JUMPA KAWAN-KAWAN JDT BLOGGER DI MAJLIS PREVIEW KERAIAN GBW HOTEL | HARINI lambat Sis bersiaran, maklumlah kalau hari Isnin memang agak banyak kerja nak kena settle. Walau rutin harian sekarang menjaga Cucu, tapi kerja rumah tetap kena buat juga, sambil-sambil Cucu tidur, kita masuk cadar, tuala, kain buruk dan apa-apa yang patut untuk di cuci dan di jemur (bantal).
Bab masak takpe lagi, petang-petang time Cucu balik baru masuk dapur masak, kalau tak rajin, order je hahaha.. sebab nak kejarkan matahari nak jemur bantal, tapi... harini cuaca agak mendung dan tiba-tiba hujan pun turun, so memang tak dapatlah nak menjemur bantal lama-lama di luar.
Geng senang bawa bincang. Thanks Kak Zizi dan Nas menemani ku.. |
Sabtu lepas Sis keluar dapat keizinan Suami dan Yana pun tak hantar anaknya ke rumah, so dapatlah Sis jumpa kawan-kawan Jdt Blogger di majlis preview keraian GBW Hotel. Kali ni Sis bawa Geng Tempe Sis sekali menemani Sis. Memang nak bawa Nas dan Kak Zizi tu sebab memasing tengah survey pakej perkahwinan untuk anak mereka nanti.
Tapi cerita mengenai pakej perkahwinan tu nanti Sis cerita di posting lain yaa.. ni nak cerita ceritera dengan kawan-kawan aja sepanjang hari Sabtu tuu.. Petang tu Sis amik Nas dan Kak Zizi terus ke GBW Hotel. Kira awal juga kami sampai dan terus ke tingkat 6 di mana dewan berlangsungnya Media Preview Pakej Keraian berlangsung.
Jamah seketul sandwich dan secawan kopi sebelum bedal Laksa Johor semangkuk |
Pertama kali juga Sis sampai dewan mereka ni. Sis dan Geng JDT Blogger memang dah plan, nak pakai tema Putih pada haritu, so Sis pun gigih jugalah pakai ikut tema. Nak pakai semua putih macam tak kena pulak kan, so Sis pakai Hitam Putih jer, kasi matching-matching.
Kemudian sorang-sorang geng sampai. Sebelum majlis bermula, di hidangkanlah minuman panas dan juga sandwich untuk alas perut sebelum nak makan lauk kenduri nanti. Sis punyalah takut kenyang, so jamah je laa seketul sandwich dan secawan kopi.
Selesai menjamah makanan, masuk balik ke dalam dewan, apalagi, berootd laa memasing. Punyalah cantikkan pelamin tersedia, so memang memasing tak lepaskan peluang untuk bergambar. Baik berselfie mahupun berwelfie. Yang kelakarnya, ehhh macam memasing berjanji pulak ekkk.. ada team Putih dan juga team Hijau hahahaha.. tapi team Hijau lebih ramai dari team Putih.
Team Putih .. comel baju Nona .. |
Team Hijau pulak yang ramai ekkk |
Kemain cantikk semua bergaya. Mula Sis ingat nak pakai gak pakaian baju kurung konon macam orang nak pergi kenduri kawin, alaa konon nak into the scene laa, tapi fikir-fikir konon renyah laaa nak pakai sepanjang hari, so Sis pakai je laa blouse dan juga skirt, ringkas janji boleh bawa solat.
'Di renjis renjis di pilis Di tepungi lah tawar Hai beras kunyit di tabur Disiram si air mawar' .. melangkah masuk pengantin perempuan dan lelaki ke dalam dewan, memeriahkan majlis petang tu, rupanya ada pengantin sanding olok-olok bak kata Kak Seri hahahaha.. ingatkan ke gitu-gitu jerr..
Kemain sepadan model pengantin petang tu, tapi opsss lelaki tu dah kahwin yaa, jangan nak ngendeng-mgendeng, mentang-mentang macam rupa Anuar Zain hahahaha kemain bergetar tulang lutut Nona yaaa...
Memasing kemain tengok model pengantin lelaki masuk, macam Anuar Zain hahahaha |
Manis kannn? Bagai pinang di belah dua tapi bukan jodoh mereka hehehe.. Model lelaki tu siap bawa isteri dan anak-anak dia tau haritu hahaha ko jangan memain.. Jujurnya Sis yang dah langsungkan anak berkahwin dua orang dan kedua-dua anak Sis dalam majlis berbeza tapi bila datang ke sini, Sis dapat rasakan sesuatu yang berbeza.
Paling ketara tang makanan dia. Bab pelamin, andaman atau lelain tu Sis tak kisah sangat, tapi kalau di GBW Hotel ni, memang ramai puji pada menu-menu yang di hidangkan. Baik kau datang buffet lunch dia ke, buffet dinner dia ke, hi-tea dia ke, memang rata-rata sangat puashati. Murah tapi berbaloi dari segi rasa dan presentation.
Yang dah pernah pergi tau laa macam mana rasanya, siap repeat berkali-kali lagi. Geng Bas Sekolah Sis pun kalau di hajak makan lunch, memasing mesti kata 'Jom GBW' hahahaha..
Mantap sekali Laksa Johornya.. perghhhh macam nak tapau hahahahaha |
Tapi semalam memang banyaklah menu-menu yang di hidangkan. Semua menu tu ada dalam pakej keraian mereka, cuma berbeza set aja. Cuma dalam banyak-banyak tu, Sis teruja dengan Laksa Johor dia laaa.. memang pantang nampak uii.. kalau ada Kambing Golek pun tetap juga Sis pilih Laksa Johor dulu hehehehe..
Serawa Durian pun ada tapi semalam Sis hanya jamah dari mangkuk Nona aja, sebab dah banyak sangat pulak makan, takut overload pulak. Lagipun dah janji dengan Nona, lepas majlis tu nak singgah Rumah Kopi beli kopi hahahahaha..
Menu-menunya nantilah Sis share okayy.. apa-apa pun kalau korang mencari pakej perkahwinan lengkap untuk majlis anak korang, Sis recomended laa di sini. Tapi terpulanglah kann, hak memasing. Kadang kita ni Mak Bapak okay jerr, tiba tang anak, dia ada pilihannya, so nak taknak siapa yang nak kawin? Terpaksa layannnn hahahahaha..
Btw thanks GBW Hotel untuk jemputan kali ni. Macam lamanya Sis tak pergi event camni.. lepas gak lerr hilai tawa dengan Geng JDT Blogger Sabtu tu.. Siap dapat doorgift dan juga special gift dari GBW Hotel. Terima kasih atas penghargaan ini.
Balik tu singgah Surau solat Asar then terus ke Rumah Kopi dengan Nona.. nanti sambung kemudian pulak yaaa hehehehe.. terima kasih Nona sudi melayan Sis ko ni pi beli kopi, ingat nak skodeng rumah ko, follow dari belakang, tapi takut pulak kena block kang hahahahaha ..
P/S : Nak kena beli kasut but baru laa.. yang lama hampir kopak dah huhuhu/.
Hahahahaaha!!
ReplyDeleteBergetar tulang lututku tengok Anuar Zain, helokkk! Bukan jodohku jugakkk..Kahhkahhh!
Thanks sis sudi ngajak beli kopi!! Ehhh..Nak skodeng! Blocked teruss! Bahahahaahaa..tu I bagi u Jalan dulu..
Hahaha lelama goyang lutut ko Non oii ..
DeleteBilalah nk ke rumah mu yaa..
Alang2 bergetar kepala lutut, baik Nona ngorat Anuar Zain yg betul2, hahahaha. Yey! Team hijau menang tapi takde hadiah.
ReplyDeleteKann Kakk hahahaha yang tu tulang rusuk terus longgar hahahaha
DeleteGBW ni memang diperakui sedap juadahnya..
ReplyDeleteKann Sun.. mana-mana sebut jer GBW, semua kata makanannya sedap..
DeleteWah bestlah jumpa blogger
ReplyDeleteKannn.. bukan selalu.. tak lepas peluang...
Delete