SEDAP KE BUBUR TUJUH RUPA TU?

Sis Lin
8
SEDAP KE BUBUR TUJUH RUPA TU? | JANGAN tanya dengan orang sedap ke tak, sebab memasing punya citarasa memasing. Kalau korang tanya Sis pun, selagi Sis tak rasa, Sis pun tak berani nak cakap sedap, walau pada rupanya sangat melazatkan. Tapi jujurnya pada mulanya tengok bubur tujuh rasa tu atau lebih orang kenalinya dengan bubur tujuh rupa ni, Sis sendiri geli tengoknya huhuhu.. 

Geli kenapa? Entah.. bubur apa macamtu sampai semua di campur dalam satu bekas? Pada Sis setiap bahan yang di letak tu dah ada rasa masing-masing, so bila dah di campur kesemuanya dalam sebekas, so dah rasa haperrr haa... haaa tu yang rasa terpanggil nak mencubanya.. 

Sedap Ke Bubur Tujuh Rupa Tu?
Mewah dengan warna .. bau pun sedap!

Bubur Tujuh Rupa atau rasa ni viral baru-baru ni di Pasir Gudang Taman Kota Masai berdekatan dengan area rumah Sis. Tapi belum ada kesempatan nak mencuba walk-in beli sendiri ke sana. Ramai yang kata, kena datang awal kalau nak beli, datang petang aja, memang dah habis, agaknya sedap sangat ekkk.. 

Untuk tidak mengecewakan anak tekak, Sis pun order laa secara online dengan seller barang basah Sis yang mana dia ada amik tempahan dan COD ke rumah. Harga sebekas kalau bubur biasa RM7, kalau ada durian harganya RM10. So Sis order bubur tujuh rasa durian sebekas. 

Sedap Ke Bubur Tujuh Rupa Tu?
Bila dah curah santan .. panas-panas lagi santannya

Sedap Ke Bubur Tujuh Rupa Tu?
Ookayy ternyata sedap!! Lagi ada durian tu, bertambah sedap!

Mula bukak bekasnya, baunya sedap, tapi.. Sis macam ermmmm boleh ke telan ni ekk.. dalam sebekas ada macam-macam rupa dan warna hahahaha adoii seriau pulak kita. Takpelah kita cubalah walau sesudu.. bila dah ceduk dan makan dengan santannya, masuk mulut, rasa dan telan... hurmmm okaylah not bad, ada rasa manis, ada rasa durian sebab Sis beli durian, dan yang sedapnya rasa lemak-lemak masin tu pada santan, tu yang sedap.. dah macam makan bubur sum-sum pulakk.. 

Okaylah.. korang boleh cuba sendiri yaa.. 

Sedap Ke Bubur Tujuh Rupa Tu?
Gambar copy dari google : Bubur Tujuh Rupa versi Indonesia

Dinamakan bubur tujuh rupa karena isinya terdiri dari tujuh bahan yang berbeza. Bubur tujuh rasa ni lebih di kenali hidangannya di negara Indonesia sebagai hidangan yang disajikan dalam upacara tujuh bulanan kehamilan dalam tradisi Jawa (kalau kita panggil 'lenggang perut') atau di hidangkan pada setiap tahun pada hari ke 10 Muharram. 

Bubur dengan bahan asas tujuh hasil bumi seperti jagung, pisang, nangka, beras ketan putih, beras biasa, kacang hijau serta labu, merupakan buah yang tumbuh di atas permukaan tanah bukan yang tertanam. Itu syarat pembuatannya. Syarat ini memiliki makna tersendiri bagi warga Jawa.

Bubur tujuh rupa ini terdiri daripada, bubur sum-sum, bubur kacang hijau, bubur ketan hitam, candil, bubur tela, mutiara dan bubur jawawut ditambah dengan gula jawa dan santan sebagai pelengkap. Menurut kepercayaan mereka, orang dulu-dulu percaya bahawa tujuh macam jenis rupa itu bermakna jumlah hari dalam hitungan satu minggu dan buahnya mesti yang tumbuh di atas permukaan tanah, bermakna rezeki yang melimpah. 

Sebenarnya, kalau korang nak beli bubur tujuh rupa tu, tak semestinya kena amik semua jenis tujuh bahan tu, kalau korang nak sejenis pun boleh, dua jenis boleh, tiga, empat, lima, enam atau kesemuanya (tujuh) pun boleh, ikutlah selera korang. Tapi dah nama pun bubur tujuh rupa atau rasa, so kenalah beli tujuh-tujuh bahan, ye dakkk hahahaha.. 

So kalau korang nak cuba, boleh laa ya.. 
Dah rasa jangan lupa share okay hehehe.. 


P/S : Kenapa Suami aku Jawa tapi dia tak tau 'kehadiran' Bubur Tujuh Rupa ni? Hahahahaha.. 

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tak cukup Jawa tu laki youu 🤣

    Ok..Try order nanti 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ni sebab Jawa Madura bubur ni Non..
      Ko try laa, tak try mana nak tau sedap...

      Delete
  2. Yg basic tu semua pekat² la ek.. macam bubur pulut hitam makan kat hotel kita kat Belitung.. pas tu curah santan panas².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Kak, pekat dan melekit.. Betul sama Kak, cuma yang ni 7 rupa dan rasa dalam sebekas. Santan tu memang kena panas-panas laa baru sedap.

      Delete
  3. Cuya first time dengar nama bubur ni.
    Rasanya di Melaka takde pulak orang jual bubur gini
    curiousnya dgn rasa dia...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Cuya, ni makanan orang dr Indonesia, now tengah viral..
      Sikit hari lagi ada laa kot kat Melaka tu..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!