BILA LAMA TAK KE PASAR | RASANYA memang lama betul Sis tak ke Pasar. Mana taknya asyik beli order online aja, baik sayur, baik ikan ayam dan segala haiwan, pun semua semua beli online, kecuali laa kalau hari raya, barulah ke pasar, tu pun tahun ni raya haji, Sis pun tak ke pasar, semua Suami yang belanja, Sis hanya pergi soping barang-barang memasak aja, barang mentah semua Suami beli.
Walau namanya Pasar kebanyakkan orang tak heran, tapi Sis kalau di ajak ke Pasar, Sis laa orang terpaling gembira kot.. dari keluar rumah dah dapat bayangkan apa yang nak di beli semua. Terus keluar satu per-satu menu dalam kepala otak tau.. Nak gembirakan Sis, ko bawaklah ke Pasar hahahaha..
Dan semalam bila lama tak ke Pasar, pepagi Suami ajak keluar sarapan dan ajak ke Pasar, wowww cecepat Sis bersiap hahahaha.. amik besen, dan tong ikan Suami terus masuk dalam kereta, senang nak letak barang belanja nanti. Yang kelakarnya, Suami pesan, 'Nanti beli mana yang nak makan, jangan beli pastu simpan' hahahahaha..
Geram tengok sayur-sayur segar gini.. kalau boleh semua nak beli, mau jadi kambing ekkkk |
Yerr satu perangai Sis, nampak ayam segar, beli... nampak ikan kembong besar, beli ... nampak pari potong, beli... nampak tulang, daging, paru, beli... nampak sayur kampung, macam-macam di belinya, tapi nanti... entah bila nak masaknya hahahahaha..
Memang boleh meroyan masuk Pasar uiii.. tapi semalam okaylah, Sis beli mana yang Sis nak masak untuk minggu ni aja. Lagipun memang dalam freezer dah takde stok ikan sangat, so belilah untuk stok seminggu ni. Daging tak beli, sebab rezeki orang hantar daging korban 4kg tahun ni, tapi sekilo sedekah kat jiran, berkongsi rezeki..
Lepas siap ke Pasar, Suami ajak pulak makan Nasi Padang kat Kampung Melayu tu haa.. memang sedap dan banyak pilihan lauknya, paling suka lauk tauhu telur usus lembu dia, sedap gilerrr.. Suami siap bungkuskan Yana dua ketul, dia tau anaknya suka makan.
Banyak pilihan menu dia kalau makan di sini. Kedainya depan Klinik Kesihatan Kampung Melayu |
Balik rumah kerjakan segala barang belanja. Masuk sesiap dalam tupperware dan simpan freezer, senang nanti nak masak keluarkan mana yang nak masak. Dari kosong freezer, jadi penuh dah, alhamdulilah, kalau tak rajin memasak juga, tak tau laa kan hahahaha
Zuhur dan Asar lepak di rumah, Sis layan movie terbaru Netlix,Celebrity, dengan Suami sekali terikut layan. Geram pulakkk kita.. itulah kan dunia inluencer, bila di bawah orang hina, bila di atas, ada je parasit yang suka nak menjatuhkan kita. Yang sadisnya, 'kawan' baik sendiri tikam dari belakang... ermmmm..
Lepas Maghrib Suami ajak keluar, katanya 'Jom gi AEON'.. Sis tanya juga nak buat apa, tapi Suami jawab 'Jalan-Jalan' hahahaha so kita layankan je laa.. Konon baru nak ajak ke Kota Masai nak ajak makan kat Adam's Kitchen, tapi kalau dah ke AEON tu, apalagi, Suami ajak makan Shushi King laaa..
Order Mee Udon, tapi mee udonnya habis, di ganti dengan mee ramen. Ermmmm |
Sis sekarang tak berapa suka makan Shushi King ni, pilihan dah tak banyak dan jemu dengan menu yang ituuu jerr.. tak meriah langsung hahahaha.. rasa macam bukak je menunya, semua Sis dah rasa, berbanding kalau makan di Nippon Shushi, kemain banyak pilihan, sampai tak tau nak makan apa..
Kalau tau Suami nak makan Shushi, memang Sis ajak makan di Nippon Shushi ajaa.. lagi best, tapi dah sampai kann, so makan aja laa.. Menu kesukaan Suami, semestinya Bento set tu.. naik jemu makan oii hahahaha..
Sis sekarang jarang nak makan nasi memalam, so order je laa Mee Udon Daging. Tiber budak staff dia kata mee udonnya habis, dia ganti dengan mee ramen, Sis pun kata okay laa.. bila dah sampai, makan, rasa pelik pulak makan dengan mee ramen hahahaha.. nak taknak kau telan je laaa Sis Lin oii hahahaha..
Habis makan pusing-pusing Suami belikan cucu dia baby walker, ermmm kemain Datuk ekk.. apalagi Nenek pau Datuk 4 pasang coli hahahahahaha.. makaseh Suami :p
P/S : Time menaip ni, kepala sakitnyaa.. aduiii
Saya pun sama, skrg kalau Jun suruh pilih nak ke supermarket atau pasar, saya pilih pegi pasar hehe. Harga sayur / ikan / ayam semua lebih murah dari di pasaraya, pastu segar2 pulak tu rasa nak borong semua!
ردحذفEmm... setuju Sushi King skrg dah tak best macam dulu. Makanan dah tak sedap dan kualiti pun dah menurun.
Kann Karni, geramm kalau ke Pasar, kalau ke Pasaraya ni terhad sikit pilihan ..
حذفYaa betul.. sampai macam rasa jemu dengan menu shushi king tu..
klu ke pasar mmg syok..smua bnda nak bli..sudahnya msk dalam peti..haha
ردحذفYaaa Cik Nor.. kalau demam pergi Pasar, terus baik demamnya hahahaha
حذف