PERJALANAN HAJI TAMATTUK | "HAJI Tamattu" adalah mendahulukan umrah dari ibadah haji. Yaitu memakai ihram dari miqat dengan niat umrah pada musim haji, setelah tahallul, memakai ihram lagi dengan niat haji pada hari Tarwiyyah (8 Zulhijah). Bagi yang melaksanakan haji Tamattuk diwajibkan membayar dam.
Dari Malaysia ke Miqat di Qarnul Manazil (sudah berihram.). Penerbangan sejauh 7,530 km (Pilot akan membuat pengumuman). Jika bertolak dari Madinah Miqatnya adalah di Dzulhulaifah Abyar 'Ali (ﺫﻭﺍﻟﺣﻠﻴﻔﻪ ﺍﺑﻳﺎﺭ ﻋﻠﻲ) atau Bir Ali lebih kurang 9km dari Madinah. Jarak antara Madinah ke Mekah adalah 451km. Setelah tinggal di Madinah selama 8 ke 9 hari. Dapat mengerjakan solat berjemaah 40 waktu di masjid Nabawi.
Baca Juga : Apa Itu Badal Haji?
1. Berniat Ihram Umrah kerana hendak masuk ke Mekah
2. Meninggalkan 13 larangan dalam ihram
3. Bertalbiah
Di MEKAH
1. Tawaf Rukun Umrah
2. Saie (Safa dan Marwah)
3. Bercukur
Tanggalkan ihram (tertunai Umrah untuk Haji).
Aktiviti Berterusan
Membaca alQuran
Tawaf Sunat
Solat Berjemaah
Ziarah di Mekah
Umrah sunat ikut kemampuan
8 hb Zulhijjah 14_ _H (Hari Tarwiyyah)
1. Berniat Ihram Haji (Tamattuk)
2. Memakai ihram
3. Meninggalkan larangan dalam ihram
Bertalbiah
Bertolak ke Arafah
Membaca alQuran
Solat Fardhu Berjemaah
Qiamulail
9 hb Zulhijjah 14 _ _H
Wukuf setelah gelincir matahari
waktu wukuf sebelum naik fajar 10 Zulhijjah
Mengikuti khutbah wukuf
Solat Jamak Zuhur dan Asar
Zikir Arafah
Perbanyakkan berdoa
Solat Jamak Maghrib dan Isyak
Selepas isyak, bertolak ke Mudzalifah (naik bas)
Di Mudzalifah
Kutip anak-anak batu
Berzikir
Berdoa
Bermalam (bermabit) di Mudzalifah
Tidak melintasi sempadannya, selepas tengah malam untuk ke Mina.
10 hb Zulhijjah 14 _ _H di MINA
Melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah
Bercukur (tahallul Awal)
Menanggalkan ihram
Terlepas 10 larangan ihram, namun kekal 3 larangan ihram
Melontar ketiga-tiga jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah
Bermalam 11, 12 bagi Nafar Awal
Melontar ketiga-tiga jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
Bermalam 11, 12 dan 13 bagi Nafar Thani
Zikir, Doa dan Tilawah
Menyembelih korban
Berangkat ke Mekah
Di Mekah
1. Tawaf Rukun Haji
2. Saie (Safa dan Marwah)
tahallul Thani
Lengkaplah Ibadah Haji Tamattuk
Lengkap Rukun dan Wajib Umrah Haji
Lengkap Rukun dan Wajib Haji
Membaca alQuran
Tawaf Sunat
Solat Berjemaah
Ziarah di Mekah
Haji Ifrad
Haji Ifrad adalah proses melakukan ibadah Haji yang terpisah antara ibadah Haji dan ibadah Umrah. Seseorang yang mengerjakan Haji Ifrad dikenali sebagai Mufrid. Jemaah haji yang berangkat dengan penerbangan akhir amat sesuai memilih dan melaksanakan Haji Ifrad, kerana selain daripada kelebihannya mengikut mazhab syafie, jemaah haji juga tidak begitu lama menunggu dan menjaga pantang larang dalam masa ihram sebelum wuquf di Arafah.
Seseorang yang mengerjakan Haji Ifrad akan memakai Ihram dengan niat untuk mengerjakan ibadah Haji sahaja. Dia tidak boleh mengerjakan ibadah Umrah dan sekiranya dia melakukannya, dia bukan lagi mengerjakan Haji Ifrad. Jemaah yang mengerjakan Haji Ifrad tidak dikenakan Dam.
Haji Qiran
Haji Qiran adalah ibadah Haji dan Umrah yang dilakukan secara serentak. Haji ini adalah untuk golongan yang tinggal jauh dengan Masjidil Haram. Seseorang yang mengerjakan Haji ini perlu memakai Ihram dengan niat Umrah dan Haji, dan kedua-dua perlu dilakukan di dalam Ihram yang sama. Dia hanya boleh meninggalkan Ihram setelah ibadah Haji dan Umrah selesai.
Haji Tamattu’
Apabila seseorang mendahulukan Umrah di musim Haji sebelum mengerjakan Haji, ia dikenali sebagai Haji Tamattu’. Ia juga dikenali sebagai Mutamatti iaitu Haji yang menyenangkan. Golongan yang datang dari luar untuk mengerjakan Haji selalunya melakukan Haji Tamattu’ kerana merangkumi ibadah Umrah sekali.
Ibadah Umrah perlu dilakukan sebelum hari-hari ibadah Haji dalam bulan haji. Seseorang perlu mengerjakan Haji Tamattu dalam dua Ihram yang berbeza, satu untuk ibadah Umrah dan satu untuk ibadah Haji.
Sumber SINI
P/S : Mohon maaf jika ada kesilapan, sekadar perkongsian bersama.
Bagus penerangan dalam bentuk infografik ni. Sangat jelas dan mudah difahami.
ردحذفKann, semalam terbaca dan terlihat, terus rasa nak share..
حذف