SUASANA SANTAI PETANG DI MAJLIS HARI JADI GENG BAS SEKOLAH | JUMAAT lepas Sis dan Geng Bas Sekolah booking minum petang di Suasana Hotel Cafe Johor Bahru seramai sepuluh orang. Kebetulan kitaorang dapat tau di sana ada di sediakan tempat dan minum petang serendah RM32 per/pax. Bila tengok menu-menunya, waa sangat menarik perhatian kami, so Sis booking sesiap untuk hari Jumaat tu.
Kali ni kami sambut birthday Lily. Birthdaynya pada Khamis 27/7, tapi sebab memasing sibuk pada haritu, itu yang kami sambut sehari selepasnya pada 28/7 (date birthday Suami Sis). Sis booking untuk datang pada jam 3pm, sebab nak lepaskan Izam yang bersolat Jumaat. So memang ngam laa timing tu kitaorang sampai.
Tema minum petang tu di namakan 'Suasana Santai Petang', memang kena sangat dengan cuaca yang redup-redup dan santai-santai aja. Kebetulan pilak time kiraorang tu ada satu lagi event di situ. Event Shawl Republic LeeyanaRahman gituuu, memang cantik-cantik gegadis yang datang memakai shawl/bawal LeeyanaRahman tu.
Tempatnya tidak terlalu luas dan lapang, that why laa korang kalau nak datang ramai-ramai, kena booking awal sebelum majlis, sebab memang sentiasa ada yang buat tempahan menurut kata F&B Managernya. Nasib juga kitaorang dah buat tempahan, so sampai aja, tempat dah disediakn dan just jice jerr di bahagian belakang sana.
Untuk minum petang RM32 per/pax tu, korang akan dapat Mee Goreng, Popia Goreng, Kepak Ayam, 2 jenis Kek, Tempura Durian Goreng dan juga Buah-Buahan beserta air panas (kopi/teh) dan air jus. Memang sangat-sangat berbaloi laaa.. Menunya sangat menepati tekak kita orang Melayu yang minum petang gaya di rumah, bukan gaya di hotel hahahahaha..
Mee Goreng dia tu rasa macam Mak-Mak kita goreng, begitu juga popia dia, memang sedap weyyy, ini bukan review berbayar atau review jemputan yaa, tapi ini memang jujur ikhlas Sis menulis. Kengkawan Sis semua pun kata begitu, lain dari lain minum petang kali ni.
Dan untuk tempahan kerusi 10 dan ke-atas, korang akan dapat PPERCUMA sebiji kek birthday. Tak kisahlah birthday ke tak, tapi memang akan dapat PERCUMA. Dan kek coklatnya sangat-sangat sedap oiiii.. pestime makan kek di hotel yang terasa sungguh moist coklatnya.. Sis yang bukan pemakan kek ni, ini kali sampai dua slice yaaa Sis habiskan hehehe ..
Then lepas makan, korang bolehlah berOOTD di tepi kolam mandi mereka. Ye Suasana Cafe ni terlerak di tingkat 33A tingginya, so bila makan memang view cantiklah dan sama aras dengan swimming pool dan gym mereka. Memang cantik laaaa..
Apa-apa pun kami semua happy dan rasa berbaloi sangat minum petang di sini dengan harga yang di sediakan. Tempat pun cantik, makanan sedap, harga Rahmah, dan layanan pun istimewa. Terima kasih buat semua staff yang melayan kami.
Untukmu Lily, selamat hari jadi dan aku doakan moga Allah sentiasa beri kau kesihatan yang baik, di murahkan rezeki selalu, dan di permudahkan segala uruannya sentiasa dunia akhirat.. Terima kasih belanja kami makan petang tu.. Besar pahala belanja kitaorang makan pada 10 Muharam. Alhamdulilah..
Korang nak buat tempahan, bolehlah buat tempahan di SINI ..
P/S : Harini tiba-tiba terlalu banyak urusan nak di settlekan, hurmmmm ...
Istimewa suasana sambutan hari lahir di sini.
ردحذفIyaaa Kak, harga pun memang tak sangka murah.. menu pun sedap..
حذفCantik giler tempat ni. Bestnya celebrate birthday dgn geng2 rapat.
ردحذفKann Karni, kalau korang datang Jb, nanti Sis bawa sini...
حذف