MASAK MENU PALING SENANG HARINI, SIAKAP STIM ALA NYONYA

Sis Lin
2
MASAK MENU PALING SENANG HARINI, SIAKAP STIM ALA NYONYA | SEKEJAP dah hari Isnin, esok Selasa, then Rabu, Khamis kita dah raya, hurmmm ...masa berlalu begitu pantas sekali kan, rasa macam baru jerr raya, ehhh dah raya lagi.. Korang dah siap sedia ke belanja masak raya? Sis inshaallah, Suami kata esok nak beli ayam daging semua, biar beli awal, dari nak beratur membeli nanti. 

Kat Johor ni, baik raya puasa ke, raya haji ke, meriah dia kat Pasar memang lain macam, lagi kalau last minit belanja, memang sesakkkk uii Pasar, sebab tu dah pesan kat Suami, beli sesiap dulu, jangan last minit, yang penting ayam daging tu haa.. lain-lain barang dan bahan, kedai Acheh jerr ada.. 

Dan harini, Sis berpuasa sunat Zulhijjah, tekak memang nak sangat makan ikan siakap, dan memang ada pun stok ikan siakap dua ekor dalam freezer Suami beli, makanya menu berbuka puasa harini, Ikan Siakap Stim Ala Nyonya. 

Masak Menu Paling Senang Harini, Ikan Siakap Stim Ala Nyonya
Sekor dah licin, tunggu Suami balik dia makan sekor lagi, kalau tak habis, Sis ratah je kang hehehe

Masak tengah stim ikan dan sosnya, terbau-bau dan terasa-rasa sosnya, kemain terliur anak tekak hahahaha nasib baik time masak dah jam 6.30pm, so tidaklah menunggu lama waktu berbuka. Rasa pun tak tau laa, entah pedas ke tidak, sebab kali ni Sis tak letak cili api. Nak pedas kena letak, tapi kali ni guna lada merah aja. 

Bunga kantan pun takde dalam stok peti ais, so Sis tak letak punn, ikutkan kalau letak lagi sedap rasa, ni tadi makan, bolehlah... hahahaha janji ada rasa nyonya tu. Anak bujang makan pun kata dia okay, so okay laaa tu.. Menu lain Sis ada masak Sayur Brocoli Karot goreng cendawan dan juga Ulam-ulaman beserta buah oren dan TehO panas untuk berbuka, alhamdulilah.. 

Nak resepi, ada di bawah ni.. 

Masak Menu Paling Senang Harini, Ikan Siakap Stim Ala Nyonya
Isi ikan siakap tu lembut, bila di stim dengan sos macam ni, sedap gilerrr

Resepi Ikan Siakap Stim Ala Nyonya

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap yang telah dibersihkan (boleh guna mana-mana ikan seperti talapia)
Garam, gula secukupnya

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
1 labu bawang merah besar
2 batang serai (Sis pakai paste serai yang dah siap blend)
1 inci halia
3 biji lada merah besar
1 inci kunyit hidup
Sebatang daun bunga kantan (stok takde pulak, so tak letak harini)
Daun limau purut hiris sebagai hiasan atas dan boleh di makan. 

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan kisar, kisar semuanya sehingga lumat.
2. Tumis sehingga wangi dan pecah minyak.
3. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4. Lumurkan ke atas ikan dan kukus sehingga masak

Selamat mencuba.. 


P/S : Memalam gini tiberr rasa nak order Tealive GT laaaa.. dapnyaaa.. 

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!