5 PUNCA PERIOD LAMBAT DATANG | HAID, ada masa awal, ada waktunya pula lambat. Tempoh haid juga boleh berubah-ubah jumlah harinya. Situasi ni juga kadang Sis alami. Ada masa lambat sangat-sangat tapi sebab Sis guna perancangan keluarga 'implan', so tidaklah membimbangkan Sis, sebab dah tau memang akan ada kelambatan period tu.
Tapi bagi mereka yang normal tidak makan ubat atau masih remaja, agak merisaukan, jadi, apa sebenarnya punca lambat period atau haid?. Untuk makluman korang sekalian, wanita yang lambat datang bulan lebih daripada 3 kitaran berturut-turut dikenal pasti mengalami simptom yang digelar, amenorea.
Punca lambat period boleh dipengaruhi oleh faktor yang berbeza, korang mungkin akan alami tanda dan gejala tertentu berserta dengan ketiadaan darah haid, seperti:
- Jerawat
- Keguguran rambut
- Sakit kepala
- Perubahan pada penglihatan
- Kesakitan pada bahagian pelvis
- Rambut dan bulu muka yang berlebihan
Punca lambat period, ini sebab yang anda mungkin tak tahu. Kebanyakan wanita mempunyai kitaran setiap 28 hari, bermula daripada kali pertama keluar darah haid sehingga menopaus. Walau bagaimanapun, kitaran haid yang sihat boleh berbeza-beza antara 21 ke 35 hari bagi setiap kitaran.
Jika kitaran korang lain daripada yang lain dan selalu lambat, ini mungkin disebabkan oleh:
#1 Faktor Tekanan
Jangan tak percaya ya, faktor tekanan juga boleh menjadi punca lambat datang bulan ataupun period tidak datang sama sekali! Sebenarnya, perubahan gaya hidup yang drastik atau lambakan kerja berisiko membuatkan kalian stres, lantas mengganggu kitaran menstruasi.
Hormon gonadotropin-releasing (GnRH) kurang dihasilkan apabila stres, makanya ia akan menjejaskan proses ovulasi dan menstruasi korang. Sekiranya korang fikir stres menjadi penyebab kitaran haid bercelaru, cubalah lakukan perkara yang boleh menenangkan atau mengubah gaya hidup harian.
#2 Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
PCOS, kondisi yang menyebabkan tubuh seorang wanita menghasilkan lebih banyak hormon lelaki, iaitu androgen. Perubahan hormon ini juga boleh:
- Menjejaskan berat badan dan membawa kepada obesiti
- Menyebabkan jerawat
- Menyebabkan bulu-bulu di muka mula tumbuh
- Membawa kepada ketidaksuburan atau mandul
Sista yang terhasil pada ovari diakibatkan oleh ketidakseimbangan hormon, yang mana mampu membuatkan ovulasi terjejas atau terhenti. Manakala, hormon-hormon lain seperti insulin juga menjadi tidak seimbang kerana berlakunya kerintangan insulin yang selalu dihadapi pesakit PCOS.
Dapatkan rawatan yang bersesuaian daripada doktor bagi merawat PCOS dan mengembalikan kitaran haid yang normal.
#3 Pil Pencegah Kehamilan
Pengambilan pil pencegah kehamilan turut berpotensi mengganggu kitaran menstruasi. Pil ini mengandungi hormon estrogen dan progestin yang berfungsi untuk menghalang ovari daripada melepaskan telur. Oleh itu, kesannya boleh mengambil masa sehingga 6 bulan untuk kitaran korang kembali normal selepas berhenti pengambilan pil tersebut.
Kaedah-kaedah pencegah kehamilan yang lain pula seperti penggunaan implan, patch dan suntikan turut berisiko menyumbang kepada punca lambat haid.
#4 Ubat-Ubatan
Selain pil pencegah kehamilan, sesetengah ubat yang digunakan bagi merawat masalah kesihatan tertentu juga boleh mengganggu kitaran menstruasi wanita. Ubatan tertentu seperti, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang berisiko melambatkan kitaran haid.
#5 Masalah Berat Badan
Masalah berkaitan berat badan, seperti anoreksia, bulimia mahupun obesiti, juga cenderung menjadi punca lambat datang haid. Bagi berat badan di bawah 10% daripada berat normal (menurut BMI), ia berisiko mengubah cara tubuh berfungsi dan menghentikan proses ovulasi.
Berat badan yang berlebihan pula menyebabkan gangguan pada hormon dan ia turut sama dihadapi oleh mereka yang kekurangan berat badan. Mengamalkan pola pemakanan yang sihat di samping melakukan senaman secara berkala akan dapat mengembalikan berat badan yang normal.
Bagi korang yang menghadapi isu anoreksia atau bulimia, pastikan untuk merujuk doktor atau pakar pemakanan sebelum mengamalkan apa-apa diet.
Jika korang alami kelewatan haid, jangan cepat panik ya! Sebaiknya, dapatkan bimbingan dan nasihat doktor, jangan malu-malu demi kesihatan korang. Cegah sebelum parah.
P/S : Paling sukar buat kiraan haid ketika nak mengerjakan Umrah/Haji.. kena banyak ilmu bab Fiqh Wanita jika tidak tau ..
Saya salah sorang penghidap PCOS yg beruntung sbb period selalunya on time. Cuma bila scan telur kat dalam ovari selalunya tak matang dan tak keluar2 dari ovari sbb tu susah nak pregnant.
ReplyDeleteOo ye kee Karni, alhamdulilah.. janji masih normal kannnn..
DeleteMA alhamdulillah so far memang ok jer.. cuma2 kadang awal bila busy & penat sgt.
ReplyDeleteBetul, kalau penat dan stress pun boleh effect period kita juga ..
DeleteSA xde masalah, ada kala lambat skit xde la lambat sesangat..tapi sekarang consisten period SA setiap 28hb...huwaaaa..masa wedding SA nanti SA period...hahahahaha
ReplyDeleteHahahah kemain ayat ko SA oii hahahahahaha..
DeleteBawa bertendang hahahaha
LM biasanya tepat, kalau terbabas pun jadi 30 hari dari 28 hari kitaran biasa. Dah masuk usia 40an ni kadang 30 kadang 28..tak tentu
ReplyDeleteMasuk umur sikit memang akan hormon tak menentu, sama macam Sis sebab pakai implan..
Delete