BILA DATUK BAWA CUCUNYA JALAN-JALAN | BEGINILAH kehidupan, bila anak-anak dah membesar dan masing-masing dah ada kehidupan masing-masing, rumah pun mula sunyi sepi, maka Allah gantikan balik kesunyian itu dengan hadirkan cucu kepada kami. Alhamdulilah begitu cepat sekali Allah beri nikmat untuk Sis dan Suami kerasai bahagianya bergelar Datuk dan Nenek.
Sejak ada cucu memang banyaklah ceritanya tiap kali Suami pulang kerja. Kalau dulu sampai rumah di tanyanya kita, 'Dah makan ke? Masak apa?', sekarang sampai rumah aja tanya, 'Tadi Khalish datang? Dah merangkak ke?' hurmmm ... cucunya dulu di tanyanya.. hahahaha .. kadang belum sampai rumah pun, dah call tanya, 'Khalish dah balik ke?' hehehehe..
Muka relax jerr sebelum kena injek hehehe.. |
Biasa kalau hari weekdays memang susah Suami nak jumpa cucunya, kecuali hari Sabtu atau Ahad, sebab Sabtu kalau Suami tak kerja, Yana akan hantar Khalish, so dapatlah Datuknya bermain dengan cucunya, atau baru ni hari Ahad, Yana tak kerja, dan tak hantar anaknya tapi Sis dan Suami teman Yana ke Klinik check-up Khalish dan terus Datuknya bawa cucunya jalan-jalan. Menantu kena duty.
Pagi tu bawa cucu ke Klinik dulu. Genap cucu 6 bulan, so kena injection laa. Mula takut gak nak ke klinik injek dulu, takut sepanjang jalan kang meragam, tapi Yana kata okay, so pergilah klinik dulu. Time injek memang nangis laa macam haper menjerit, lepas tu ehhh kemain senyumm pulakkk hahahaha.. memang good boy betul tau cucu Nenek.
Order set menu untuk 3 orang makan. Not bad laa, okay laa.. |
Settle urusan klinik, Suami ajak ke Midvalley Sogo jalan-jalan. Kami makan tengahari di sana di The Chicken Rice Shop. Yana laa nak sangat makan TCRS tu. Kalau Sis memang tak berapa suka, ye laa nasi ayam, bebila pun boleh makan hahahahaha.. tapi sebab Yana nak sangat kan, so Ayahnya layankan aja..
Bila pergi hari hujung minggu, biasalah bukan main walk-in terus masuk, kenalah beratur dan menunggu dulu. Cuba kalau pergi hari bekerja, kemain kosong kedainya kannn.. Satu Sis suka nasi ayam dia tang nasi dia, memang lembut dan sedap di makan begitu sahaja. Tapi kenapa ek dah takde menu sayur taugeh? Ke kat sini jer takde? ke memang dah takde? Kenapa ek? ..
Datuk pilih baju Cucu mengalahkan beli baju Nenekk huhuhu |
Selesai makan, kita jalan-jalan laa dalam Midvalley tu dan masuk ke dalam SOGO. BIla dah masuk dalam tu, haaa apalagi yang di tengok Datuknya, tak lain asyiklah mainan dan baju cucunya aja. Kita tunjuk benda lain pun tak di pandangnya ishhhh Nenek is jeles laaa khalish oiii ..
Kata Suami, 'ini lawa, itu lawa, semua lawa, Khalish pakai mesti lawa' haahaha iyerr laa Ayahnyaaa, beli jerr semua hahahaha.. last-last beli gak laaa 3 pasang baju untuk cucunya beserta mainan juga.. alahaiii cucu kesayangan Datuk yaaa.. untung Khalish.. Nenek takde beli apa punnnn..
Terbeliak dua beranak ni tengok harga set pinggan mangkuk Noritkae tu hahahaha |
Sebenarnya ada lagi mahal daru harga ni.. |
Jalan-jalan dalam tu, ternampak laa ruangan set Noritake ni, Suami gan Yana pun jenguk-jenguklah siap cakap, Mak ni kan yang Sheila Rusly pakai tu?'.. Yerr Dikk, ko tengok laa harganya.. sekali tibaa Suami jerit, 'Lyyyy, siniii tengokk ni, siniii' hahahahahaha.. Sis dah agak dah apa dia nak cakap hahahaha..
Suami terkejut tengok harga set pingan mangkuk Noritake tu haaa.. dengan Yana sekali spontan cakap, 'Bapak arrr harga' kakakakakakah... Sis memang dah tau dah harga set Noritake tu memang mahal, sebab Cik Mat Gebu pernah cerita.. lawakkk betul dua beranak ni, sampai habis semua sudut mereka pusing duk tengok hargaaa.. hahahahaha..
Lawa bukan sebarang lawa, kalau kaya pun kalau nak pakai Sis fikir dua tiga kali gakkk.. dan yang pasti kalau Sis kaya, dan Sis pakai, kompom Sis show-off, kang orang tak tau pulak harga pinggan tu beribu-ribu hengget kannn... sekali pecah, mampos meraung tepi meja, nasib laa kannnn hahahahahaha..
Begitulah ceriteranya Datuk Nenek dan cucu.. alhamdulilah terima kasih Allah atas segala nikmat kebahagiaan yang Engkau berikan.. aku bersyukur sangat...
P/S : Autoupdate guna phone selepas kekenyangan makan nasi padang hahahaha ...
Perghhh, bapak mahal!!!! Sesia je kalau pecah berderai...Hahahahaa..
ReplyDeleteKalau beli, buat Hiasan aje la saya ni 🤣 Hello Khalishhh! Untung jadi kamu, dik... Alhamdulillah...Atok nan nenek yang baik hati...
Hahaha tau takpe, engko datang aku sorok pinggan tu hahahaha..
DeleteHahahahha. Samalah mak abah kita. Kalau cucu tak datang, tanya khabar. Rindu. Pastu kalau pergi mana mana, mesti belikan dua cucu mainan haha.
ReplyDeleteCantik set pinggan tu, tapi mak ai harga kemahen hahhaha
Kannn Huda, gitulah bila dah jadi Nenek Datuk ni haaa hahahaha
Delete