1 JULAI 2023, SETENGAH TAHUN SUDAH BERLALU | ALHAMDULILAH, masih lagi Allah beri kesempatan untuk bernafas dan jalankan tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan juga hambaNya. Subuh tadi bangun tidur, berbual dengan Suami, tiba-tiba Suami kata, 'Kejapnya dah bulan 7, Khalish (cucu) pun dah besar dah'... alaa sedih laaa pepagi ayat camtu huhuhu..
Memang sejak ada cucu ni, apa yang Sis bualkan dengan Suami, asyiklah pasal cucu dia aja, kalau takde pun mengenai hal anak-anak kami yang dah berkahwin tu.. lengkap rasa kehidupan rumahtangga kami dengan hadirnya menantu dan cucu di dalam family kecil Sis. Syukur sangat kepadaNya, di berikan peluang kebahagiaan sebegini selagi masih ada.
Dah setengah tahun ni kalau boleh nak Allah tambah lagi dan lagi senyuman, kebahagiaan dan ruang untuk Sis teruskan lagi berbakti kepada keluarga, bukan kata tak bersyukur dengan apa yang ada, tapi untuk diri sendiri kena ada rasa 'tamak', biarlah kita kecapi kebahagiaan selagi mampu kita nak capai, janji Sis takde nak 'usik' kebahagiaan orang lain. Asyik kita jer nak jaga hati orang kann, so kita fikir diri kita sudah, janji bahagia kita bukan atas penderitaan dan kekecewaan orang lain.
Memang dah berkali-kali Sis tulis, orang yang menyakiti hati orang lain, hidupnya takkan tenang, kalau Sis memang takkan aku maafkan sampai bebila .. orang kata kejam, biar, yang rasa sakitnya kita .. Memiliki keluarga yang bahagia dan harmoni adalah impian setiap manusia di muka bumi Allah SWT. Kebahagiaan yang dimaksudkan dalam konteks ini bukan dilihat pada pemilikan harta.
Akan tetapi apa yang lebih penting adalah kebahagian itu diukur dengan memiliki hati yang bersih, rohani yang kukuh, emosi yang tenang dan akal yang baik. “Baiti Jannati”, ungkapan ini tidak asing lagi bagi setiap muslim iaitu yang bermaksud rumahku, syurgaku. Semua insan ingin mengecapi kebahagiaan dalam berumah tangga dan juga ingin memiliki “Baiti Jannati”.
Kita juga mengharapkan keluarga dan rumah tangga kita dapat dijadikan sebagai sebahagian daripada taman-taman syurga. Antara tip untuk mengecapinya adalah dengan doa-doa di bawah. Ini antara adalah amalan doa yang berdasarkan nas al-Quran dan al-Hadith.
Pertama: Doa memohon pasangan dan keturunan penyejuk hati
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Bermaksud: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”. Surah al-Furqan (74)
Kedua: Doa ahli keluarga menjadi soleh dan solehah
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan” Surah Ibrahim (40-41)
Ayat al-Quran diatas adalah doa Nabi Ibrahim AS sewaktu menziarahi anak dan isterinya yang ditinggalkan di Makkah.
Ketiga: Doa memohon cinta dan kasih sayang
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ
Bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu. ”. Riwayat Tirmidzi (3490) Status Hadith: Hassan
Keempat: Doa memohon zuriat yang baik
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”. Surah Ali-Imran (38)
Kelima: Doa memohon kebaikan dan menjauhi kejahatan
اللَّهُمَ حَبَّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ
“Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah di hati kami, bencikanlah kami pada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan, serta masukkanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk.” Dipetik dari surat Al-Hujuraat (7)
Keenam: Doa memohon keampunan
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Bermaksud: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”. Surah al-A‘raf (23)
Ayat al-Quran tersebut adalah Doa Nabi Adam dan Hawa setelah terlanjur di dalam syurga sebelum diturunkan ke bumi. Suami isteri yang baik ialah orang yang cenderung melihat kesalahan diri sendiri terlebih dahulu daripada melihat kesalahan pasangannya.
Ketujuh: Doa agar tidak dendam sesama ahli keluarga
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
Bermaksud: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”. Surah al-Hasyr (10)
Kesimpulannya adalah jika kita mahukan kebahagian dan suasana harmoni di semua tempat, maka segalanya bermula pada kebahagian sesebuah keluarga atau rumah tangga. Kita amat ditekankan supaya tidak mencetuskan suasana di rumah yang bersifat negatif seperti berlaku penderaan kepada ahli keluarga samada dari aspek fizikal ataupun mental. Hal ini demikian kerana perkara tersebut dapat menimbulkan permusuhan dan pergaduhan yang tidak kita ingini.
Moga kebahagiaan kita sentiasa mendapat rahmat Allah dan dalam perlindunganNya..
P/S : Mood holiday turn ON!
kejab je kan..sok2 dah leh jalan dah baby nya..
ردحذفmoga yg baik2 saja utk kita semua..aamiin
Betul. sekejap masa berlalu Mummy
حذفSelamat Hari Raya Aidil Adha buat sis lin sekeluarga. Alhamdulillah kita penah ada kenangan raya aidil adha bersama-sama satu ketika dulu. Terima kasih untuk segalanya
ردحذفSalam aidiladha juga Shai..
حذفArghh rindunya masa itu kann Shai.. moga akan ada peluang nanti, kita raya lagi sama-sama..
rasa macam sekejap je dah setengah tahun kan sislin. apapun syukur masih dipanjangkan umur untuk terus beribadah kepada Allah dan berbakti kepada keluarga.
ردحذفInshaallah, moga Allah beri peluang untuk kita.. aamiinn
حذفbetull . kejab ja masa berlalu sekarang ni
ردحذفYaaa Ida.. moga klita terus istiqomah tunaikan kewajiban kita,.
حذفsalam julai awak :)
ردحذفSalam Julai juga buat awak..
حذفTunggu tau hadiah kita nanti ...