LAMA BETUL TAK MASAK ASAM PEDAS AYAM | DAPAT juga duduk sekejap ni haa buka laptop siapkan invoice job dan belek email juga siapkan task blog mana yang tertunggak. Dari pagi tadi, jaga cucu sekejap, kemudian cucu dah balik cuci baju dan packing baju, kemas dapur semua, settle kerja. Takde laa banyak sangat kerjanya, tapi hati ni rasa tak tentu arah memikir task posting blog tak siap lagi.
Mana yang sempat kita siapkan dulu, instagram, facebook pages dan juga Tiktok kita kasi up dulu, blog ni kita karang draft dulu, kemudian pilih gambar baru kita post. Sis bukan jenis update melepaskan batuk di tangga jerr, memang bukan style Sis, kalau boleh nak update dengan ikhlas, apa yang kita rasa dan makan, nak tulis sejujurnya, sebab blog Sis bukan blog iklan, main tepek then post.. baik jangan jadi blogger.
Okay dah, selesai membebel pada diri sendiri, kita sambung cerita tajuk atas..
Asam Pedas Ayam seekor hahahaha |
Yaa rasanya lama tak masak asam pedas ayam. Sejak sibuk dengan persiapan perkahwinan anak, memang lama dapur Sis tak berasap. Kadang Suami balik beli makanan, kadang anak bujang beli, ada masanya jiran baik Sis tu hantar makanan, lagipun yang nak makannya pun Sis sorang aja, Suami dan anak bujang balik kerja lambat jarang makan di rumah.
Dan kelmarin, bila badan rasa dah segar dan tidak terlalu letih, mood rajin pun sampai, so Sis masakkan laa anak bujang Sis Asam Pedas Ayam kesukaannya. Yang kelakarnya, beli seekor ayam, Sis masak hampir semua okayyy.. dan malam tu hanya tinggal 3 ketul sahaja hahahaha.. penangan makan bertambah si anak bujang Sis. Sis makan hanya dua ketul aja tengahari tu..
Nikmat asam pedas ayam letak sawi jeruk huhuhu |
Nampak sangat dia rindukan masakan Emaknya yaa.. sian laa anakku.. Maaflah anak, lately ni memang agak sibuk nak masak, selagi tak selesai majlis perkahwinan Kakaknya tu, selagi tu banyak kerja nak buat, walau dah upah orang uruskan semua, but tetap nak sibukkan diri juga. Ye laa majlis kita kan, kalau boleh nak buat yang terbaekk untuk anak.
Masakkan juga sayur sawi goreng, ada telur asin, ikan asin dan juga Sis bakar terung dan makan dengan sambal hijau petai Yatie Kitchen. Kebetulan, malam tu Suami balik ehh lapar pulak, so laku laa lauk semua yang Sis masak, walau Suami tak berapa suka asam pedas ayam tu, so dia makan laa tang kaki, leher dan juga tang tulang.. janji kenyang yaa..
P/S : Banyaknya kain baju nak lipat, ishhh malasnyaaaa hahahahaha..
asam pedas letak sawi jeruk? Baru pertama kali dengar ni.
ReplyDeleteYaa Karni, sedap wooo.. nanti try laaa.. dah mendidih, masukkan sawi jeruk yang telah di cuci...
DeleteNampak sedapnyer
ReplyDeleteSelamat menjamu selera.
Alhamdulilah Wak, sedap di tekak anak-anak..
Delete