13 PANTANG LARANG IHRAM HAJI/UMRAH

Sis Lin
8
13  PANTANG LARANG IHRAM HAJI/UMRAH | BARU-BARU ni viral mengenai seorang bapa yang telah batal ihramnya ketika menunaikan Umrah di sebabkan ketika melakukan tawaf, dia menyentuh dinding kaabah sebanyak tiga kali. Perbuatan itu sebenarnya telah membatalkan tawafnya. Oleh sebab tidak tahu, dia meneruskan rukun yang lain sebelum pulang ke Malaysia. 

Tidak lama kemudian, dia menikahkan seorang demi seorang anak-anaknya. Dipendekkan cerita, seramai tiga orang anaknya telah dikahwinkan olehnya sepanjang tujuh tahun selepas pulang dari Tanah Suci tanpa menyedari dirinya masih dalam ihram lagi.

Menurut perkongsian dari sesaorang peserta kursus Umrah, setelah mengikuti kursus haji pada tahun 2018, barulah bapa tadi mengetahui dia masih dalam ihram. Dirinya lebih terkilan apabila ia turut mengheret sama pernikahan tiga anaknya tadi. Pejabat agama telah mengesahkan bahawa perkahwinan tiga anaknya tidak sah mengikut syarak, manakala cucu-cucunya pula lahir sebagai anak tidak sah taraf.

Maka pernikahan anak-anaknya tidak sah dan perlu diakad semula. Bagaimanapun, anak-anak yang lahir hasil pernikahan tersebut adalah sah taraf kerana hubungan suami isteri dianggap wathi syubhah, bukan zina.

13  Pantang Larang Ihram Haji/Umrah
Bergambar kenangan sebelum menunaikan Umrah ..

Allahuakbar.. pemahaman kita hanya dalam apa yang di viralkan tapi kita tak tau keadaan sebenarnya bagaimana. Khilaf manusia, senua orang tidak sempurna, semua orang melakukan kesilapan. Tapi persoalan Sis tertanya-tanya juga, adakah jika terbatal tawaf itu, kita akan dalam keadaan ihram selamanya? Dan jika dia tidak tau akan kesilapannya (sebab tak pergi kursus?, maka Umrahnya tidak sah? Sedangkan dia dah tertib melakukan semuanya?. 

 Moga dipermudahkan urusan si bapa, anak-anaknya dan juga cucu-cucunya. Sedih baca kisahnya. Tapi itulah, kadang nak menyalahkan orang lain tak boleh, puncanya diri sendiri, sebab tidak mengikuti kursus Umrah/Haji dahulu sebelum berangkat ke Mekah. Ini penting untuk memahami rukun-rukun dan wajib haji, selain pantang larang ketika berada dalam ihram.

Ketahuilah bahawa definisi ihram bukan bermaksud pakaian yang dipakai oleh para jemaah haji mahupun umrah. Sebaliknya, ihram pada hakikatnya adalah perbuatan yang mengharamkan beberapa perkara yang asalnya halal bagi melakukan ibadah-ibadah tertentu.

Dalam Ibadah Umrah/haji, setiap Jemaah perlu mematuhi larangan-larangan Ihram setelah berniat di Miqat sebagai syarat wajib ibadah. Dalam Ihram, cara pemakaian adalah antara perkara yang perlu dipatuhi. Pakaian Ihram yang sering dikenakan oleh Jemaah lelaki adalah dua helai kain yang tidak berjahit manakala bagi Jemaah perempuan ialah telekung seperti dalam solat. 

13  Pantang Larang Ihram Haji/Umrah
Singgah makan di RnR dalam perjalanan dari madina ke Mekah. 

Terdapat 13 larangan dalam Ihram yang perlu dipatuhi oleh setiap Jemaah lelaki dan wanita ketika melaksanakan ibadah Umrah/Haji. Jika jemaah melakukan larangan-larangan dalam Ihram ada denda/dam yang akan dikenakan mengikut jenis larangan yang dilanggar. 

Secara umumnya pantang larang dalam Ihram boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
  1. Larangan yang dikhususkan kepada lelaki sahaja
  2. Larangan yang dikhususkan kepada wanita sahaja
  3. Larangan umum (lelaki dan wanita)

Larangan Yang Dikhususkan Bagi Lelaki Sahaja

1. Memakai pakaian bersarung/berjahit/bercantum seperti seluar, baju kemeja, stokin, kasut yang menutup jari-jari dan tumit, kain pelikat dan sebagainya.  Perkara-perkara berikut diharuskan dipakai oleh para jemaah lelaki tanpa dikenakan dam:
  • Memakai kain tuala
  • Memakai kain pelikat lepas yang tidak bercantum antara dua penjurunya
  • Memakai tali pinggang, cincin dan kaca mata

Sekiranya seorang lelaki yang berada dalam ihram memakai pakaian yang dilarang kerana terlupa atau tidak sengaja, hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut dengan segera apabila dia ingat atau diberi ingat. Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Sekiranya dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian dia dikenakan dam takhyir dan takdir.

Sekiranya seorang lelaki dalam ihram ada keperluan untuk memakai pakaian yang dilarang dia tidak berdosa tetapi wajib keatasnya untuk membayar dam.

13  Pantang Larang Ihram Haji/Umrah
Selesai tawaf, menunggu solat, baru mengerjakan Saie

2. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya seperti songkok, kopiah, serban, kain ihram dan sebagainya. Seorang lelaki semasa dalam ihram diharuskan melakukan perkara-perkara tersebut tanpa dikenakan dam:
  • Mengunakan payung
  • Berteduh di bawah pokok
  • Berteduh di bawah khemah

Sekiranya seorang lelaki yang berada dalam ihram memakai pakaian yang dilarang dalam kategori ini kerana terlupa atau tidak sengaja, hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut dengan segera apabila dia ingat atau diberi ingat. Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Sekiranya dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian dia dikenakan dam takhyir dan takdir.

Larangan yang dikhususkan kepada wanita sahaja

3. Menutup muka. Sekiranya seorang wanita yang berada dalam ihram menutup muka dengan kain atau sebagainya kerana terlupa atau tidak sengaja, hendaklah dia menanggalkannya dengan segera apabila dia ingat atau diberi ingat. Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Sekiranya dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian dia dikenakan dam takhyir dan takdir.

Sekiranya wanita dalam ihram ada keperluan untuk memakai penutup hidung dan mulut (mask) dia tidak berdosa tetapi wajib dikenakan dam. Seorang wanita yang berada dalam ihram boleh menutup muka dan hidungnya dengan tangan untuk mengelakkan habuk daripada masuk ke dalam hidung dan mulutnya tanpa wajib dikenakan dam.

Larangan umum (lelaki dan wanita)

4. Memakai sarung tangan. Larangan ini adalah dikenakan untuk lelaki dan wanita. Untuk larangan ini masih dibolehkan melindungi tangan disebalik kain tudung atau kain ihram

5. Memakai bau-bauan di bahagian badan, makanan, minuman atau menghidunya ke dalam hidung. Lelaki dan wanita yang berada dalam ihram diharuskan menggunakan bahan tersebut tanpa dikenakan dam:
  • Ubat gigi, sabun dan shampoo
  • Minyak angin

Walaupun bahan-bahan ini berbau wangi, tetapi dibenarkan kerana bertujuan untuk kebersihan bukan untuk berwangi-wangian. Sekiranya dia memakai atau menghidu bau-bauan secara tidak sengaja atau terlupa atau ada orang lain mencalit atau menyembur wangian tanpa kerelaanya hendaklah segera dihilangkan kesan bau-bauan tersebut. 

Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Sekiranya dia melengah-lengahkan dia dikenakan dam takhyir dan taqdir dan berdosa. Elakkan menyentuh atau berada berdekatan dengan kaabah kerana kelambu kaabah terdapat wangian dikhuatiri melekat pada tubuh dan kain ihram atau terhidu wangian tersebut.

13  Pantang Larang Ihram Haji/Umrah
Memulakan Saie

6. Memakai minyak di kepala, janggut dan semua bulu muka selain daripada yang tumbuh di pipi dan dahi. Sekiranya seseorang yang berada dalam ihram umrah memakai minyak pada bahagian tubuh yang tidak dibenarkan kerana terlupa atau tidak sengaja hendaklah dia menghilangkan kesan minyak tersebut dengan segera apabila dia ingat atau diberi ingat. Sekiranya dia melengah-lengahkan dia dikenakan dam takhyir dan taqdir dan berdosa.

7. Menanggalkan rambut atau bulu daripada mana-mana anggota badan. Jika seseorang berada dalam ihram menanggalkan rambut atau bulu secara sengaja ataupun tidak atau terlupa, dia tetap dikenakan dam takhyir dan taqdir. Tidak berdosa jika tidak sengaja atau terlupa, tetapi berdosa jika dilakukan dengan sengaja.

Jika rambut atau bulu tertanggal dengan sendiri, maka tidak dikenakan dam seperti jemaah wanita membuka serkup tudung dan didapati ada rambut yang tertanggal atau terdapat rambut yang tertanggal di atas tilam dan bantal ketika bangun dari tidur.

8. Mengerat atau memotong kuku. Jika seseorang berada dalam ihram mengerat atau memotong kuku secara sengaja ataupun tidak atau terlupa, dia tetap dikenakan dam takhyir dan taqdir. Tidak berdosa jika tidak sengaja atau terlupa, tetapi berdosa jika dilakukan dengan sengaja.

Jika tertanggal sendiri tidak dikenakan dam. Boleh mencabut kuku jika mengganggu dan tidak dikenakan dam seperti kuku pecah disebabkan tersepit. Hukumnya Harus jika mencabut kulit bibir, kaki dan tangan yang mengelupas tanpa dikenakan dam.

13  Pantang Larang Ihram Haji/Umrah
Tertib ..

9. Memotong/menebang/mengerat/mencabut pokok-pokok di Tanah Haram Mekah. Pengharaman memotong, menebang, mengerat atau mencabut pokok-pokok di Tanah Haram adalah berkait dengan pantang-larang yang tidak boleh dilakukan dalam Tanah Haram itu sendiri bukannya berkait dengan keadaan seseorang itu berada dalam ihram umrah/haji.

10. Memburu binatang buruan darat yang halal dimakan atau membinasakannya di Tanah Halal atau Haram. Seseorang itu diharuskan membunuh nyamuk, lalat dan labah-labah jika serangga-serangga tersebut mengganggunya tanpa dikenakan dam.

11. Melakukan pendahuluan persetubuhan

12. Bersetubuh, Berpeluk pelukan ketika berada di dalam ihram. Sekiranya ia 'menimbulkan' perasaan syahwat. Perlu membayar dam. Kerana dikategorikan mukaddimah persetubuhan.

13. Berkahwin atau mengahwinkan atau menerima wakil kahwin. Menurut Imam Syafi’i, seseorang yang dalam keadaan ihram tidak boleh mengadakan perkahwinan, mengahwinkan orang dan menerima wakil kahwin. Jika akad nikah dilakukan, maka akad tersebut dikira tidak sah.

Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W, riwayat Usman bin Affan yang bermaksud, “Orang yang berihram tidak boleh berkahwin dan mengahwinkan orang lain”. [Riwayat Muslim, No:1049]


 

Kesimpulannya, terdapat larangan yang tidak sengaja dilakukan dan tidak perlu membayar dam. Terdapat juga larangan yang tidak sengaja dilakukan tetapi tetap dikenakan dam. Larangan-larangan ini nampak seperti remeh dan menyusahkan tetapi ada hikmah yang Allah ingin tunjukkkan.  

Antara hikmah terbesar kenapa terdapat larangan Ihram dalam ibadah Umrah/Haji adalah Allah ingin mendidik hambanya untuk disiplin dan peka dalam Ibadah. Selain itu, hikmah pakaian Ihram yang dikenakan kepada para jemaah sebagai tanda setiap manusia itu adalah setaraf tidak kira pangkat atau harta. Perkara yang membezakan mereka hanyalah Taqwa. Semoga bermanfaat. 


P/S : Banyak hikmahnya Sis mengerjakan Umrah dalam keadaan SOP.. alhamdulilah .. 

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kadang-kadang kita terlepas pandang kan. Nampak mudah tetapi sebenarnya memakan diri sendiri. Kesian si bapa tu. tanpa disedari dan ilmu yg cukup, anak2 perlu diakad semula. Perkongsian yg bermanfaat yang wajib semua muslim ambil tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Illya .. kena ada ilmu.. takde ilmu memang akan berlaku yang di larang ...

      Delete
  2. Perlu ambil kursus umrah/haji dan ambil maklum segala yang diajar dalam kursus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pergi pun, boleh je ikuti kursus, ilmu ceduk selagi boleh ...

      Delete
  3. Selepas ini semua jemaah perlu lebih berhati-hati dalam segalam tindak-tanduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib Syazni, supaya tidak berlaku perkara-perkara yang di larang ...

      Delete
  4. sebab tu la diadakan kursus & persediaan rapi sebelum pergi tu kan... Allahu...risau baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mummy.. tak kisahlah pergi atau tidak, tapi masuk je kelas buat bekalan akhirat...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!