LIRIK LAGU SAMPAI SYURGA (REIMAGINED) - FAIZAL TAHIR | TAK silap dulu muzik video dia dalam air, yang ni tepi pantai jerr dia jalan, agaknya Faizal Tahir dah taknak lemas dalam air kot hahahaha.. tapi Sis lebih suka muzik video tepi pantai dia ni, lebih nampak 'healing' gituuuhhh ..
Composer: Faizal Tahir, Audi Mok, Ahmad Izham Omar
Lyricist: Faizal Tahir, Audi Mok, Ahmad Izham Omar
Lirik Lagu Sampai Syurga (Reimagined) - Faizal Tahir
Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu
Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu
Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu
Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu
Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu
Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu
P/S : Selamat berhujung minggu korang ❤ ..
Suka versi yg asal lagi.
ReplyDeleteSaya lak suka lagi versi nie.. lebih santai dengar..
DeleteSis sama Sodep, suka versi baru ni..
Delete