MAKAN MALAM DI JBORN CAFE & BISTRO SEMPENA BIRTHDAY SUAMI

Sis Lin
2
MAKAN MALAM DI JBORN CAFE & BISTRO SEMPENA BIRTHDAY SUAMI | HAPPY birthday Suami!! Harijadinya dah berlalu 4 hari lepas dah, tapi kenangan makan malam kami tetap segar di dalam ingatan, ecewahhh!!..

Pada Jumaat 28/7 lepas, hari lahir Suami dan kebetulan hari yang sama Sis dan Geng Bas Sekolah keluar minum petang menyambut birthday Lily di Suasana Cafe Suites Johor Bahru berkonsepkan Suasana Santai Petang

Makan Malam Di jBorn Cafe & Bistro Sempena Birthday Suami
Pertama kali singgah makan di sini.. 

Dan sebelah malamnya pula, Sis dan anak-anak juga menantu dah plan nak keluar pula bawa Suami/Ayahnya makan malam. Bila di tanya, pada mulanya memasing sepakat nak makan di Woodfire Kota Masai, tapi bila pusing-pusing cari parking, terus Suami kata, ‘Jom try makan di jBorn Cafe & Bistro ni’, pulakk dahhhh …

Sis dah bayangkan nak mengigit burger yang kemain sedap tu, sekali ke tempat lain pulakkk, tapi takpelah, sebab birthday boy yang minta kann, so kita layan je laaa.. 

Makan Malam Di jBorn Cafe & Bistro Sempena Birthday Suami
Portion dia besar, boleh makan 3 orang .. 

Meriah juga makan di sini, boleh duduk dalam, boleh duduk di luar, tapi sebab ada Cucu, so kitaorang duduk belah dalam, sejuk sikit ada Aircond hehehehe .. 

Cuma kali ni takde kek-kek bagai, tiap tahun beli kek, takde sapa nak perabiskan, so kita takyah beli kek laa yaa.. tapi Sis ada belikan Suami Roti Jala kuah Kari di rumah, tak sempat nak amik gambar, rotinya dah berlobang kena cekut! hahahahaa.. 

Makan Malam Di jBorn Cafe & Bistro Sempena Birthday Suami
Nenek, Cucu & Ibu Khalish 

Makan Malam Di jBorn Cafe & Bistro Sempena Birthday Suami
Kemain happy bila jumpa Datuk dia hahahaha

Sejujurnya makan malam kami di jBorn Cafe & Bistro pada malam tu memang sangat-sangat puashati dan berbaloi. Kitaorang amik set dulang 2 set aja, sebab memasing dah kenyang katanya. Kira makan sharing-sharing laa konsepnya, kalau tak cukup, kita order lagi.. 

Maaflah Sis dah lupa laa nama set dulang dia ni, tapi keduanya sangat sedap, baik Kambingnya, Ayamnya, Nasi Gorengnya, Spagetinya, juga Coleslaw dan Sos-Sosnya semua sedap weyyy!! Pestime makan sini, sangatt puashati!. 

Makan Malam Di jBorn Cafe & Bistro Sempena Birthday Suami
Set yang ni ada kambing .. sedap betul! 

Makan Malam Di jBorn Cafe & Bistro Sempena Birthday Suami
Set ni pulak ayam, tapi Sis suka giler mushroom soup dia la! Sedap!!! 

Kalau dah Suami, anak dan menantu kata sedap, maka memang sedaplah, sebab tekak masing-masingkan. Bukan senang Suami Sis tu nak puji sedap makanan di luar, lebih-lebih lagi makanan western, so kalau dia kata sedap, memang sedaplah. 

Servis pun cepat, staff dia snagat ramah mesra alam. Dua tiga kali panggil pun, tetap datang dengan senyuman. Harga makanannya pun masih dalam budget B40, tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal. Maklumlah tempatnya pun cantikk.. 

Buat Suami, Isterimu doakan moga sentiasa sihat, di murahkan rezeki, dan dipermudahkan semua urusan dunia & akhirat. Terima kasih untuk segalanya ❤️ .. 


P/S : Woodfire tu kena tunaikan janji kann Ayahnya hahahaha… 

إرسال تعليق

2تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Happy belated birthday buat Abang Sabar, semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia selalu di samping keluarga 🌸

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!