai dia mati. Kita lah yang kena membuat keputusan, nak bersama dia atau tidak. Dia yang ada beban yang dia pernah curang tu. Kalau ya, kita mesti menerima dia dan bebannya sekali. Dah tak boleh nak mengungkit bagai, sebab tu pilihan kita.

Kita tak boleh lah nak dia tapi tak mahu beban dia. Tu takkan mungkin terjadi. Macam tak berpijak di bumi nyata lah kita ni kan. Banyak sangat menonton drama. Dah tu yang kita jadi paranoid. Syakwasangka pada dia 24 jam sehari. Semak kepala dok memikir apa lah mamat tu buat.

Pilihan tetap pada kita. Kita tak boleh mengubah dia. Kita jangan dok perasan yang suami akan berubah sebab kita. Tak adanya. Dia menjadi lebih baik sebab dia yang nak.

Saya sendiri pun tidak gemar jika suami mengganggu privasi saya. Biarkanlah saya dengan aktiviti membawang saya. Saya rasa dia pun tak sanggup nak baca setiap satu mesej di WA dan Telegram saya yang sentiasa beratus-ratus.

Saya bekerja di kelilingi lelaki. Sudah dari dulu begitu. Percaya atau tidak, suami saya menaruh kepercayaan pada saya untuk menjaga maruah dan harga diri saya. Untuk urusan kerja, saya bergerak dengan kenderaan rasmi ATM, dan pemandu saya lelaki. Kalau dia sentiasa ada sangsi dan ragu, bagaimana saya mahu bekerja.

Memelihara kedamaian dan keharmonian rumah tangga memerlukan kepercayaan yang utuh dan kukuh. Kalau asas itu tidak wujud, maka berantakanlah istana yang dibina. Bukankah itu suatu penyeksaan dan penderitaan?


P/S : Orang yang menganggu rumahtangga orang, hidupnya takkan tenang... percayalah . 

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Setuju dgn Dr Rusyainie ni. Kena percaya kat laki kita. Tapi sebelum ambik jadi laki, kena pandai menilai peribadi dia. Kalau sebelum kawen dah mata galak tgk perempuan lain atau pernah curang, susah sikit nak percaya walaupun lepas kawen.

    Tapi sesekali suka je usik Jun, kat ofis takde ke perempuan cantik jawapan klise dia - tak sempat toleh kiri kanan mata asyik kat skrin je sbb byk isu hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Karni, kadang dah tua-tua ni dah malas nak fikir dah.. cuma berhati-hati, kita jaga hati kita aja laa.. tapi jika terkena, time tu Tuhan aja laa yang tau sakitnya macam mana.. kifarah, one day, Allah balas CASH juga..

      Delete
  2. percaya @ tidak..itu atas individu...tp kdg2 perlu juga ambil tahu pasal pasangan kitasekadar nk bagitaw "hello, im stil ur wife, jgn cuba2 nk buat yang tak ketahuan, ku ganyang mu nanti"... hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. kadang nak insecure sangat pun susah, percaya sangat pun lagi susah.. harap perempuan di luar sana fahamlah akan sakitnya hati isteri itu jika di sakiti.. jika tidak, memang dasar penyondol hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!