MAKAN MALAM BUFET HUJUNG MINGGU BERTEMAKAN 'FINEST CATCH SEAFOOD' DI MAKAN KITCHEN

Sis Lin
4
MAKAN MALAM BUFET HUJUNG MINGGU BERTEMAKAN 'FINEST CATCH SEAFOOD' DI MAKAN KITCHEN | HUJUNG minggu lepas, Sis bawa family Sis makan malam buffet bertemakan seafood di Makan Kitchen at Doubletree by Hilton Johor Bahru. Lama dah rancang, cuma nak adjust masa dengan Suami dan anak menantu tu yang payah, so bila ada jer peluang, terus jalan. 

Kalau dah nama bufet makanan laut, mestilah sana sini hidangannya semua berasaskan seafood. Boleh di katakan semua dapur Makan Kitchen, baik Malay Kitchen, Chinese Kitchen dan Indian Kitchen, semua ada masakan makanan laut, tak banyak, paling tidak sejenis. Tapi lain-lain menu memang tersusun lebih dari 200 menu. 

Makan Malam Hujung Minggu Bufet Bertemakan 'Finest Catch Seafood' Di Makan Kitchen

Makan Malam Hujung Minggu Bufet Bertemakan 'Finest Catch Seafood' Di Makan Kitchen

Makan Malam Hujung Minggu Bufet Bertemakan 'Finest Catch Seafood' Di Makan Kitchen

Awal-awal sampai jerr Sis dah terpandang Seafood On Ice dia, memang meletop mata nengoknya tersusun segala 'binatang' di kaunter seafood tu. Nampak segar dan sangat padat isi setiap makanan lautnya. Dan memang itulah menu pertama Sis makan dulu sebelum mencuba hidangan lain-lainnya. 

Kelebihan makan bufet ni, korang bayar dalam satu harga per-pax, korang boleh makan sebanyak mana yang korang boleh makan, cuma janganlah membazir kann. Dah amik banyak-banyak sepinggan, then kenyang di biarkan macamtu jerr, Sis perhati jerr satu family sebelah meja Sis, geramm rasa nengokkk.. 

Makan Malam Hujung Minggu Bufet Bertemakan 'Finest Catch Seafood' Di Makan Kitchen

Makan Malam Hujung Minggu Bufet Bertemakan 'Finest Catch Seafood' Di Makan Kitchen

Makan Malam Hujung Minggu Bufet Bertemakan 'Finest Catch Seafood' Di Makan Kitchen

Biasanya kann bila tiba hari raya cina, mesti akan ada menu Tressure Pot tu kan? Haa kalau korang makan di sini, mereka ada hidangkan Seafood Tressure Pot tu dalam kuali kawah yang penuh dengan segala seafood. Cuma masa Sis amik gambar tu, lobster pulak dah habis, sekejap tu, mereka topup. 

Memang Suami duk bangun duduk ba ngun duduk menambah ajerr makan tressure pot tu haaa.. Suami kata sedap, jarang-jarang dia nak kata sedap bab seafood ni yaa, tapi malam tu, apa jerr dia makan termasuk TomYum Seafood Udang Galah tu, kemain sebut sedap hahahaha.. 

Makan Malam Hujung Minggu Bufet Bertemakan 'Finest Catch Seafood' Di Makan Kitchen

Makan Malam Hujung Minggu Bufet Bertemakan 'Finest Catch Seafood' Di Makan Kitchen

Makan Malam Hujung Minggu Bufet Bertemakan 'Finest Catch Seafood' Di Makan Kitchen

Bukan kata seafood grill, rebus dan mentah aja yang ada, tapi ada juga yang di bakar dan juga dalam bentuk masakan hidangan. Pelbagai jenis ada, Sis nak tulis nama menu-menunya pun dah lupa apa namanya, tapi ketam masak lada tu memang sedap. Rasa pedas-pedas sos dan juga masam manis, sedap tekak Sis meratah hampir 3 ketul yaa hehehe.. 

Satay, Pepes, Pasta dan juga asam Pedas Ikan, pun ada juga tersedia, pilih aja laa nak makan mana, dari dapur ke dapur boleh pusing. Menu sayur-sayuran juga pun ada, paling memang Sis suka, masakan brocoli dan kobis bunga ala butter dia, ishhh sedap betul laaa.. nama sebenar masakan lupa, tapi rasa butter dia sedap gilos.. 

Makan Malam Hujung Minggu Bufet Bertemakan 'Finest Catch Seafood' Di Makan Kitchen

Makan Malam Hujung Minggu Bufet Bertemakan 'Finest Catch Seafood' Di Makan Kitchen

Makan Malam Hujung Minggu Bufet Bertemakan 'Finest Catch Seafood' Di Makan Kitchen

Hidangan di kaunter salad juga meriah, bermacam jenis salad ada, juga Shushi dan Shashimi pun ada juga. Sis makan juga beberapa jenis saladnya, semua ada seafood dalamnya, tapi ada juga yang takde kalau tak suka. Soup-soup juga ada, seperti Seafood Chowder, Sis makan dua mangkuk, sedap yaaa...

Kaunter dessert dan buah pun banyak, paling jadi tumpuan adalah Durian Goreng dan juga Kek Durian. Sekejap dah licin, kena tunggu mereka topup hahahaha.. tapi nasib baik sempat rasa pda permulaannya hehehehe.. memang meriah bagi pengemar dessert. 

Makan Malam Bufet Hujung Minggu Bertemakan 'Finest Catch Seafood' Di Makan Kitchen
Enjoy betul Suamiku makan ya. Cucu memerhati aja hehehe.. 

Banyak pilihan masakan seafood ada di sini. Setiap dapur masakan, tersedia pelbagai jenis masakan seafood. Korang boleh cubanya setiap Jumaat & Sabtu sepanjang Julai ini. Masih sempat lagi ni kalau nak mencubanya minggu depan. 

Untuk korang lihat LEBIH BANYAK GAMBAR, korang boleh ke facebook pages akusislin dan juga lihat video pendek di IG Reels akusislin okay. 

𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐭𝐜𝐡𝐞𝐧'𝐬 𝐅𝐢𝐧𝐞𝐬𝐭 𝐂𝐚𝐭𝐜𝐡 𝐒𝐞𝐚𝐟𝐨𝐨𝐝 𝐁𝐮𝐟𝐟𝐞𝐭. 
Setiap Jumaat & Sabtu
Dari jam 6.30pm - 10pm

Harga per-saorang : 
RM168 nett Dewasa
RM84 nett Kanak-Kanak

Untuk tempahan :
☎️ +607 268 6868
📩 JohorBahru.FB@hilton.com


P/S : Dah banyak umur ni, perut kalah dengan seafood dah adoiiii ... 

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Byknya udangggg... Sedap tu, tapi terbayang jugak level kolesterol lepas tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, udang tu memang besar dan isinya segar Karni.. puas makan..

      Delete
  2. Tadi saya tekad tak nak lunch hari ni. Tapi lepas baca post ni, saya kelaparan. Aaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha now lapar lagi tak kalau masuk sini hehehehe

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!