LAMA TAK LEPAK MAKAN TOSEI DI RESTORAN AL-SAFA

Sis Lin
0
LAMA TAK LEPAK MAKAN TOSEI DI RESTORAN AL-SAFA | SEMALAM keluar laa sekejap amik angin bawa Suami Sis yang kurang sihat tu, alaa bukan kemana punn, Sis ajak pergi Smart Bee, ehhh sekali dia drive, di bawaknya sampai ke Econsave Permas sana pulakkk.. kemain jauh pulakk.. bila di tanya okay ke tak, okay katanya, so layankan aja. 

Niat keluar tu nak beli barang dapur sikit. Bawang-bawang semua dah licin, nampak tak betapa rajinnya Bini dia masak hahahaha.. then nak belilah sayur sikit, buah sikit, pencuci pinggan, maggi dan juga jajan-jajan sikit buat kudap-kudap, sekali bayar ehhh cecah juga lebih seratus hengget ekkk.. 

Uii memang betullah, barang sekarang semua naik harga, so kenalah jadi pembeli dan pengguna bijak Madani, tiberrr.. 

Lama Tak Lepak Makan Tosei Di Restoran As-Safa

Lepas balik dari Econsave, Sis dah bagitau Suami, minta izin, malamnya nak keluar dengan Geng Sis pergi makan-makan di rumah Kak Mas, Suami izinkan, so memang Sis menahan juga laa ikat perut taknak makan yang berat, sebab Kak Mas kata dia masak Nasi Lemak huhuhu.. 

Dalam perjalanan, tiberr Suami kata, nak minum tak? Dah di pelawa, takkan taknak pulak kann hahahaha.. so ke Restoran Al-Safa laa kita. Agak lama tak lepak makan Tosei di sini, so semalam order laa Tosei sekeping. Dah pesan jangan garing. 

Kali sekali datang waa siap 3 jenis kuah yaa, biasa kita minta baru dia bagi.. okay bagusss.. Sis suka tosei yang lembab-lembab gitu, tak suka tosei goring, potong stim betul kalau makan garing. Tu pun hujung-hujung dia yang garing, Sis bagi Suami makan hehehe.. Suami makan Capati.. 

Lama Tak Lepak Makan Tosei Di Restoran As-Safa

Tapi okaylah, sekian lama tak makan tosei, dapat pekena sekeping, puashati gakk.. aduii terus kenyang perut, macam mana nak makan nasi lemak malamnya huwaaa... Tau kenyang, ehh bedal pulak Pepes seketul dan juga otak-otak sekeping, ermmm.. 

Lepas tu yang kelakarnya, Sis termakan kacang rebus tu dua ketul, then Suami kata, kalau dah makan klena bayar semangkuk, haaa?? serious laaa?????... so siapa nak makan ni? Suami kata , 'Habiskan' huwaaaa.. gitu ekkkk.. 

Mana laa tau, kalau tau kena bayar semangkuk, memang tak makan laa.. tapi ye juga, takkan laa makan dua ketul nak kira dua ketul, macam mana dia nak kira kann hahahahahaha.. lepas makan naik kereta, Suami kata, semangkuk kacanmg tu RM6 perghhhhhh.. mahainyaaa.. terus rasa insoffff sebab perut penuh dengan kekacang hahahahaha.. 


P/S : Tak sabarnya nak tunggu bulan Ogos hehehehe.. 

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!