JANGAN LUPA PUASA HARI TASU'A DAN PUASA ASYURA | BULAN Muharam adalah salah satu daripada bulan-bulan Haram (al-Asyhur al-Hurum). Turutan susunan dalam takwim atau kalendar Hijrah adalah sebagai bulan pertama yang menandakan permulaan tahun baru dalam Islam.
Tasu’a adalah pada 9 Muharram. Dinamakan demikian, diturunkan dari kata tis’ah [Arab: تسعة] yang ertinya sembilan. Pada tanggal 9 Muharram ini kita dianjurkan puasa, mengiringi puasa Asyura pada 10 Muharram besok harinya. Agar puasa kita tidak menyamai puasa yang dilakukan Yahudi, yaitu pada tanggal 10 Muharram saja.
Berpuasa sebaiknya di dahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja. Paling afdhal ialah berpuasa tiga hari berturut-turut iaitu pada hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak berupaya, maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak mampu juga, maka daripada tidak beramal, bolehlah berpuasa sunat pada hari ke 10 Muharram sahaja. Tetapi sebaiknya ikutilah nasihat Baginda ﷺ:
Rasulullah ﷺbersabda: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” (Hadis Riwayat Al Baihaqi).
Tasu’a (تاسوعا) bermaksud “Hari Kesembilan” Muharram iaitu hari sebelum Asyura yang disarankan berpuasa oleh Rasulullah ﷺ. Berpuasa pada Bulan Muharam adalah suatu amalan mulia dan amat digalakkan terutama pada Hari Tasu’a dan Hari Asyura iaitu pada hari ke 9 & 10 Muharram yang sudah pasti menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadis.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah ﷺbersabda:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ.“Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Syahrullah (bulan Allah) Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
𝗡𝗶𝗮𝘁 𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮 𝘀𝘂𝗻𝗮𝘁 𝗛a𝗿𝗶 𝗧𝗮𝘀𝘂’𝗮
نَوَيْتُ صَوْمَ تَاسُعَاء سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى
Maksudnya: “𝘚𝘢𝘩𝘢𝘫𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘴𝘶𝘯𝘢𝘵 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘛𝘢𝘴𝘶’𝘢 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘛𝘢’𝘢𝘭𝘢”.
𝗡𝗶𝗮𝘁 𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮 𝘀𝘂𝗻𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗔𝘀𝘆𝘂𝗿𝗮
نَوَيْتُ صَوْمَ عَشُرَ سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى
Maksudnya: “𝘚𝘢𝘩𝘢𝘫𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘴𝘶𝘯𝘢𝘵 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘈𝘴𝘺𝘶𝘳𝘢 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘛𝘢’𝘢𝘭𝘢”.
𝗡𝗶𝗮𝘁 𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮 𝘀𝘂𝗻𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗣𝘂𝘁𝗶𝗵 (𝗔𝘆𝘆𝗮𝗺𝘂𝗹 𝗕𝗶𝗱𝗵)
نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: "𝘚𝘢𝘩𝘢𝘫𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘱𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘴𝘶𝘯𝘢𝘵 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘱𝘶𝘵𝘪𝘩 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘛𝘢’𝘢𝘭𝘢."
Walaupun dianjurkan berpuasa pada 10 Muharam, sangat dianjurkan untuk diiringi dengan berpuasa pada hari sebelum atau selepas untuk menyelisihi golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharam. Demikianlah disunatkan berpuasa sunat pada hari ‘Asyura dengan diiringi berpuasa pada 9 Muharram atau pada 11 Muharram untuk menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi.
Rebutlah peluang beramal soleh seperti solat sunat, puasa sunat, baca al-Quran, berzikir, bersedekah dan sebagainya di dalam bulan Muharram kerana dijanjikan oleh Allah SWT keampunan dan pahala yang besar.
P/S : Jika di izinkan, inshaalah, jom kita rebut peluang ini..
Terima kasih untuk perkongsian kak
ردحذفAlhamdulilah, sama-sama Dana ..
حذفSelamat berpuasa Sislin.
ردحذفMoga bermanfaat untuk kita semua, alhamdulilah ..
حذفalhamdulillah da selesai 9 & 10..
ردحذفAlhamdulilah ...
حذف