SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2023/1444H | TAKBIR raya bergema sejak Subuh lagi tadi. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ada perbezaan waktu bertakbir bagi Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri. Kaifiat berikut kita peroleh daripada perbuatan Nabi SAW dan para sahabat, seterusnya diwarisi kepada generasi ulama seterusnya.
Hari Raya Aidiladha: waktunya Takbir Muqayyad bagi Hari Raya Aidiladha bermula pada waktu Subuh Hari Arafah dan berterusan sehingga tamat waktu Asar pada Hari Tasyriq yang ketiga. Ertinya, apabila masuk waktu Subuh 9 Zulhijjah, disunatkan bagi orang yang tidak pergi menunaikan haji untuk bertakbir setiap kali selesai menunaikan solat fardhu sehinggalah waktu Asar 13 Zulhijah, menjadikan waktu bertakbir itu 5 hari 4 malam.
Sayu rasa hati kan bila bertakbir, airmata pasti mengalir setiap kali melafazkan takbir. Tapi... kita kena redha atas segala ujian dan dugaan yang Alalh beri, juga memanjatkan rasa bersyukurnya kita Allah masih beri peluang untuk sambut Hari Raya bersama dengan family tersayang. Alhamdulilah..
Selamat Hari Raya Aidiladha 2023/1444H |
Aidiladha ialah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan pada empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam kerana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ
Jika inginkan kebahagiaan, kena korbankan diri untuk rasa keperitan, Kerana dalam setiap kesusahan, Allah akan hadirkan kemanisan.
Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredhaannya jua. Dengan ingatan tulus ikhlas, disusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf tersalah laku, terkasar bahasa. Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita pada tahun ini.
Selamat Hari Raya Aidiladha 2023/1444H buat semua pembaca blog Sis Lin
P/S: Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi..
Selamat Hari Raya Aidiladha Sislin.
ReplyDeleteSalam Aidiladha buat Karni juga ...
DeleteSelamat Hari Raya Aidiladha Sis Lin 🥰
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Haji juga buat Syu ...
DeleteKorbankan diri untuk rasa keperitan jika inginkan kebahagiaan..Gituh! Salam Aidiladha sis Lin!
ReplyDeleteBetul sangat... salam aidiladha buat Nona ...
Delete