SALAM MAAL HIJRAH 1445H/2023 - AWAL MUHARAM

Sis Lin
6
SALAM MAAL HIJRAH 1445H/2023 - AWAL MUHARAM | AWAL Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan bagi umat Islam dengan mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

‘Bersama Hijrah Mengejar Barakah’ .. 
Perpaduan Teras Malaysia Madani' .. 

Salam Maal Hijrah 1445H/2023 - Awal Muharam

Semoga kita semua berhijrah ke arah kebaikan, penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dan Nabi junjungan kita Rasulullah S.A.W. Juga kecintaan kita kepada Allah SWT Dan Rasulullah SAW agar dapat di perkukuhkan.

Dengan usia yang semakin meningkat, di kala rumah kata pergi dan kubur kata mari, elok kita perbanyakkan ibadat, kurangkan perkara lagha menerusi internet dan gajet. Jangan semberono mengundang dosa kering dengan memuat naik atau forward bahan-bahan atau cerita sebelum dipastikan kebenarannya.

Demikian juga lebih baik diam daripada berkata-kata yang tidak membawa manfaat atau mengungkapkan perkataan yang me­nyakiti orang lain.

Untuk itu, mari kita pastikan diri kita tidak terlepas daripada melakukan hijrah. Marilah kita berazam dan berusaha meninggalkan segala perbuatan yang dilarang oleh Allah serta melazimi perkara yang disuruh oleh Islam. Azam tahun baru ni, Sis nak menutup aurat dengan lebih sempurna dan solat di awal waktu, mudah-mudahan istiqomah.. aamiinnn.. 

Insyallah ..
Jangan lupa baca doa akhir tahun dan doa awal tahun Hijrah ya korang. Salam Maal Hijrah buat semua pembaca @akusislin 


P/S: Alhamdulilah, beransur sihat .. 

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. salam maal hijrah sis..moga yg baik2 saja utk kita semua..aamiin

    ReplyDelete
  2. salam maal hijrah.Semoga sis cepat sembuh ye

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!