NIKMATI MAKAN MALAM DARI PELBAGAI NEGARA DI PAN ASIAN BUFFET DINNER, RENAISSANCE JOHOR BAHRU | KORANG kalau 'kaki makan' dan suka mencuba pelbagai masakan dari pelbagai negara, tapi tidak berkesempatan nak melancong ke luar negara, haaa Sis syorkan korang datanglah makan di Pan Asian Buffet Dinner, Renaissance Johor Bahru Hotel ni.
Memang pada mulanya agak teruja bila memikirkan apa betul ke ada masakan dan menu dari pelbagai negara dalam satu bufet makan malam? Sebagai tidak menghampakan diri sendiri, so taknak laa terlalu mengharap harapan yang terlalu tinggi ikut tekak Sis, but at least, dalam hati berkata, mungkin ada certain makanan yang kita nak makan ada di hidangkan, so tidaklah kempunan kan hehehe..
Tepat tekaan Sis, bila sampai aja, memang dah nampak dah, apa yang Sis nak makan, ternyata ada juga di hidangkan. Dan lebih excitednya, banyak menu dan makanannya, yang Sis sendiri pun tak pernah mencuba, ye laa maklumlah, kita ni bercuti domestik aja, jarang nak keluar negara, paling ado pun pi Korea dua kali, Hong Kong, Bangkok, Bandung dan juga Hatyai jerr.. lelain negara tu, belum ada rezeki.
Tapi bila sampai ke Cafe BLD Renaissance Johor Bahru ni, wowww semua makanan highlight dari luar negara ada. Antaranya; Vietnam Roll, Tom Yum Soup, Teteobokki, Som Tam, Singapore Curry Laksa, Oyster on fire, Taiwan Crispy Chicken Pop, Taiwan Oyster Omelet, Thai Green Curry, Kare-Kare Philippines Oxtail Stew, Kimchi Salmon Pizza, Indonesia Sayur Asem, Satay dan banyak lagi! Paling sedap Oyster dan Tom Yum dia! Mabeles!!
Memang Sis tertarik betul dengan menu Oyster on Fire dia, lain machiammm, di bakar dan di letakkan sos pilihan dan kita akan makan panas-panas, memang sungguh sedap, ada laa dalam 5 ketul Sis makan. Juga Tom Yum Soup dia, mereka guna udang galah besar okayyyy.. siap boleh request nak berapa ekor udang, but minimum 3 ekor ajaaa yaa, ingat-ingat orang belakang..
Yang specialnya, Tom Yum Soup tu adalah original recipe dari GM, Mr Kanit sendiri okayyy.. ye laa Mr Kanit berasal dari Thailand so memang rasa Thai sangattt Tom Yum Soup dia.. puas makan sebesar tidak udang dalam satu mangkuk. Kuahnya ada pedas-pedas manja dan ada rasa santan, itu yang menajadikan rasa lemak dalam Tom Yum Soup tu, sangat sedap..
Korang yang suka makan Tepokki tu pun ada, makanlah puas-puas, sedap juga rasanya tapi Sis rekemen korang kena cuba menu-menu masakan berlauk mereka, boleh di katakan semua Sis ceduk makan dan semuanya sedap, 'ada rasa' ... begitu juga dengan dessert-desset mereka, di sini kalau makan malam, pencuci mulut mereka laa paling meriah, nampak sikit, tapi rasa tu penting..
Jangan lupa korang cuba pelbagai pencuci mulut yang korang tak pernah rasa tu, Mochi dia pun sedap, siap surprise time makan, 'Ehh durian laaa' hahahaha.. gitu laa kan kalau dah pencinta durian hahahaha.. Tapi Sugar Coated Fruits & Cherry Tomato tu, waduhhhh manis bangattt.. boleh bikin potong jari kalau makan dua tiga cucuk hahahaha, yang suka ye suka, but untuk tekak Sis, buat ras-raso okay laa..
Makan malam bersama Geng JDT Blogger yang ado .. |
Untuk korang lihat LEBIH BANYAK gambar, korang boleh ke facebook pages akusislin okay. Kat pages tu segala menu, segala sudut, segala ceruk Sis amik dan up dalam tu, bolehlah korang belek okay.. Dan untuk lihat video REEL pula, korang boleh ke IG akusislin. Dalam video tu pun ada Sis tunjukkan segala menu dan suasana tempat makan di Cafe BLD tu.. Jangan lupa like dan komen sikit..
So palagi, booking table korang sekarang dan nikmatilah bersama orang tersayang, jangan bawa Bini/Laki orang yaaa.. :p
Pan Asian Dinner Buffet
CAFE BLD, Renaissance Hotel JB
[Buffet Dinner : May, June, July]
📅Sunday to Thursday
⏰️6:30pm to 10:00pm
🏷RM108 nett per adult
🏷RM54 nett per children (6 to 1 2 years old)
📅Friday & Saturday
⏰️6:30pm to 10:00pm
🏷RM158 nett per adult
🏷RM79 nett per children (6 to 12 years old)
35% discount for Club Renaissance Johor Bahru member
Take a noted : Jika lihat video dalam REEL Sis tu, itu dalah buffet dinner pada hari 'weekends' Jumaat dan Sabtu sahaja., Jika datang pada hari 'weekdays', tiada warung seperti di luat tu, sebab tu harganya berbeza.
P/S : Rindu pulak nak travel ke luar negara.. nak kemana ekkk?
Sedap2 semua menu tu. Oyster tu paling mengancam!
ReplyDeleteYaa Karni, itu yang jadi tumpuan ramai hehehe
Delete