MASAK SUP TULANG CAMPUR TETEL UNTUK ANAK | BILAMANA penuh dalam freezer dengan daging, tulang dan juga tetel-tetel daging kurban, makanya dari plan nak masak Laksa Johor harini, terus cancel di buatnya gara-gara Yana duk sebut 'Sedapnya kalau dapat makan Sup Tulang'.. adeiii sejenis Mak-Mak ni, kalau anak dah sebut banyak kali, memang tak sampai hati di buatnya so, apalagi Sis masak sup tulang campur tetel untuk anak Sis,Yana.
Esok ajalah kita buat Laksa Johor, lagipun taugeh pun takde tadi, banyak bahan tak cukup, tak best pulak rasa nak makan Laksa Johor takde taugeh. Tadi Yana dah belikan taugehnya, so esok jika di izinkan, terhidanglah Laksa Johor yaa..
Macam biasa, nak isi dagingnya lembut, kenalah masak masuk dalam Noxxa (pressure cooker), kalau takkk mau berejam laa nak mereneh. Cuma kali ni, Sis hanya pressure dagingnya sahaja kasi lebut. Tekan HP 45minit dan tunggu sampai habis minitnya.
Selesai 45minit, Sis keluarkan dagingnya asingkan dari kuah rebusan. Dalam periuk lain Sis masukkan daging tetel, tulang yang dah di HP tadi kemudian masukkan separuh air rebusan daging tu kedalam periuk. Tambah air Coway penuhkan hingga tenggelam tulang dan daging tetel dalam periuk tu.
Masukkan hirisan bawang besar selabu besar, cili padi hiris, halia hiris, bawang putih ketuk dan juga dua bungkus pek sup bunjut tulang. Sis tak tumis pun, just campak semua dalam tu. Buka api then didihkan sampai mendidih. Biarlah lama sikit, kasi kuah resap ke dalam isi daging.
Dah mendidih, masukkan 5 sudu rempah sup ke dalam periuk. Masuk daun sup, daun bawang, then masuk segala macam perasa. Rasakan sampi betul-betul sedap. Lagi satu Sis suka tuangkan sedikit minyak masak ke dalam periuk rebuan tu, nak bagi ada pecah-pecah minyak sikit, barulah cantik sup tu kann..
Dah reneh lama sikit, tutup api kemudian bolehlah makan bersama sambal merah atau sambal kicap. Kebetulan bihun ada sebungkus, Sis rebus dan makan bersama sup tulang ni, perghhh nikmat ko time hujan-hujan gini. Hirup pepanas kannn..
Dalam jam 3pm tadi Yana pun dah balik, dapatlah dia makan bermangkuk-mangkuk mee sup tulangnya tu. Puashati katanya sedap hahahahaha... ye ke sedap Dikk uii... bodekkkk ke tuuu.. alhamdulilah tertunailah hasrat nak masakkan anak sup tulang campur tetel ni. Pun ada baki lagi sekilo daging kurban dan sekilo tulang lagi..
Ingat nanti nak masak kari tulang campur daging pulak, mesti sedapkan.. makan dengan roti baii, arghh dapnyaaa.. syukurlah ada rezeki dapat merasa daging kurban tahun ni.. terima kasih kepada yang memberi. Moga di murahan rezekinya selalu.. aamiinnn..
P/S : Malam ni nak kerjakan sekilo ikan mata besar dan sekilo ikan kembong untuk kuah laksa esok..
sedapnya..nk buat sup jgk la esk..:)
ردحذفJadi tak tu buat supnya Cik Nor hehehehe
حذفtq untuk tipsnya..
ردحذفSama-sama Azian ...
حذفSedapnya sup tulang campur tetel...hirup kuah sup sure sihat ni..SA tengah demam, batuk dan selsema
ردحذفKann SA, time demam gitu bagus hirup supnya SA..
حذف