Kerjasama Strategik dengan Sasbadi Memanfaatkan 2.5 Juta Pelajar di Seluruh Negara. Kerjasama ini dilancarkan agar bahan pembelajaran dan ulang kaji berkualiti tinggi lebih mudah diakses oleh komuniti pelajar Malaysia agar mereka cemerlang dalam pelajaran.
Bermula 1 Julai 2023, Shopee menyumbang 50 juta ringgit untuk membantu para pelajar membeli bahan pembelajaran dan mencapai kecemerlangan akademik. Ini dapat dilakukan melalui baucar bernilai RM20 tanpa perbelanjaan minimum yang boleh digunakan untuk menebus bahan pembelajaran di kedai rasmi Sasbadi di Shopee, eksklusif buat pelanggan baharu Shopee.
Sepanjang tahun ini, baucar ini akan dicetak dalam bahan penerbitan Sasbadi terpilih dan diedarkan melalui Shopee dan kedai buku seluruh negara.
Shopee menjalankan usaha yang sama pada Mei 2022 dan berjaya mengumpul hampir 300 ribu ringgit untuk penerima *#ShopeeGivesBack seperti UNICEF Malaysia dalam memenuhi keperluan kritikal kanak-kanak terpinggir dan keluarga mereka ketika COVID-19.
Sepanjang kempen ini, platform Shopee akan menyediakan tawaran mudah akses yang disuai padan dengan keperluan pelajar berdasarkan pemahaman berpacukan data. Terutamanya, pencarian pelajar terhadap keperluan pendidikan seperti buku nota atau keperluan sekolah, buku teks sekolah, peralatan bantuan pendidikan, dan bahan ekstra kurikulum.
Pada masa yang sama, bahan penerbitan Sasbadi yang boleh didapati di Shopee dan kedai buku di seluruh negara akan disertakan dengan baucar RM20 untuk membolehkan para pelajar menebus bahan pendidikan dengan mudahnya di kedai rasmi Sasbadi melalui platform Shopee.
P/ : Badan masih lemah .. doakam kesihatan Sis :( ...
good initiative from Shopee!
ReplyDeleteYaaa.. happy shopping ...
Delete