MENU HARI RAYA HAJI DARI BESAN TERCINTA

Sis Lin
2
MENU HARI RAYA HAJI DARI BESAN TERCINTA | AYAM daging Sis masih lagi dalam peti ais selepas di cuci, plannya lepas berbuka puasa nanti baru laa nak mula memasak. Lagipun adik-adik pun petang nanti baru sampai, so memang time menaip ni tengah santai-santai aja. 

Dapat panggilan whatsapp video call dari Besan (mertua Yana), dia nak datang singgah hantar menu hari raya. Waaa cepat betul dah siap masak, katanya masak awal sebab nak terus balik kampung, tu yang nak singgah hantar menu raya. 

Yana pulak memang dah ada di rumah Sis (kerja halfday), sampai aja Besan Sis, Sis ajak masuk kerumah sekejap, ye laa boleh main dengan Cucu kejap kann.. kemain banyak menu raya di bawanya, alhamdulilah rezeki untuk berbuka puasa nanti. Tapi buka puasa nanti dah ada plan nak masak menu lain, takpe laa, adik-adik datang sambil merewang, nanti boleh makan. 

Menu Hari Raya Dari Besan Tercinta
Alhamdulilah, buka puasa nanti dah boleh makan menu hari raya.. 

Meriah haaaa.. ada ketupat, ada dua batang lemang, rendang daging, ayam masak merah, sambal kacang dan juga kek marble. Memang besan Sis ni pandai masak, masakannya pun sedap. Terima kasih laa Besanku tercinta. 

Kebetulan harini Yana pun balik awal, so Sis ajak dia ke Econsave kejap nak beli barang kering mana yang takde, tapi kusss semangat kemain ramai orang, sampaikan Sis amik sikit-sikit, lepas tu cakap Yana dah jom balikkk, tak dan laa nak pusing mencari barang, rasa macam sesak nafas tengok banyak orang.

Ikutkan biasanya Suami yang dah beli sesiap, tapi pepagi jam 4am dia dah gerak ke KL ada meeting pagi tadi, Suami ajak pun Sis malas nak ikut, fikir nanti jem bagai, pastu nak masak lagi, kang penat atas jalan tak hilang, migrain pulak kepala pagi raya.. 

Menu Hari Raya Dari Besan Tercinta
Cucu pun terpinga-pinga tengok orang ramai di Econsave

Untuk tidak menyusahkan Suami nak beli balik Johor, tu yang Sis ajak Yana aje pergi belanja sikit. Last-last dah tengok Econsave ramai, Sis ke Pasaraya Smart Bee dekat area rumah Sis aja.. Lapang rasa bila masuk pasaraya takde orang, dah rasa pelik pulak rasa orang takde hahahaha..

Cuaca panas gilerr, tak boleh lama, rasa macam nak gelap mata di buatnya, tak tau laa kalau panas dia nak hujan petang ke malam kang, sebab dah berapa hari dah Johor di landa hujan lebatt.. harap hujan juga laaa, sebab panas betul laaa harini. 

So korang dah start masuk dapur ke? Yang berpuasa Sis doakan selamat jalani puasa hingga ke akhirnya. Moga segala amalan kita di berkati Allah swt.. inshaallah, aamiinn.. dan selamat memasak korang.. 


P/S : Nanti malam nak buat serawa durian... permintaan adik-adik .. 

إرسال تعليق

2تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!