KENALI PUNCA DAN FAKTOR RISIKO KETUMBUHAN FIBROID | KORANG sebagai wanita kerap tak membaca mengenai masalah dalaman wanita? Sis dalam golongan keluarga yang ada penyakit kanser, makanya berisiko tinggi juga kemungkinan akan ada berlakunya gejala, punca atau faktor risiko kanser ni. Memang takut mendengarnya kan?.
Dan ramai dalam kalangan kawan-kawan sebaya Sis dan ada yang lebih muda lagi, Sis baca status mereka, masing-masing semua ada kanser (fibroid/payudara) secara tiba-tiba tanpa ada gejala dan sentiasa sihat aja. Tapi tiba-tiba pengsan tak bermaya, pendarahan dan juga mendadak turun berat badan, bila buat full medical check-up, ternyata mereka menghidapi kanser secara diam, Allahuakbar..
Pengalaman Sis buat pembedahan Laparoscopy buang fibroid dah cukuplah buat Sis fobia dengan sakit dalaman ni. Biarlah dapat tau awal, so bolehlah di rawat. Elok mencegah dari merubat kann? Walau ada teknologi canggih sekalipun kalau dah sakit tu, tetap juga sakit kaedahnya... pengalaman melihat dan menjaga arwah Emak Sis menghidap kanser payudara aja, dah cukup menginsafkan Sis terutama menjaga kesihatan dan juga buat pemeriksaan.
Selain dari kanser payudara, yang perlu juga kita amik peduli adalah ketumbuhan Fibroid. Fibroid, sejenis pertumbuhan di dalam rahim yang tidak lagi menjadi perkara asing dalam kalangan wanita. Untuk makluman, ketumbuhan di dalam rahim ini terdiri daripada otot dan tisu berserat, serta punyai ukuran berbeza-beza.
Mempunyai banyak nama, ia kadangkala dikenali sebagai myoma atau leiomyoma. Pun begitu, kebanyakan wanita tidak menyedari mereka mempunyai fibroid kerana tidak mengalami sebarang gejala. Ciri utama yang perlu korang tahu, fibroid kebanyakannya bersifat bukan kanser. Sis kongsikan lebih lanjut mengenainya serta risiko pembedahan fibroid sekiranya korang ingin membuang ketulan ini dari badan.
Apakah simptom fibroid rahim?
Sebilangan besar fibroid tidak menyebabkan sebarang tanda, ia disebut sebagai fibroid tanpa gejala. Ketumbuhan yang lebih besar pula boleh menyebabkan korang mengalami pelbagai simptom risiko fibroid, termasuk:
- Pendarahan haid yang berlebihan atau menyakitkan
- Pendarahan antara haid
- Kekembungan
- Kerap membuang air kecil (ini boleh berlaku apabila fibroid memberi tekanan pada pundi kencing)
- Sakit semasa melakukan hubungan seks
- Sakit belakang
- Sembelit
- Keputihan kronik
- Ketidakupayaan untuk membuang air kecil atau mengosongkan pundi kencing sepenuhnya
- Perut kelihatan buncit
Pun begitu, simptom fibroid rahim biasanya bersifat stabil atau hilang dengan sendiri setelah pesakit mengalami menopaus dek tahap hormon yang menurun di dalam badan.
Fibroid, apa penyebabnya?
Hingga kini, penyebab fibroid rahim masih tidak diketahui, walaupun kajian menunjukkan mungkin ada komponen genetik yang terlibat. Ini senarai faktor yang berkemungkinan menjadi punca kepada fibroid rahim:
- Perubahan genetik: Kebanyakan fibroid mengandungi perubahan dalam gen yang berbeza dengan gen otot sel normal.
- Hormon: Estrogen dan progesteron, 2 hormon yang merangsang pembentukan lapisan rahim pada setiap kitaran haid sebagai persiapan untuk kehamilan, nampaknya turut mendorong pertumbuhan fibroid. Fibroid mengandungi lebih banyak reseptor estrogen dan progesteron berbanding sel otot rahim yang normal. Fibroid juga cenderung menyusut selepas menopaus kerana penurunan tahap hormon.
- Faktor pertumbuhan lain: Bahan yang membantu tubuh mengekalkan tisu, seperti insulin, boleh mempengaruhi pertumbuhan fibroid.
- Extracellular matrix (ECM): ECM adalah bahan yang membuatkan sel melekat bersama, seperti mortar di antara batu bata. ECM turut meningkat dalam fibroid dan menjadikannya berserat. ECM juga ‘menyimpan’ faktor pertumbuhan dan menyebabkan perubahan biologi pada sel itu sendiri.
- Doktor percaya bahawa fibroid rahim terbentuk dari sel induk pada tisu otot rahim halus (myometrium).
3 jenis fibroid utama:
- Fibroid subserosal: Ini adalah jenis yang paling kerap terbentuk dan tumbuh di bahagian luar rahim.
- Fibroid intraural: Jenis ini selalu tumbuh di dalam dinding otot rahim.
- Fibroid submucosal: Fibroid jenis ini tumbuh di kawasan terbuka dalam rahim.
Tambah lagi, corak pertumbuhan fibroid rahim adalah berbeza-beza; mereka mungkin tumbuh dengan perlahan atau cepat.
Faktor risiko fibroid rahim
Faktor risiko adalah sesuatu yang meningkatkan kemungkinan korang untuk mendapat penyakit atau kondisi kesihatan tertentu. Adalah mungkin untuk memperoleh fibroid rahim dengan atau tanpa faktor risiko juga berbeza. Walau bagaimanapun, semakin banyak faktor risiko yang korang miliki, semakin besar kemungkinan untuk terkena fibroid.
Sekiranya korang mempunyai sejumlah faktor risiko, segera rujuk doktor atau pakar sakit puan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta rawatan bersesuaian. Faktor-faktor yang boleh memberi kesan kepada perkembangan fibroid termasuklah:
- Bangsa: Wanita berkulit hitam lebih cenderung mempunyai fibroid berbanding perempuan daripada kumpulan kaum lain. Selain itu, wanita berkulit hitam cenderung mengalami fibroid pada usia yang lebih muda, dan mereka juga sering mempunyai ketumbuhan yang lebih besar, bersama dengan gejala yang lebih teruk.
- Keturunan: Sekiranya ibu atau saudara perempuan korang mempunyai fibroid, korang juga berisiko untuk menghidapnya.
- Faktor lain: Didatangi haid pada usia muda, kegemukan, kekurangan vitamin D, mengamalkan diet tinggi daging merah dan rendah sayur-sayuran, buah-buahan hijau serta minum alkohol, nampaknya meningkatkan risiko korang terhadap fibroid.
Untuk pengetahuan korang, risiko buang fibroid itu wujud sekiranya korang disahkan mempunyai ketumbuhan rahim ini. Namun, sebelum prosedur tersebut dilakukan, doktor kebiasaannya akan mendiagnosis risiko buang fibroid dengan mengambil kira ukuran, jumlah dan faktor usia pesakit sebelum menentukan sebarang rawatan bersesuaian.
Korang jangan risau jikalau korang disarankan untuk menjalani pembedahan tersebut, kerana risiko buang fibroid kebiasaannya adalah selamat dan jarang alami komplikasi. Pokok pangkalnya, pastikan untuk merujuk mereka yang lebih pakar terlebih dahulu sekiranya korang mengesyaki mempunyai fibroid.
P/S : Kesihatan ni kadang, jaga sangat pun sakit juga, tak jaga lagi sakit.. tawakkal aja laaa..
Semoga dijauhi daripada gejala penyakit ini
ردحذفAaminnn.. inshaallah Wak ..
حذفMacam saya tahun 2019 masa buat checkup, doktor kata ada fibroid tapi saiz kecik dalam 2cm je. Dia kata tak yah buang dulu tapi kena monitor jugak takut membesar. Alhamdulillah so far tak membesar dan harapnya kekal saiz kecik je la.
ردحذفSama Sis laa Karni, masa check kata Cyst, sekali bila dah operate, Doktor kata fibroid, so buang semua..
حذفtakut nak buat pemeriksaan yang macam ni...takut kalau2 ada apa-apa yang gini lah..
ردحذفBetter check dari terus tak Sun.. cegah awal sebelum parah ...
حذفHai Sis Lin, saya Leen, nak tahu, makanan soy based mcm tempe tauhu pun ak boleh mkn juga kan.
ردحذفHai Leen.. ikutkan makanan kekacang tu elakkan dulu.. tapi ada fakta dan ada autanya, masa Sis dapatkan nasihat Doktor, memang Doktor kata elakkan dulu.. kurangkan walau ianya sangat berkhasiat.. tapi ada juga side effectnya kepada kesihatan wanita..
حذف