SAMBUT HARI BAPA DAN HARI JADI MENANTU DI KUALA LUMPUR

Sis Lin
4
SAMBUT HARI BAPA DAN HARI JADI MENANTU DI KUALA LUMPUR | SEBULAN sebelum majlis anak sulung Sis berlangsung, pihak keluarga anak saudara Suami di Kuala Lumpur dah bagitau, kemungkinan anaknya akan berkahwin pada bulan yang sama hampir dekat dengan tarikh anak Sis, cuma kami dah pesan, kalau sama date, harap maaflah, memang tak dapatlah nak hadir. 

Then bila mereka dah dapat tarikh, alhamdulilah, majlis berlangsung seminggu selepas majlis anak sulung Sis, makanya dapatlah Sis sekeluarga semua naik ke Kuala Lumpur memandangkan, majlis pihak sebelah lelaki (besan Sis) pun di tangguhkan sebab besan Sis berangkat menunaikan Haji pada hari ini. Semoga semuanya dipermudahkan buat besan Sis. 

Sambut Hari Bapa Dan Hari Jadi Menantu Di Kuala Lumpur
Selamat Hari Bapa & Selamat Hari Lahir menantuku ..

Kami dari Johor gerak dari Johor pada Sabtu pagi. sebab majlisnya sebelah malam. Yana dengan Suaminya beserta cucu, dan Sis bersama Suami dan anak bujang. Gerak saing-saing then sampai Kuala Lumpur awal, kami pergi AEON Taman Maluri sekejap beli hadiah untuk pengantin. Lagipun homestay yang Sis stay tu berhampiran area situ jer. 

Petang selepas bersihkan diri dan solat semua, rehat sekejap dan selepas Maghrib baru gerak ke majlis perkahwinan anaknya anak saudara Suami di Urban Culture Heritage Ballroom di Ampang. Nasib baik gerak awal, so jalan tidaklah jem, sekejap tuu, sesakkk dah semua arah uii.. 

Sambut Hari Bapa Dan Hari Jadi Menantu Di Kuala Lumpur
Baju oren kanan tu laa Mak Pengantinnya.. Tahniah Rose terima menantu. 

Cantik tempatnya, cuma parking aja kemain susah dan terhad. Kalau ada pun, kena jalan jauh. Ada dua ballroom di situ, anak saudara Suami amik yang ballroom kedua yang agak kecil sedikit berbanding satu lagi. So far okaylah, sebab di jemput pun hanya saudara mara, adik beradik dan kenalan rapat aja. 

Majlisnya malam, so keadaan tu agak bersesak dan panas laa sikit, sebab semua menderu datang selepas Maghrib. Duduk-duduk berborak sekejap, then bila cucu mula mengaruk nak tido, kami pun beredar laaa dulu. Sempat juga bergambar semua family tapi Sis malas nak up hahahahaha.. biorlah jadi kenangan peribadi, kang ada plak yang rajin SAVE kannn.. 

Sambut Hari Bapa Dan Hari Jadi Menantu Di Kuala Lumpur
Seronok cucu dapat jalan-jalan .. 

Esoknya lepas check-out singgah rumah anak Sis yang baru kahwin tu dan mereka baru je berpindah rumah. Dapatlah lihat tempat tinggal anak tu sekejap sekali makan tengahari di sana. Dan kebetulan haritu harilahir menantu Sis dan juga Hari Bapa, makanya sempatlah kitaorang singgah beli kek dulu sebelum sampai ke rumah anak Sis. 

Meriah juga kami walau tidaklah sebesar mana pun family, tapi cukup bahagia dengan kehadiran cucu dan menantu-menantu semua, alhamdulilah. Lepas makan kitaorang sepakat jalan-jalan ke ioi City Mall, Putrajaya bawa cucu nak masuk ioi Farm City. Dah alang-alang sampai, so bawa laa cucu jalan sekali. Tapi nampak gaya, macam Datuknya yang excited yaa hahahaha.. 

Makan sekejap, solat jamak sekali, then terus  kami gerak balik ke Johor. Alhamdulilah jalanraya pun tidak jem dan Allah permudahkan perjalanan pergi dan balik kami sekeluarga. 


P/S : Dan harini adalah hari jadi Retna. Happy birthday Ret ❤

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. hhahahah ayat last tu sempat lagi ko selitkan ye.. hahhah tq tq... hepi belated buat ariff.. next time bole celebrate sesama hahaha #tiber :D

    ردحذف
    الردود
    1. Selamat hari jadi Ret.. hadiah menyusul kemudian hahahaha

      حذف
  2. Birthday menantu jugak rupa2nya. Happy belated birthday Ariff! 🎈

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!