PERLINDUNGAN BIL PERUBATAN PATUH SYARIAH SERENDAH RM10 SEBULAN BERSAMA LYNDUNG

Sis Lin
0
PERLINDUNGAN BIL PERUBATAN PATUH SYARIAH SERENDAH RM10 SEBULAN BERSAMA LYNDUNG | BERITA baik buat semua yang rasa 'belum mampu' atau mengatakan 'tidak mampu' untuk membayar bil perubatan sebagai perlindungan di masa hadapan. Sis kongsikan di sini satu komuniti yang di namakan 'Lyndung' yang menawarkan harga serendah RM10 sebulan untuk perlindungan bil perubatan korang. 

Menarik bukan?. Sis sendiri pun agak teruja bila mendapat tau bila adanya satu program perkongsian komuniti patuh Syariah untuk bil perubatan. Lyndung adalah sebuah platform perkongsian komuniti yang membolehkan ahli komuniti berkongsi bil perubatan mengikut Garis Panduan Program dan Manual Ahli.

Program Perkongsian Komuniti untuk Bil Perubatan merupakan sebuah perkhidmatan yang ditadbir oleh Lyndung Sdn. Bhd. (1454883-V) yang ditubuhkan pada 14 Mac 2022.. Lyndung Sdn. Bhd. (Lyndung) adalah sebuah anak syarikat kepada iSaham Sdn. Bhd. (1257515-W), penaraju kepada portal analisis pelaburan berasaskan data di Malaysia.

Perlindungan Bil Perubatan Patuh Syariah Serendah RM10  Bersama LYNDUNG

Perlindungan Bil Perubatan Patuh Syariah Serendah RM10  Bersama LYNDUNG

Umumnya memang Sis dan semua faham, kalau nak daftar untuk kad perubatan, memang agak terbeban nak membayar setiap bulan. Ada tu jumlahnya mencecah juga hingga RM300 sebulan. Jujurnya kad perubatan anak dan Sis sendiri juga Suami bayar lebih dari RM400 sebulan, tapi ikut kemampuan juga usia. Makin lama makin bertambah usia, makin naik harga kos kad perubatan pemiliknya. 

Dengan adanya program Lyndung ini, Sis rasa dengan tawaran harga RM10 sebulan, ramai boleh mendaftar dan mengurangkan beban membayar kos perubatan. Korang boleh dapatkan rawatan dengan lebih dari 200 hospital di bawah rangkaian mereka. 

Kenapa memilih Lyndung?

Seperti yang dilaporkan oleh Institut Kesihatan Umum pada tahun 2020, sebanyak 43% daripada responden menjawab “tidak mampu” kepada soalan “Sebab-sebab tidak memiliki insurans/takaful kesihatan peribadi”.

Maka dengan itulah, Lyndung telah menubuhkan dan menyediakan sebuah platform perkongsian komuniti patuh Syariah bagi membolehkan rakyat Malaysia yang kurang kemampuan berkongsi bil perubatan mereka bersama ahli komuniti

Walaupun baru di tubuhkan pada 14 Mac 2022, Lyndung telah mempunyai ramai ahli hingga kini dan juga mendapat liputan meluas Media dan juga dari apa yang Sis baca dari testimoni yang mendaftar sebagai ahli komuniti, semua memberi respon yang bagus dan sangat bermanfaat buat mereka dan keluarga mereka. 

Perlindungan Bil Perubatan Patuh Syariah Serendah RM10  Bersama LYNDUNG

Antara keistimewaan apabila korang mendaftar sebagai ahli komuniti Lyndung

eKYC : eKYC memudahkan pendaftaran ahli komuniti baharu
Tanpa Ejen : Fi keahlian yang rendah tanpa ejen
Juruaudit Perubatan Profesional Pihak Ketiga (TPA) : Hal-hal berkaitan kemasukan ke hospital termasuk penilaian perubatan dan audit tuntutan diuruskan oleh Juruaudit Perubatan Profesional Pihak Ketiga (TPA) bereputasi tinggi yang memiliki lebih daripada 200 hospital di bawah rangkaian mereka.

Dan akan datang, Lyndung akan mula memudahkan ahli dengan Teknologi Blockchain. Di mana, transaksi berkaitan akaun amanah akan dipaparkan di lejar awam melalui teknologi blockchain. Juga akan di tubuhkan satu Decentralised Decision, yang mana, ahli komuniti berpeluang untuk terlibat dalam menentukan hala tuju Lyndung.

Apa Yang Perlu Korang Tau mengenai Lyndung

Lyndung bukan syarikat takaful atau insurans dan tidak tertakluk di bawah akta Bank Negara Malaysia (BNM). Pihak BNM memaklumkan bahawa model Lyndung tidak tertakluk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA).

Maka tiada halangan untuk Lyndung beroperasi selagi menyatakan dengan jelas bahawa Lyndung tidak menyediakan produk insurans dan takaful. Kewujudan Lyndung ini bukanlah untuk menggugat syarikat insurans dan takaful, sebaliknya ingin melengkapi ekosistem dengan menawarkan perlindungan sosial kepada golongan yang tidak mampu.

Perlindungan Bil Perubatan Patuh Syariah Serendah RM10  Bersama LYNDUNG

Dari segi manfaat, produk Lyndung adalah hampir sama dengan kad perubatan yang ditawarkan syarikat insurans atau yang ditawarkan oleh majikan untuk pekerja. Antara manfaat utama Program Perkongsian Komuniti Lyndung adalah seperti berikut ;

1. Perkongsian bil perubatan akibat kemalangan sehingga RM20,000 untuk 60 hari pertama.
2. Perkongsian bil perubatan sebanyak RM1 juta selepas 180 hari.
3. Perkongsian bil perubatan untuk pemindahan organ (ahli sebagai penerima sahaja) sehingga RM20,000 maksimum sekali seumur hidup.
4. Perkongsian bil rawatan kanser dan dialisis buah pinggang bagi pesakit luar sebanyak RM100,000 maksimum sepanjang hayat.
5. Khairat kematian sehingga RM5,000 kepada waris ahli tersebut.
6. Boleh mendapatkan rawatan kesihatan di lebih daripada 200 hospital panel di seluruh Malaysia.
7. Perkhidmatan ambulans jika berlaku kecemasan sebanyak RM250.
8. Bilik dan makanan hospital sehingga RM150 sehari.
9. Perkongsian caj pendapat kedua yang diterima 60 hari sebelum dimasukkan ke hospital adalah layak untuk dikongsi.

Perlindungan Bil Perubatan Patuh Syariah Serendah RM10  Bersama LYNDUNG

Bagaimanakah Lyndung berfungsi?

Pendaftaran : Sebagai permulaan, pendaftaran hanya terbuka kepada individu sihat tanpa penyakit sedia ada berumur 18-40 tahun (Memang Sis dah tak layak nak mendaftar ni). Pembayaran sewaktu pendaftaran Fi keahlian adalah RM120 setahun atau  RM10 sebulan, dan korang dikenakan bayaran RM100 sebagai sumbangan perkongsian awal. 

Ahli Komuniti : Bil perubatan akan dikongsi sama rata bersama ahli komuniti, dan maksimum perkongsian bulanan adalah RM50. Sekiranya sumbangan perkongsian awal telah digunakan sebanyak RM50 atau lebih, tambah nilai diperlukan. 

Contohnya ; 
Kos Perubatan: RM20,000
Jumlah Ahli: 2,000
Jumlah Perkongsian: RM10 seorang

Nota: RM10 akan ditolak daripada Sumbangan Perkongsian Awal (RM100) yang diterima semasa pendaftaran.
Perlindungan Bil Perubatan Patuh Syariah Serendah RM10  Bersama LYNDUNG

AWARIS adalah syarikat amanah Patuh Syariah yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Syarikat Amanah 1949. AWARIS merupakan pemegang amanah (Trustee) kepada akaun dana sumbangan perkongsian Lyndung.

Pembaharuan Keahlian : Pembaharuan fi keahlian RM120 adalah pada setiap akhir setiap kitaran 1 tahun untuk Mod Tahunan. Bagi Mod Bulanan, pembaharuan fi keahlian RM10 adalah pada akhir setiap kitaran 1 bulan. (Ikut tarikh korang daftar dan pengiraannya sebulan dari tarikh daftar). 

Sebagai sebuah platform perkongsian komuniti yang menerapkan nilai kebaikan dan integriti sebagai salah satu nilai teras, kesemua ahli akan berganding bahu untuk membantu antara satu sama lain dengan berkongsi perbelanjaan perubatan yang ditimpa musibah kesihatan. Lyndung juga menggalakkan semua ahli untuk bertanggungjawab dan tidak menggunakan kelebihan program untuk menindas ahli komuniti lain.

Perlindungan Bil Perubatan Patuh Syariah Serendah RM10  Bersama LYNDUNG

So apalagi korang, sertai keluarga besar Lyndung untuk sama-sama kita mendemokrasikan industri kesihatan di Malaysia!. Korang bukan tak mampu membayar, tapi korang layak untuk menerima. Maklumat pendaftaran korang boleh klik Lyndung.my atau ke laman-laman sosial mereka untuk mendapat info terkini. 

Alamat Penuh ; 
Lyndung Sdn. Bhd. 
18A, Jalan Pinggiran Putra 4A/4, 
Desa Pinggiran Putra, 
43000 Kajang, Selangor

Segala Pertanyaan hubungi :



P/S : Alhamdulilah, lama dah ada kad perubatan, memudahkan urusan kita dan keluarga bila di timpa sakit huhuhu.. 

إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!