KENAPA RAMAI ORANG TAK SUKA MAKAN SAYUR LOBAK PUTIH?

Sis Lin
6
KENAPA RAMAI ORANG TAK SUKA MAKAN SAYUR LOBAK PUTIH? | MEMANG jadi persoalan dan pertanyaan Sis, kenapa ramai orang tak suka makan sayur lobak putih ek? Adakah sebab rasanya yang pahit? Atau sebab baunya yang tidak menyenangkan? Atau ada lain-lain sebab yang Sis tak tau?.

Setahu Sis laa, salah satu sebab tu memang betul, sebab rasa lobak putih tu pahit. Kalau bau tu bagi Sis biasa aja kecuali kalau lobak putih tu di blender, memang bau sedikit hancing, tapi lobak putih ni boleh buat ubat kencing tak lawas dan perbanyakkan air susu badan bagi ibu yang menyusu. 

Sebab tu time berpantang, Mak-Mak kita termasuk Sis memang akan masak sup sayur lobak putih ni dan bagi anak yang sedang berpantang makan, tapi.... zaman sekarang, budak-budak dah taknak dah makan, bila sebut jer sup lobak putih, terus buat mimik muka cebikkk.. baik Yana, anak bujang dan juga Suami Sis, semuanya tak suka. 

Kenapa Ramai Orang Tak Suka Makan Sayur Lobak Putih?
Sup Sayur Lobak Putih

Tapi beza dengan Sis, Sis paling suka makan sup lobak putih, tumbuk bawang, ikan bilis then tumbuk lada hitam, reneh sampai empuk, kemudian makan pepanas, sedapnyaa meratah. Makan panas-panas tu syokkk wooo.. dah serupa macam orang dalam pantang pulak hahahahaha.. 

Apa itu lobak putih?

White radish tergolong dalam keluarga kubis dan nama saintifiknya adalah Raphanus Sativus var. Longipinnatus. Lobak ini telah digunakan berabad lamanya untuk tujuan perubatan Ayurveda. Ia boleh membantu merawat pelbagai jenis penyakit. Dalam komponen perubatan di China juga menggunakan lobak ini kerana ciri-ciri bau pedasnya (pungent).

Dari aspek pemakanan pula, ia boleh dimakan secara mentah, dimasak ataupun dijadikan jeruk. Antara khasiat lobak putih ; 
  • Bantu rawat jaundis. 
  • Cegah jangkitan saluran kencing. 
  • Lobak putih bagus untuk penghidap arthritis rheumatoid. 
  • Cegah kanser. 
  • Cegah masalah jantung. 
  • Menurunkan berat badan. 
  • Merawat gangguan pernafasan. 
  • Sesuai untuk tekanan darah & diabetes.

Kenapa Ramai Orang Tak Suka Makan Sayur Lobak Putih?
Saya makan biskut beras jerr, sedap hehehehe

Nanti nak juga buat sup lobak putih dan bagi Cucu Sis makan, biar dia rasa makanan yang pahit-pahot dan kurang sedap dulu, sebelum dia rasa makanan yang sedap akan datang. Kang dah makan yang sedap majang, kasi yang tak sedap, mau menjerit kann.. budak camtu laa, nak sedap jerr..

Bukan kata budak, kita yang dewasa pun pandai memilih makanan, lagikan budak. Nak kena ajar dari kecik mulakan makanan yang kurang sedap/enak, nanti dah biasa, mereka akan terbiasa laa bila dapat makanan/sayur yang tak sedap.. tak gituuu?.. 

Kalau korang tak suka makan sayur lobak putih secara segar, korang boleh makan yang dah di jadikan Snek Berpantang Lobak Putih, pun sedap juga.. 


P/S : Lobak putih buat jeruk macam kat Korea tu, perghh dapnyaaa... 

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. rugilah. sedap ooo. selalu buat masak lemak putih atau masak air letak lada hitam sikit. sedap oo. banyak khasiat juga tau. untuk orang yang xlawas kencing pun blh amalkan minum air lobak putih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum pernah masak lemak lagi Leya, nanti nak try gak laaaa

      Delete
  2. Pernah makan kat hospital je. Memang sedappp. Tapi tak pandai masak. Rugi pulak tak makan lobak putih selama ni. Khasiat banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa bagus untuk kesihatan, banyak khasiat, nanti cubalah ...

      Delete
  3. Tak pernah cuba lagi lobak putih ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah Karni, sedap.. buat ubat dalaman..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!