KELEBIHAN SURAH AL-WAQIAH - MENJEMPUT REZEKI DAN MEMUDAHKAN URUSAN

Sis Lin
0
KELEBIHAN SURAH AL-WAQIAH - MENJEMPUT REZEKI DAN MEMUDAHKAN URUSAN | KORANG biasa tak amalkan membaca surah Al-Waqiah ni? Paling tidak pun selepas solat Dhuha. Jujurnya surah inilah yang selalu Sis amalkan tiap kali selepas Subuh sementara menunggu siang hari Suami bersiap nak pergi kerja. Lepas membaca, Sisdoa banyak-banyak agar permulaan hari pada haritu di permudahkan, tak kisahlah walau apa jua urusannya. 

Alhamdulilah nampak ada kelebihannya dalam kehidupan harian kami sekeluarga, semuanya dengan izinNya. Selain membaca membaca Surah Al Waqiah, korang baca juga Surah Al Kahfi 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir, Selawat Tafrijjiyah dan Selawat kepada Nabi Muhammad SAW. Terdapat pelbagai surah yang mempunyai kelebihannya tersendiri di dalam Al-Quran. Antara surah yang ingin dikongsikan pada kali ini adalah Surah Al-Waqiah.

Surah Al-Waqiah merupakan surah yang dikenali sebagai salah satu surah yang penuh barakah dan memiliki banyak khasiat yang besar pada kehidupan seluruh manusia sejagat. Bagi korang yang sering merasa kekurangan wang, sempit rezeki, kedudukan ekonomi yang goyah dan banyak lagi masalah tentang wang ringgit, inilah rahsia yang patut korang tahu.

Insyaallah dengan mengamalkan Surah Al-Waqiah ini, kehidupan kita menjadi lebih baik dari sebelumnya. Antara sedikit sebanyak kelebihan Surah Al-Waqiah dalam kehidupan seharian kita adalah ;

Kelebihan Surah Al-Waqiah Menjemput Rezeki dan Memudahkan Urusan

Beroleh Pelbagai Kesenangan

Khasiat Surah Al-Waqiah ini akan jelas terlihat apabila korang mengamalkannya sebagai wirid dan rutin surah yang sering dibaca setiap hari. Dengan izinNya korang akan beroleh kesenangan dalam pelbagai bentuk buat selama-lamanya.

Apabila korang kerap kali membaca Surah Al-Waqiah sebagai rutin siang dan malam, bukan sahaja hati akan terasa tenang malah korang tidak pernah akan merasa kesempitan wang ringgit. Rezeki dalam pelbagai bentuk akan sentiasa melimpah-ruah.

Kebanyakan orang meletakkan kefahaman mereka bahawa rezeki itu hanya berbentuk harta dan wang ringgit namun mereka silap kerana maksud rezeki itu luas. Ramai yang tidak menyedari bahawa kesihatan, kekenyangan, kebahagiaan, pekerjaan juga adalah rezeki dan kesenangan atau dengan kata lain disebut juga sebagai nikmat. Inilah kelebihan surah Al-Waqiah yang melimpahkan rezeki korang. 

Dijauhkan Dari Kemiskinan

Apabila seorang muslim itu mula mengamalkan Surah Al-Waqiah sekurang-kurangnya satu kali setiap malam, secara tidak langsung dia akan dijauhkan dari kemiskinan selamanya. Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud 'barangsiapa yang membaca Surah Al-Waqiah pada setiap malam, nescaya kebuluran tidak akan sekali-kali menimpanya'. 

Tahukah korang, Rasulullah yang maksum dan merupakan utusan Allah yang mulia itu sendiri mengajarkan puteri-puterinya dan isteri-isterinya supaya membaca Surah Al-Waqiah pada setiap malam jadi apatah lagi kita sebagai seorang manusia biasa lagilah seharusnya rajin untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Di kurniakan Kekayaan Yang Melimpah Ruah

Dengan mengamalkan Surah Al-Waqiah dengan membacanya sebanyak 14 kali selepas selesai solat Asar, Insyaallah akan dikurniakan oleh Allah kekayaan yang berlimpah-ruah dan datang dalam pelbagai bentuk.

Walaupun begitu, jika seseorang itu membaca dengan niat ikhlas cuma untuk mendapat beberapa keping wang dan bukan untuk tujuan riak dan semata-mata untuk memenuhi kekayaan hati iaitu kepuasan rohani dan ukhrawi, maka insyaallah dengan sendirinya kekayaan duniawi akan menyusul dengan berlimpah ruah.

Ditunaikan Hajat Dengan Segera

Sesetengah orang berpendapat bahawa untuk lebih mujarab, seorang muslim itu harus mengamalkan Surah Al-Waqiah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis supaya segala hajatnya akan dimakbulkan khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

Sebahagian ulamak pula berfatwa bahawa sesiapa sahaja yang membaca Surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali selama 40 hari, sesungguhnya Allah akan mempermudah rezekinya dan menunaikan hajatnya dengan tanpa kesusahan dan mengalir terus dari pelbagai sudut dengan berkahnya.

Menjadi Seorang Yang Lebih Bersyukur

Percaya tak, sekiranya korang sering mengamalkan membaca Surah Al-Waqiah dalam kehidupan seharian, secara tidak langsung akan memperoleh kekayaan yang luar biasa. Untuk terus menjadi seseorang yang sentiasa bersyukur, korang harus mempraktikkan Surah Al-Waqiah untuk mengelakkan diri dari menjadi seorang yang takbur apabila telah dikurniakan kekayaan yang tidak terhingga.

Amalkan membacanya sebanyak 3 kali selepas Solat Subuh dan 3 kali selepas Solat Isyak, Insyaallah korang akan menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, tidak lokek berkongsi rezeki dengan yang memerlukan dan tidak akan terdetik rasa di hati bahawa selalu memberi dan bersedekah itu boleh mengurangkan harta kekayaan atau suatu pembaziran.

Menjauhkan Sifat Sombong, Riak dan Bongkak

Kelebihan membaca surah Al-Waqiah juga tidak terkecuali dapat menghindarkan diri dari menjadi bongkak dan riak. Korang akan dilimpahkan rezeki yang pelbagai dan secara tidak langsung, korang juga akan dapat menghindari dari sifat riak dan bongkak apabila memiliki sebarang kekayaan atau kesenangan dunia.

Apabila tiada sifat riak atau bongkak yang lahir di jiwa sanubari seseorang maka mudahlah untuk dia menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan. Mereka sedikit pun tanpa merasa terbeban dan seseorang itu akan lebih berusaha memperbanyakkan lagi amal jariah yang boleh dijadikan bekalan untuk hari akhirat kelak.

Menjadikan Raut Wajah Lebih Berseri-seri

Berwuduk dan solat sering dikaitkan dengan naiknya seri wajah. Jangan tidak tahu, membaca dan mengamalkan Surah Al-Waqiah juga boleh menyumbang kepada naiknya seri dan aura wajah seseorang.

Selain mengamalkan bacaan selepas solat, anda boleh mengambil segelas air dan bacalah Surah Al-Fatihah sekali dengan Surah Qursi dan juga Surah Al-Waqiah bermula dari ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup kepada air tersebut dan minum air tersebut. Dalam hati, berniatlah untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan keluarga anda, Insya’Allah raut wajah akan tampak jernih dan bersih lagi berseri-seri.

Menjadi Mukmin Yang Sejati, Lebih Kuat serta Lebih Mendekatkan Diri kepada Allah

Untuk menjadi yang lebih baik dan mendekatkan diri kepada Allah Swt, Surah Al-Waqiah juga menjadikan asbab untuk korang berubah. Korang harus mempunyai tekad dan iktikad untuk lebih konsisten. Petua Syeikh Abi’l Abbas, untuk Surah Al-Waqiah, terlebih dahulu korang perlu berpuasa selama 7 hari dimulai pada hari Jumaat dan berakhir pada hari Khamis. Membuka puasa hanya dengan makanan yang tidak bernyawa seperti sayur-sayuran atau buah-buahan.

Dalam 7 hari itu, setelah selesai solat fardhu, hendaklah membaca Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali manakala pada hari terakhir berpuasa iaitu pada malam Jumaat, bacalah Surah Al-Waqiah ini sebanyak 125 kali kemudian disusuli dengan selawat sebanyak 1000 kali.

Dengan melaksanakan amalan ini sebagai rutin harian, secara tidak langsung korang dapat mendekatkan diri kepada Allah dan seterusnya menjadikan korang mukmin yang lebih sejati dan bersifat sufi. Korang boleh jadikannya sebagai amalan sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah Swt.

Permudahkan Orang Sakit Atau Bersalin

Surah Al-Waqiah ini juga sesuai diamalkan dan dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak. Kelebihan surah Al-Waqiah ini adalah untuk memudahkan roh keluar dari jasadnya dan mengurangkan kesakitan. Ia dapat mengelakkan daripada mereka terus nazak dan lebih menderita.

Apabila surah ini dibaca kepada mereka yang sedang tenat maka akan diringankan azab kesakitannya. Boleh juga diamalkan dan dibaca di sisi wanita yang hendak bersalin supaya urusan bersalin lebih cepat dan dipermudahkan.

Itulah dia kelebihan Surah Al-Waqiah menjemput rezeki dan memudahkan urusan. Jelaslah bahawa Surah Al-Waqiah mempunyai pelbagai khasiat dan fadhilat yang ramai tidak tahu. Jika ada masa, bukalah Al-Quran dan hayatilah maksudnya.

Jika korang baca dari hati, perasaan sayu pasti timbul selain dapat mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Lagi dekat kita dengan Allah, lagi Allah kasihi kita dan memudahkan urusan kita. Perancangan Allah itu hebat, jadi jangan pernah kita putus asa. Jadikan amalan membaca Surah Al-Waqiah ini sebagai suatu tabiat atau rutin harian dan hati mesti ikhlas kerana Allah saat membacanya.

Wallahuaklan .. #SisSharing 


P/S : Harini betul-betul Monday Blues laa... no mood today :(
Tags

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!