AKU PUN TERJEBAK SAMA MUAT TURUN APLIKASI THREADS!

Sis Lin
6
AKU PUN TERJEBAK SAMA MUAT TURUN APLIKASI THREADS! | PETANG tadi, tengah-tengah scroll Twitter, ada terbaca mengenai aplikasi Threads terbaru ni. Baca-baca apa benda pulak ni, dari pemerhatian Sis, dia macam sama dengan Instagram, bezanya logo dan paparan dia. 

Dek termakan budaya up-to-date sangat kannn, Nenek Khalish ni pun download laa aplikasi Threads ni hahahaha.. orang muda belum teracun lagi, tapi yang Nenek ni tergedik download ekkk hahahaha.. alaa sajerr nak tengok apa benda bestnya Threads ni, agak tak okay, kita uninstall laa kan.. pilihan di tangan sendiri.

Aku Pun Terjebak Sama Muat Turun Aplikasi Thread!
Lepas ni aplikasi apa pulak yaaa

Sumber : Lebih 10 juta pengguna dilaporkan mendaftar dalam aplikasi baharu Threads sekitar tempoh tujuh jam pertama pelancarannya oleh syarikat induk Facebook, Meta. Threads merupakan pencabar terbesar kepada aplikasi Twitter milik Elon Musk yang terkenal sebagai salah satu syarikat media sosial paling ikonik dengan lebih 200 juta pengguna setiap hari.

Aplikasi Thread dilancarkan untuk pengguna Apple dan Android di 100 negara secara serentak dan akan beroperasi tanpa iklan buat masa ini. Aplikasi Threads dibangunkan oleh pasukan Instagram bertujuan menyediakan platform untuk perbualan dalam talian masa nyata dan berkongsi kemas kini teks.

Menurut Zukerberg, hantaran di aplikasi baharu itu mampu mencapai sehingga 500 aksara dan pengguna boleh memasukkan pautan, foto serta video berdurasi sehingga lima minit.

Aku Pun Terjebak Sama Muat Turun Aplikasi Threads!
Ingatkan terpaling laa awal kann, sekali manusia yang ke 7 juta lebih hahahaha 

Bila dah muat turun tu kan, barulah faham, oo yang Threads ni akan berkongsi profile Instagram korang yang sedia ada. Cuma bezanya, Threads tu korang boleh setting privacy profile secara berasingan. Maksudnya, kalau IG korang tu public, so Threads tu korang boleh privatekan. 

Sekali korang muat turun, segala butir bio korang di IG korang yang connected dengan semuanya Threads boleh access. Tak payah laa nak edit-edit profile dah. Mudah tapi berhati-hati. Juga kalau nak setting apa-apa, korang tetap kena pergi IG korang, faham?. 

Aku Pun Terjebak Sama Muat Turun Aplikasi Threads!
Pengguna iPhone ada, Android pun ada, muat turun laa yaa

Lagi seperkara yang Sis suka, kalau di IG korang, korang ada block akaun sesaorang, ianya akan automatik juga masuk ke dalam senarai akaun block Threads! Haaa bagus kan, rasakannn! Hahaha

Alaa Sis pun masih blur-blur laa, sajerr jerr nak masuk line panas, kita layan selagi boleh layann.. Terbaca juga ada terma dan syaratnya yang mengatakan, sekali kau dah muat turn, akaun Threads hanya boleh deactivated sahaja! Jika nak delete akaun, automatik akaun IG korang juga akan delete sama, so jaga-jaga yaa Joyah! Hahahahaa .. 

Eh entahlah, nak ulas panjang pun belum habis explore lagi.. pepandai korang laa yaaa banyakkan membaca.. 

Aku Pun Terjebak Sama Muat Turun Aplikasi Threads!
Setakat jam 9pm tadi, dah ada 75 followers hahahaa

Konon ingatkan terpaling awal laa muat turun dari yang lelain, sekali tengok, makk aiii, Sis ko orang yang ke 7 juta lebih pengguna dunia yang muat turun hahahahaha ajer gilerr semua cepat betul bertindak!. 

Blog ada, Facebook ada, Instagram ada, Twitter ada, TikTok ada, now Threads pulakk aduii macam-macam laaa ekk.. lepas ni kotlah kalau ada job yang minta post dalam Threads sekali, jangan lupa naikkan harga rate kad tu yaaa.. letih laaa macam ni.. 

Yang dah kena block tu, haa gigihlah kau yaa buat akaun lain then follow skodeng aku! Hahahaha silakan!!.. 


P/ S : Selamat berBenang-benang korang!! 

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ada tgk jugak semalam.. x install lagi sbb twiter pun MA x de..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Lin ni semua layan Mummy.. saje masuk into the scene hahahaha

      Delete
  2. Agaknya Zuckerberg tgk FB dah tak laku lagi, dia buat pulak Thread. FB kita pun dah macam lombong tinggal, malas nak update tapi sayang nak delete sbb byk memori Khayla & Khadeeja masa kecik dulu. Twitter lagi la tak aktif 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa,now Elon pulak dah saman Mark.. adeiii pandai orang jutawan buat bisness kannn.. memasing taknak kalah...

      Delete
  3. baru download pagi tadi...macam twitter pulak layout dia yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Non.. tapi masih nampak 'bersih' lagi laa.. harap-harap kekal je laa camtu..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!