JALAN-JALAN CARI MAKAN DI HARI JUMAAT | JUMAAT baru ni baru berkesempatan dapat keluar jalan-jalan cari makan dengan Ibunya Khalish. Hari lain memang Yana sibuk, so Jumaat aja yang free sikit masa di bawanya Nenek ni keluar. Tujuannya nak ke Taman Bukit Indah melawat anak kawan Sis yang baru melahirkan. Alhamdulilah tahniah Nenda Midah dan juga Hanis. Baby girl yang comel sangat.
Tapi sebelum ke rumahnya, Sis dan Yana bersarapan di Toast n Toast di Taman Perling. Dulu masa Sis dan family stay di Bukit Indah, memang port ni laa yang selalu Sis dan Suami bersarapan. Tak sangka dan berpuluh tahun, kopitiam ni masih ada dan kekal lagi dengan keenakkan roti-roti bakarnya dan juga Mee Goreng Mamaknya.
Mee Goreng Mamak macamni laaa sedap.. basah-basah.. |
Alang-alang dah hampir jam 11am, so Sis pun terus aja order Mee Goreng Mamak. Telur dua biji tu share dengan Yana sorang sebiji. Yana makan roti sandwich. Dan semestinya Kopi Ais dia yang pekat melekat dari dulu hingga sekarang tetap maintain rasanya.. sedapnya lahaiii.. menaip pun rasa terliur hahahaha..
Khalish pula ibunya suap makan bekal yang di bawa Ibunya dari rumah. Kena suap dia makan juga, kalau tak, apa orang makan, semua dia nak, nanti kalau tak di suap, menjerit dia hahahaha.. makin panjang akal dah cucu Sis tu.. bila dah di suap makan, senyap laa dia duduk dalam baby chair tu hehehe..Nasiblah Ibunya rajin kan buat bekal anaknya..
Sedap betul Lychee Berry Tea ni.. |
Sampai rumah kawan Sis, di hidangnya pulak Serawa Durian, dan lagi sorang kawan datang bawa Spageti Alio Olio pulak, orang dah pesan jangan buat apa-apa, ehhhh lagi di sediakan macam-macam pulak.. adussss.. apa-apa pun happy dapat jumpa kawan Sis dan berkongsi pengalaman menjadi Nenek. Anak Sis dan anak kawan tu sebaya dan satu sekolah dulu. So memasing jumpa banyak laa yang di bualkan.
Sebelum solat Jumaat, Sis dah gerak balik, Yana ajak singgah Toppen IKEA. Katanya sajer nak jalan-jalan bawa Nenek. Nenek ON ajaa hahahaha.. Sampai Toppen tekak kemain haus ko, macam baru lepas berlari hahahaha.. maka singgahlah ke Jco Donuts. Sis order Lychee Berry Tea untuk Sis dan Mango Peach Tea untuk Yana, secawan RM10. Fuhhh kemain sedap wooo.. segar rasa ..
Lagi pedas lagi sedap ayam Shihlin ni.. |
Sis lepak laa minum di Jco Donuts tu berdua dengan Yana sementara Khalish menyusu. Jumaat tu kemain ramai yaa orang beratur di IKEA sempena jualan tutup gudang dengarnya, semua barangan sale serendah RM2, tak kowser Sis nak beratur hahahaha.. Ingat nak singgah Food Festival Thai/Siam tu pun malah, tengok luat kemain panas terikkk..
Pusing-pusing sana sini, Yana masuk Baby Shop beli barang anaknya, kemudian Sis ajak Yana singgah kedai ayam goreng Taiwan Shihlin tu haa.. lamanya tak makan ayamnya, so belilah satu untuk Sis. Mintak pedas-pedas, sedap makan panas-panas wooo...
Khalish pun lena tido, so lepas Asar tu Sis dan Yana keluar dari Toppen balik Pasir Gudang. Dari park luar berderet kereta nak masuk IKEA, ishhh sakan ekkk korang, tapi dnegarnya ramai pergi tu semuanya Personal Shopper (PS) jerr.. orang kirim so kenalah beli kann.. Korang join sekali ke?
Btw alhamdulilah, thanks anak Mak,Yana menceriakan hari Jumaat Mak ❤
P/S : Manalah pergi duit adsense ni tak masuk-masuk.. singgah mana laa tu melancong hahahaha..
Alhamdulilah ..rezeki dapat makan sedap2..syukur :D
ReplyDeleteSyukur alhamdulilah Cuya...
DeletePergi T&T makan roti jer selalu.. lain kali boleh try la mee goreng mamak, my fav tu.
ReplyDeleteHaa nanti try Kak, sedap dulu hingga kini.. tekak Lin laaa
DeleteJeles la dgn Yana boleh jalan2 dgn mak haha, tak sabar tunggu makyeng datang minggu kedua ogos nanti nak jalan2 dgn mak jugak 😍
ReplyDeletePun tak selalu Karni, time Laki dia duty bolehlah jalan...
Delete