SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ANAK SULUNG AKU

Sis Lin
10
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ANAK SULUNG AKU | DIAM tak diam, dah 14 hari blog ni senyap tanpa update, sehari ke sehari nak bukak laptop tapi masa tak mengizinkan. Sis sibuk dengan persiapan perkahwinan anak Sis. Dah selesai, layan pulak kaki cramp kepenatan. Tapi macam mana sekalipun, Sis tetap bukak blog Sis hari-hari dan juga baca blog korang dari handphone. Nak tinggalkan jejak aja agak susah dan malas nak sign-in. 

Harini baru ada masa dan mood nak bukak dan duduk depan laptop. Alhamdulilah anak sulung Sis selamat di nikahkan pada 9 June 2023 Jumaat lepas. Majlis nikah berlangsung di rumah sekitar jam 9.30am lebih. Tok Kadi paling awal sampai hahahaha. Meriah suasana dalam rumah bila keluarga pihak lelaki dari Melaka datang beramai-ramai meraikan. Hampir dekat 40 orang juga. 

Kalau sebelum ni, anak kedua Sis tak boleh nikah di rumah sebab masa tu dalam keadaan SOP, so kali ni alhamdulilah dapat buat majlis nikah anak sulung Sis di rumah, dapatlah family, adik-adik, saudara-mara dan kawan-kawan menyaksikan penyatuan dua hati ini, syukur.. 


Tahniah anak Mak sayang.. 

Hati Mak ni masih tak percaya anak sulung Sis ni dah berkahwin, berkali-kali menahan airmata ketika sebelum, semasa dan selepas di nikahkan. Tapi Sis kena terima dan redha untuk melepaskan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada Suaminya. Sis sentiasa mendoakan yang baik-baik aja buat anak-anak, inshaallah Allah jaga mereka.. 

Persalinan anak masa nikah, mereka berdua tempah khas dari bridal di KL. Beli kain sendiri, lace sendiri dan design sendiri, sebab tu nampak eksklusif sikit dan banyak dapat pujian dari tetamu yang hadir. Jamuan pada pagi tu pun Sis order dengan sepupu menu sarapan pagi aja. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan cukup sempurna. 

Malam berinai. Sunah dan Ibah antara tetamu blogger yang hadir pada malam itu.

Malamnya Sis adakan majlis berinai buat anak Sis seperti mana Sis buat untuk Yana dulu. Rasa macam tak lengkap majlis perkahwinan kalau takde majlis berinai sebelum bersanding. Ikutkan anak Sis tu taknak buat majlis berinai, dia plan pagi nikah, malamnya terus sanding, tapi Sis pujuk dia untuk majlis berinai ni, alhamdulilah anak faham dan menuruti aja kehendak Maknya. 

Ye laa sekali seumur hidup, jadikanlah ianya kenangan sebagai ingatan majlis perkahwinan kan. Dan tema malam berinai malam tu adalah Melayu Klasik. Makanya anak Sis berdua memakai baju ala-ala Prameswara gitu hahaha.. pakaian tu pun mereka berdua yang sewa dari bridal KL, semua anak yang urus. Jamuan malam tu macam biasa Sis tempah dari Suelly Bridal dan Sis jemput kengkawan, jiran dan saudara-mara yang dekat sahaja. 

Cantikk sangat anak Mak ... 

Dan hari yang di tunggu setelah berbulan-bulan membuat perisapan, maka majlis persandingan selamat di adakan di Orchid Ballroom Thistle Johor Bahru Hotel pada malam 10 June 2023. Seramai 350 tetamu yang di jemput, ikutkan hanya 300pax sahaja, tapi last minit ada penambahan, alhamdulilah tetamu juga rezeki buat kami sekeluarga. 

Persandingan malam tu bagi Sis sangat romantis. Ala-ala English style gitu, cukup meriah suasana. Berdebar juga hati Sis sepanjang majlis berlangsung, risau takut ada yang tersalah dan kesilapan teknikal atau apa sahaja, tapi Allah permudahkan semuanya. 

Dengan kerjasama team ; 
Decoration by @whitebox.d
Op/Ov @thelia.picture
Cordinator by @rimbunanevents
Cordinator Thistle by @sitiezahid
Violinist by @irfan.marzuqi_
PA system by @balconiy
Vanue at @thistlejohorbahru

Semuanya berjalan lancar, alhamdulilah. 
Yang kelakarnya, punyalah busy melayan tetamu, satu gambar anak bersanding pun tak amik dalam phone Sis huhuhu... tu laa sekeping gambar selpie atas pelamin dengan anak dan menantu, so kenalah tunggu gambar official dari photografer.. kalau korang nak tengok gambar dan video anak bersansing anak Sis, korang klik jer #ArifForNas .. ada laa yang kengkawan Sis share. 

Jutaan terima kasih buat kengkawan jauh dan dekat, saudara mara, keluarga, jiran tetangga dan juga semua yang terlibat sepanjang majlis perkahwinan anak Sis. Jasa dan budi korang semua takkan dapat di lupakan hingga ke hujung nyawa ❤


P/S : Kaki cramp tak hilang lagi.. macam simpul biawak melekat kat kaki ni adoiiii ... 

إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tahniah Sislin dah dapat menantu baru. OK la tu, kiranya dapat anak lelaki baru dalam keluarga kan. Semoga Nas jadi isteri yang baik, Arif jadi suami yang baik buat Nas dan semoga dieorang bahagia sampai bila-bila. Ameen2x Ya Rabbal Alameen!

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah, terima kasih Karni sudi datang meraikan sama..
      Aamiinn untuk doa-doanya..

      حذف
  2. alhamdulillah..congrats sis lin, dpt menantu..selamat pengantin naru to both, semoga kekal bahagia selamanya..aamiin

    ردحذف
  3. Memang cantik kedua mempelai, ibarat cincin dengan permata.

    ردحذف
    الردود
    1. Thanks Kak sudi datang meraikan sama mempelai... akak pun cantik malam tu..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!